GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 19 Disember 2013

[Gro Hot] Tak sempat gelek tiang dah kena Cekup


imej google
Ipoh: Sepuluh wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang juga penari tarian tiang tidak sempat memperagakan gerak berahi mereka apabila diberkas sepasukan polis dalam Op Cantas Khas di sebuah pusat hiburan di Pasir Puteh, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, semua wanita yang berpakaian seksi berusia antara 25 dan 30 tahun berkenaan, ditahan kerana tiada permit kerja yang sah serta sebahagian daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Anuar Othman berkata, serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang menjalankan Op Cantas Khas dan ketika diserbu premis hiburan terbabit baru memulakan perniagaan serta semua wanita warga asing berkenan dipercayai sedang bersiap sedia untuk mempamerkan tarian tiang.
“Semua GRO yang diberkas terdiri daripada tiga wanita Thailand dan tujuh warga Vietnam dan lima daripadanya tidak mempunyai pasport serta selebihnya menyalahguna pas lawatan sosial.
“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an yang dipercayai penjaga premis dan hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit mempunyai lesen, tetapi hanya untuk hiburan karaoke,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
ANTARA pelayan pelanggan warga asing yang diberkas dalam gerakan malam kelmarin.
Menurutnya, premis terbabit sudah tiga kali diserbu tahun ini, namun masih berdegil dalam menjalankan kegiatan menawar khidmat wanita seksi warga asing untuk menarik pelanggan berkunjung ke pusat hiburan berkenaan.
Anuar berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung perlanggaran syarat lesen premis berkenaan supaya tindakan membatalkan lesen diambil bagi mengelakkan pengusaha terus menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.
“Kami juga akan membuat pemeriksaan dengan imigresen bagi memastikan sama ada dokumen perjalanan yang dimiliki wanita asing terbabit adalah sah kerana kemungkinan mereka menggunakan pasport palsu dan memasuki negara ini secara haram.
“Polis juga tidak menolak kemungkinan GRO berkenaan turut menawarkan khidmat seks, tetapi bukan di pusat hiburan kerana tiada bilik khas disediakan di premis terbabit,” katanya.
Katanya, mereka dibawa ke IPD Ipoh untuk siasatan lanjut.
Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP