GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 31 Disember 2013

Remaja Jadi 'tahanan' di rumah sendiri

Copeland bersama pelbagai ubatan untuk menangani masalah alahan teruk yang dialaminya.

Durham: Seorang remaja yang mengalami alahan teruk tidak mempunyai cara lain kecuali membungkus badannya dengan balutan. Brianie Copeland dari Bearpark, Durham sentiasa dalam kesakitan kerana beliau dikatakan alah terhadap hampir semua benda. 

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami ekzema teruk, dermatitis, artritis dan asma dengan beberapa alahan pada kulit dan makanan. 

Beliau mengalami arahan teruk terhadap makanan, ejen pembersih, habuk, cahaya kuat, panas, gentian buatan manusia malah rumput di taman belakang rumahnya. 

Beliau juga diibarat seperti tahanan maya di rumah sendiri kerana jika terdedah kepada dunia luar boleh menyebabkan kulitnya menggelembung dan ruam. 

Terpaksa sapu krim 

“Saya terpaksa menyapu krim dua atau tiga kali sehari dan saya memakai balutan setiap malam untuk mengekalkan krim pada kulit saya. Saya juga terpaksa mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika tidak kulit saya merekah dan kering. Ia amat sakit. 


“Saya perlu mengelak makanan tertentu seperti produk tenusu, gandum, soya, kacang dan oat. Jika saya makan tekak saya akan mula membengkak dan tertutup. Saya juga terpaksa mengambil 10 tablet sehari,” katanya. 

Brianie yang mempunyai tiga adik perempuan dan tiga adik lelaki disekat daripada melakukan perkara yang biasa dilakukan remaja lain disebabkan penyakitnya itu. 

Beliau tidak boleh memakai solekan atau produk rambut dan tidak pernah membuat tatu atau tindikan. 


Tak pernah lawat ladang 

Brianie tidak pernah melawat ladang disebabkan alahan terhadap binatang kecuali burung dan beliau tidak boleh menghabiskan masa lama di luar disebabkan tahap debunga yang tinggi. 

Beliau juga tidak boleh berenang di laut ketika bercuti kerana garam akan menyebabkan kulitnya melepuh. 

Walaupun berhadapan dengan keadaan tidak mempunyai penawar itu, Brianie tidak membiarkan masalah itu mengganggu pelajarannya. 

Beliau meninggalkan sekolah dengan memiliki GCSE dan kini belajar penjagaan kanak-kanak di New College Durham dengan harapan untuk bekerja dengan kanak-kanak istimewa. 

Brianie berkata: “Saya membesar dengan memakai balutan jadi saya tidak tahu sebarang perbezaan. 

“Orang ramai berkata jika ada penawar bolehlah saya ambil tetapi saya tidak fikirkan begitu. 

“Walaupun kadang kala ia sukar, saya suka menjadi berbeza daripada orang lain. Saya tidak punya cara lain lagi.” 


- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP