GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 17 Disember 2013

Gangguan bekalan air di Lembah Klang,Sila Simpan bekalan Air secukupnya

INFO LANJUT KAWASAN TERLIBAT SINI -- > ( myMetro
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini sekali lagi mengingatkan pengguna di Selangor dan ibu negara agar menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan yang bermula esok sehingga 22 Dis ini.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata ini kerana syarikat itu hanya menyediakan lori tangki kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.
"Kami hanya mempunyai 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

"Walau bagaimanapun, bilangan ini agak terhad. Oleh itu kami menasihatkan para pengguna yang terlibat dalam gangguan tersebut untuk menggunakan air secara berhemah dan menyimpan air secukupnya untuk digunakan dalam tempoh gangguan," katanya.
Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Menurut kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Syabas, gangguan bekalan air itu akan bermula 8 pagi esok manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula 9 malam hari yang sama dan berterusan sehingga 8 pagi pada 22 Dis (Ahad). 

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Gangguan bekalan air itu akan melibatkan 217,694 akaun pengguna termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra. 
- Bernama

1 Merujuk kepada perkara diatas :

otaklunyai 17 Disember 2013 pada 2:06 PTG  

kalau dah tahu nak buat penyelenggaraan, yg bangangnya kenapa tak pikir alternatif utk pengguna air... ini nak bagi tau lori tak da lah, tangki tak cukup lah dan macam2 lagi... bahalol punya makhluk... inilah akibat tak buat penyelenggaraan secara berkala (preventive maintenance)... kecik2 tak nak mampos... bila bagi amanah menyusahkan rakyat...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP