Trend mok-bang landa Korea Selatan
Tweet
SEOUL - Gaya hidup makan malam sangat banyak serta memuat naik aksi tersebut secara langsung di internet kini menjadi kegilaan golongan muda di Korea Selatan, lapor akhbar Daily Mail semalam.
SEORANG bintang mok-bang di internet, The Diva menghidangkan makanan yang banyak untuk dimakan dalam rakaman secara langsung di internet
SEOUL - Gaya hidup makan malam sangat banyak serta memuat naik aksi tersebut secara langsung di internet kini menjadi kegilaan golongan muda di Korea Selatan, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Menurut akhbar berkenaan, mereka yang menyiarkan aksi makan malam tersebut di internet turut berpeluang mendapat bayaran yang lumayan.
Dikenali sebagai mok-bang, ia menunjukkan seseorang individu makan hidangan yang banyak untuk tempoh masa yang agak lama.
Seorang bintang mok-bang yang cantik, The Diva dilapor memperoleh pendapatan ribuan dolar daripada kerja sampingannya itu di internet.
Setiap kali selepas kerja, beribu-ribu orang akan menonton sebuah saluran internet secara langsung untuk melihat The Diva menikmati pelbagai juadah.
Wanita itu mampu makan 30 biji telur goreng dan sekotak kaki ketam pada satu-satu masa.
Malah, dia sanggup berbelanja sebanyak £2,000 (RM10,741) sebulan untuk membeli pelbagai makanan.
Wanita itu mula merakam aksi dia makan malam selepas berasa bosan dan memerlukan hobi untuk mengisi masa lapangnya.
- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan