GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 27 November 2013

Isu hamba 30 tahun di London ,Siti Aishah dipercayai Pernah Muncul Dalam Dokumentari ITV News Pada 1997

Gambar wanita yang dipercayai Siti Aishah dalam rakaman video ITV News pada 1997.
PETALING JAYA: Sebuah dokumentari berusia 16 tahun terbitan ITV News menunjukkan satu usaha oleh media British untuk bertemu dengan pemimpin fahaman Maoist tersebar, dengan seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia, Siti Aishah, 69, turut dirakamkan dalam video tersebut.
Video tersebut yang boleh ditonton menerusi laman web ITV, adalah petikan dokumentari pada 1997 mengenai kematian Sian Davies, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap di rumahnya yang dikongsi bersama Aravindan Balakrishnan, yang turut dikenali sebagai Comrade Bala dan rakannya, Chanda Pattni.
Dua daripada tiga wanita yang dijadikan hamba dipercayai turut dirakam dalam video ITV News itu.
Dalam video itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Josephine, yang dipercayai ITV News sebagai warga Ireland berusia 57 tahun, berulang kali mendakwa jurukamera sebagai 'sebahagian daripada orang Fasis' .
Ketika ditanya wartawan mengenai Comrade Bala, seorang wanita warga China , bercakap dalam loghat Malaysia bertanya, "Adakah anda lebih tinggi dari Mahkamah Koroner ini, segala-galanya perlu diselesaikan di sana."
Seorang lagi wanita, yang dipercayai ITV News sebagai Siti, berkata 'Kami tidak mahu bercakap dengan anda' sebelum dia menutup pintu.
Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London yang didalangi warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP