Ditetak abang kerana telur
Tweet
MERSING: Seorang tukang rumah, Said Abdul Hamid, 55, dan anaknya, Nora, 23, nyaris maut apabila ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anak warga emas berkenaan di rumah mereka di Kampung Sri Pantai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9 malam, dua beranak itu ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anak kedua daripada tujuh beradik, Asmuni, 35, menyebabkan Said cedera di muka, kepala serta tangan manakala Nora cedera di tangan kanan.
Menceritakan kejadian, isteri Said, Kamariah Majid, 54, berkata, insiden terbabit berlaku apabila Asmuni naik angin selepas bertengkar dengan Nora yang sedang membuat kek untuk keluarga.
Nora yang sedang membuat kek di dapur rumah dikatakan enggan memberikan telur kepada abangnya itu menyebabkan Asmuni naik angin.
Nora yang sedang membuat kek di dapur rumah dikatakan enggan memberikan telur kepada abangnya itu menyebabkan Asmuni naik angin.
"Asmuni mengambil pisau pemotong daging lalu menetak tangan kanan Nora. Anak yang kesakitan menjerit meminta tolong sebelum suami yang ketika itu turut ada di rumah bergegas mahu membantu.
"Suami cuba menenangkan Asmuni namun tidak dihiraukan sebaliknya Asmuni terus menetak kepala serta muka suami sebanyak tiga kali," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Menurut Kamariah, suaminya mengalami pendarahan teruk dan dibawa ke Hospital Mersing oleh jiran untuk dirawat sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut.
Menurut Kamariah, Asmuni mengalami masalah mental sejak kanak-kanak namun tidak pernah mencederakan ahli keluarganya.

Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan