GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 21 Disember 2013

Kenaikan harga Barang,Blogger Pro-BN pun bantah

Antara blog Pro-BN yang turut membantah kenaikan harga barang.

SHAH ALAM – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak  puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

“Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

“Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan,” kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

“Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

“Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

“Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini.

“Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.
“Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari,” katanya  dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.

Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.

Sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP