GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Disember 2013

Berita dan Maklumat Banjir ,Jangan percaya sangat khabar angin media sosial ?

KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan supaya hanya mempercayai dan mengguna pakai maklumat mengenai banjir yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa melalui media yang sah sahaja.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka tidak sepatutnya mempercayai khabar angin yang tersebar di laman Facebook, Blog dan mesej 'Whatsapp'.
"Kita seharusnya mendapatkan laporan daripada pihak berkuasa kerana biasalah, orang yang ingin menimbulkan kekecohan akan menimbulkan berita-berita yang tidak benar, seperti kononnya banjir ini disebabkan pelepasan air di Empangan Kenyir dan sebagainya hingga menyebabkan penduduk panik.
"Kami telah menemu bual pihak berkuasa Kenyir dan difahamkan tidak ada sebarang pelepasan air yang dibuat dan saya harap masyarakat di luar harus berhati-hati dan hanya mengguna pakai maklumat yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya selepas melawat Pusat Gerakan Banjir di Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu lewat malam tadi.
Beberapa hari lalu, orang ramai cemas apabila kononnya Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Kobat di Pahang akan melepaskan air secara berperingkat seperti yang disebarkan melalui media sosial.
Sumber 

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 5 Disember 2013 pada 3:50 PTG  

sebab tu maybe kita tak boleh salahkan sesapa tapi bab cara kerajaan tangani masalah banjir tu memang sangat2 la kami amik tahu. katanya ada mangsa banjir kat kuantan tak cukup makan tu lagu mana.. nak2 lagi budak2 menangis lapar.. ini yg tak berapa boleh tahan dengar ni

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP