GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 15 Disember 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Puas Hati Majlis Capai 'Wedding Of The Year'

Zain dan Rozita bersyukur majlis berjalan lancar.
SHAH ALAM: Pasangan selebriti Zain Saidin, 29,dan Rozita Che Wan, 40, berasa lega dan berpuas hati apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang.
Zain berkata, tekanan berakhir apabila berjaya merealisasikan majlis perkahwinan tersebut sebagai 'wedding of the year' seperti yang diharapkan semua pihak.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami berpuas hati dengan apa yang ditawarkan iaitu daripada semua penaja untuk menjadikan majlis ini sebagai 'wedding of the year'.
"Ia adalah satu tekanan pada kami untuk merialisasikannya dan melepasi jangkaan orang ramai terhadap majlis ini," katakan ketika ditemui selepas majlis resepsi yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, pada Jumaat.
Tambah Zain, segala usaha dan penat selama beberapa hari dalam menjayakan majlis ini berbaloi.
Majlis resepsi berlangsung meriah dengan bertemakan 'taman inggeris' daripada Nas The Great Idea itu turut menyerlahkan keanggunan pasangan mempelai dengan baju rekaan Qudyn Kuala Lumpur dan Rizman Ruzaini serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11.2 juta.
Dalam pada itu, Zain berkata, dia akan menjaga amanat dan pesanan daripada ibu Rozita, Bedah Saad, 60, agar menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sebaik-baiknya.
Sementara itu, Rozita yang sudah tiga hari bergelar isteri kepada pelakon itu mengakui melalui detik-detik bahagia dan gembira dalam hidupnya.
"Saya belum sempat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri lagi kerana sibuk dengan majlis.
"Alhamdulillah perasaan menjadi isteri sudah tiga hari ini bahagia dan gembira," ujarnya.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Rabu lalu.
Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.
Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP