GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 24 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,Pasukan mencari Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat

SEPANG: Pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
"Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian," kata pemangku Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Objek itu tidak dikenal pasti dan masih belum lagi konklusif untuk dikaitkan dengan MH370."
Beliau juga berkata, tentera laut Australia HMAS Success mengesan dua radar yang menyasarkan di kawasan pencarian, tetapi tidak dapat mengesan objek berkenaan.
Hishammuddin turut berkata, pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.
Bagaimanapun, beliau berkata "objek-objek ini bukan di kawasan objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia pada minggu lepas".
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.
"HMAS Success berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang, atau paling lewat menjelang pagi esok," katanya.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP