GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 24 November 2013

Video,Peragut kantoi dibelasah Wanita yang diragut di Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Lelaki berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian ragut sebelum ini berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

JENGKA - Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.

Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak  lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.

Lelaki yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Menurut saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana diragut.

Mangsa bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.


Sumber sinarharian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP