GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 26 November 2013

Gosip Suami Bertatu Tidak Jejaskan Rumah Tangga Nadiya Nisaa

Nadiya Nissa
PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nissa memberitahu gosip mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai tatu langsung tidak menjejaskan rumah tangga mereka.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa, 28, bagaimanapun berharap isu berkenaan tidak berpanjangan kerana suaminya tidak ada kena mengena dengan dunianya sebagai seorang selebriti.
"Gosip sebegini tidak memberi kesan kepada hubungan kami kerana dia faham dengan situasi saya sebagai artis namun apa yang saya bimbangkan kerana isu tersebut akan timbul cerita lain selepas ini.
"Saya berharap cerita tersebut berpanjangan selepas ini," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Nadiya berkata, dia enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut bagi pihak suaminya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai gambar tersebut kerana banyak hati yang perlu saya jaga apabila isu tersebut ditimbulkan.
"Tambahan pula suami saya bukan pelakon dan dia tidak terlibat dalam dunia seni jadi tidak perlu saya mengulas mengenai gosip itu," katanya.
Sementara itu, Nadiya berkata, dia berharap masyarakat akan memberi perhatian terhadap kerjaya seninya berbanding kehidupan peribadinya.
Dalam perkembangan lain, Nadiya yang popular menerusi drama bersiri Adam dan Hawaberkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama.
Sumber mStar Online

2 Merujuk kepada perkara diatas :

SentiasaPanas 26 November 2013 pada 3:42 PTG  

Ye ke? Mcmana la agaknya suami awak nak mandi wajib ye?

Relevan 26 November 2013 pada 3:54 PTG  

Kakaka ! tu memang pelik bro.. pakat mandi 0 je lah.,.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP