Kejam ! Wanita mati ditikam boyfriend
Tweet
MAYAT Goh Meng Yee, 23, dibawa masuk ke dalam kenderaan polis sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
MELAKA: Seorang pekerja kafe siber ditemui mati disyaki ditikam teman lelakinya di Taman Limbongan Permai di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Goh Meng Yee, 23, dipercayai ditikam teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan di antara mereka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata dipercayai suspek berusia 23 tahun itu kemudian bertindak menikam diri sendiri.
"Mangsa mati dengan kesan tikaman di perut dan satu pisau rambo turut ditemui bersebelahan mangsa.
"Mangsa mati dengan kesan tikaman di perut dan satu pisau rambo turut ditemui bersebelahan mangsa.
"Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan akan ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan