GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Disember 2013

Rupanya,Shila Amzah tidak pernah cintakan Johan As'ari

Shila Amzah

PEMILIK suara merdu, Shila Amzah hari ini menerusi Harian Metro meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan cinta kepada pelakon Johan As'ari.

"Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan 'bersahabat' dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza," luahnya menerusi sisipan RAP, segmen Tinta Shila Amzah.

Menjawab mengapa dia memadam kesemua gambar Johan di laman Instagram miliknya, penyanyi yang kini berada di Shanghai itu berkata, dia ada alasan yang tersendiri mengapa berbuat demikian.

Jelasnya, selepas mengetahui Johan melamar Lana Nordin, dia membuat tindakan drastik itu kerana merasakan tidak manis untuk meletak gambar peribadi bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

"Lagi pula, sebagai seorang 'sahabat', Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai," ujarnya seperti berjauh hati.

"Namun begitu, Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat 'loudspeaker' ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar," katanya.

Menerusi Tinta Shila Amzah itu juga, penyanyi berhijab ini meminta, supaya tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana artikel berkaitan Johan dan Lana.

Dia juga meminta peminatnya supaya terus menyokong karier seninya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilaporkan di blog-blog.


Sumber hiburan Sinarharian


2 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 4 Disember 2013 pada 11:38 PTG  

statement berbelit jugak shila ni. maybe nak cover. paham situasi shila. Dari tindakkan dia block & padam semua gambar Johan tu pun kita boleh nampak dia sedikit kecewa.. tapi kesian jugak. dah org tak ngaku suka kat dia.. takkan dia nak bgtau pernah ada apa2 pulak. Takpe shila.. akak paham dik

Tanpa Nama ,  5 Disember 2013 pada 8:19 PG  

itulah Johan yang syok sendiri, Ingat Shila desperate sangat ke! terdesak sangat ke! shame on you Johan!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP