Tandas jadi sarang pelacuran
Tweet
Hong Kong: Polis Hong Kong menutup beberapa rumah pelacuran beroperasi di tandas awam yang diubahsuai di pusat beli belah, selain menahan berpuluh- puluh suspek dalam serbuan yang menyasarkan kumpulan jenayah, kata laporan semalam.
Pelacur dari China
Pelacur dari tanah besar China didapati menjalankan operasi di rumah pelacuran yang didirikan di tandas pusat membeli belah di daerah Yeun Long, lapor South China Morning Post.
Blok sempit seluas 14 meter persegi di tingkat dua bangunan pasar raya terbabit dijadikan tempat pelacur itu ‘bekerja’ dan tempat tinggal mereka.
“Saya rasa ini adalah kali pertama polis menemui tandas awam yang dijadikan rumah pelacuran,” kata Ketua Inspektor, Law Kwok-hoi.
Semuanya tujuh rumah pelacuran yang dibuat daripada kedai atau ruang pejabat yang kosong dan mereka mempunyai pelanggan tetap yang memberikan kod rahsia sebelum dibenarkan masuk, lapor akhbar itu.
“Satu siasatan menunjukkan lebih 100 pelanggan ke tujuh rumah pelacuran terbabit setiap hari,” kata Law sambil menambah setiap pelanggan dikenakan bayaran HK$250 (RM106) bagi setiap kali perkhidmatan seks.
Polis dalam satu kenyataan berkata mereka menahan seramai 51 wanita dan 35 lelaki berusia antara 17 dan 72 dalam operasi selama dua hari Selasa lalu termasuk serbuan di lebih 20 lokasi.
Polis turut merampas pisau, paip besi dan sejumlah kecil dadah dipercayai ketamin dalam serbuan itu.
Mereka yang ditahan disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.
Mereka ditahan kerana tinggal melebihi tempoh, memeras ugut dan memiliki dadah secara haram.
- AFP
imej

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan