GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 November 2013

Polis kena baling kasut

Pegawai pendakwa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, selepas beratus-ratus orang yang marah membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan di Taichung, lokasi parti memerintah mengadakan kongresnya semalam. Gambar kecil, potret Presiden Taiwan Ma Ying-jeou turut dilempar kasut. - Foto AFP

Penunjuk perasaan gesa perpaduan terhadap kerajaan

Taichung: Beratus-ratus penunjuk perasaan yang marah membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan ketika parti pemerintah Taiwan, Kuomintang mengadakan kongres menggesa perpaduan berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. 

Penunjuk perasaan terbabit, ada yang hilang kerja selepas penutupan kilang selain aktivis dan penyokong pembangkang, Parti Progresif Demokratik menyuarakan kemarahan mereka kepada Presiden Ma Ying-jeou yang juga Pengerusi Kuomintang. 

“Letak jawatan Ma Yingjeou!” laung orang ramai sambil membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan yang berlindung di sebalik perisai. 

Polis tahan lelaki Seorang lelaki ditahan polis selepas memanjat pagar berduri di luar sebuah gimnasium di bandar raya Taichung lokasi anggota Kuomintang bermesyuarat. 

Tekanan terhadap pentadbiran Ma memuncak selepas rakyat hilang pekerjaan berikutan perpindahan besar-besaran kilang dari pulau ke tanah besar China untuk memanfaatkan tenaga buruh dan harga tanah yang murah di sana. 

Ma menggesa wakil parti untuk bersatu di bawah nama parti berkenaan. 

“Hanya dengan meneruskan pemerintahan Kuomintang, Taiwan ‘berada di landasan yang betul dan memberikan banyak manfaat kepada rakyat,” kata Ma. 
“Tetapi sokongan dan penyatuan anda diperlukan jika kita ingin mencapai matlamat.” 

Singkir speaker 

Perbalahan tercetus dengan penyingkiran Speaker Parlimen Kuomintang, Wang Jinpyng, ahli politik kedua paling berpengaruh dalam parti itu yang mencetuskan kebimbangan parti terbabit akan berpecah. 

Ma mendakwa Wang menggunakan pengaruhnya dan berkata beliau tidak sesuai sebagai ketua perundangan tetapi ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang membenarkan beliau meneruskan jawatan itu. 

Parti berkenaan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap perintah itu untuk kepentingan penyatuan. 

Wang turut hadir dalam kongres semalam. 

Ma meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden pada 2008 untuk mengukuhkan hubungan dagangan dan pelancongan dengan bekas pesaing mereka, China. 

Beliau dipilih semula untuk kali kedua dan penggal terakhirnya pada Januari 2012. 


-AFP

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP