GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 Januari 2014

Remaja jual bayi RM371 di Facebook

Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.
Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.
Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.
“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya.
Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. 
Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat.
 “Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. 
Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. 
Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya. 
Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. 
- AFP

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP