GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 6 November 2013

Sanggup Bakar Rambut untuk dapatkan Fesyen gaya unik

Potong rambut dengan dibakar (Foto: Daily Mai)

Jinshi - Sebuah salon di China mempunyai gaya unik dalam memotong rambut pelanggannya. Salon unik yang dimiliki oleh Pria bernama Wang Weibu ini menggunakan seni mencukur rambut yang sudah jarang dilakukan, yaitu Dahuojia , dimana rambut akan dibakar dengan klip panas.

Wang adalah salah satu tukang cukur tradisional di bandar Jinshi , Sichuan , China , yang masih berlatih seni kuno mencukur Dahuojia . Teknik kuno ini menggunakan sepasang pengapit logam yang panas untuk membakar rambut-rambut yang mati.

Logam pengapit dibakar pada bara kayu sampai panas, kemudian disejukkan sedikit dengan air sebelum digunakan pada rambut. Setelah selesai tahap pertama, rambut harus dicuci sebelum logam pengapit panas membakar rambut untuk kedua kalinya agar rambut terbentuk dengan sempurna.


Jika rambut terlalu panjang maka dibenarkan menggunakan gunting untuk memotong rambut dengan panjang yang dikehendaki dan kemudian logam pengapit panas akan dipakai untuk membakar sisa rambut untuk mempertahankan hasil potongan rambut tersebut selama tiga bulan.

Kaedah tradisional memotong rambut ini sudah ada di China sejak 1980. Tapi, saat ini sudah jarang orang yang mau dipotong rambutnya dengan menggunakan teknik seperti ini kerana dianggap sangat menyeramkan.


Wang mengatakan bahawa meski teknik ini sudah jarang dilakukan, tapi lelaki berusia 73 tahun ini masih mempertahankan keaslian teknik kuno dalam memotong rambut tersebut .

"Teknik memotong rambut ini sudah jarang digemari dan tidak terlalu banyak pelanggan yang tertarik melakukannya. Hanya orang tua saja yang datang ke kedai saya saat ini ," ujar Wang. Demikian diberitakan dari Daily Mail, Sabtu ( 2/11/2013 ) .

Wang menambah bahawa teknik ini mempunyai beberapa kekurangan, iaitu beberapa orang tidak menyukai bau rambut terbakar, tapi beberapa orang lain tidak keberatan mencium bau tersebut .

Sumber okezone.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP