Lesen memandu, skrip Farrah Fawcett dilelong
Tweet
SALINAN skrip filem Burning Red milik Farrah antara barangan peribadi aktres itu yang akan dilelong di Dallas.
Houston: Lesen memandu, skrip filem dan sehelai pakaian renang yang pernah dimiliki ikon seks era 1970-an, Farrah Fawcett akan dilelong di Dallas esok.
Puluhan barangan itu ialah koleksi yang dimikili anak saudara lelaki Farrah, Greg S Walls dan dijangka akan dibida puluhan ribu dolar, menurut firma lelaongan Heritage Auctions.
Pengarah lelongan jabatan hiburan dan muzik Heritage, Margaret Barrett berkata, walaupun Farrah sentiasa dikaitkan dengan 1970-an dan gaya rambut terkenal miliknya, dia masih menjadi bintang kesayangan Hollywood yang dihormati hingga hari ini.
Farrah yang dilahirkan di Texas ialah seorang daripada selebriti terkenal AS hampir 40 tahun lalu.
Peranannya dalam drama televisyen Charlie’s Angels’ dan posternya memakai pakaian renang merah yang terjual hingga jutaan naskhah telah melonjakkan namanya.Walls menyumbangkan pakaian renang dipakai Farrah dalam posternya yang terkenal itu kepada The Smithsonian setahun selepas aktres itu mati akibat kanser pada 2009 ketika berusia 62 tahun.
Namun, pakaian renang merah yang dipakainya untuk foto 1995 dalam majalah Esquire ialah antara puluhan barangan yang akan dilelong.
Barangan lain termasuk kad keahlian Akademi Filem Seni dan Sains, Anugerah People’s Choice 1977, skrip filem dan drama televisyen, kerusi kulit pengarah, lesen memandu California dan pasport 1980 milik Farrah.
- AFP
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan