GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 24 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,Pesawat China Kesan 'Objek Putih Mencurigakan'

Pesawat tentera udara China yang dilaporkan mengesan 'objek mencurigakan' di kawasan carian di Lautan Hindi.

ABOARD IL-76 AIRCRAFT: Anak kapal pesawat IL-76 China mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi pada Isnin sewaktu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di luar pantai Australia.

SATU LAGI OBJEK DIRAKAM DI LAUTAN HINDI

Menurut agensi berita China Xinhua, korespondennya berkata, objek “putih dan berbentuk petak” itu dikesan pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude.

Lokasi itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia termasuk kapal pemecah ais China, Xuelong yang sedang berlayar ke sana.

Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.

Oleh kerana dua pesawat mencari dari China telah pun kembali, mereka telah memohon pihak Australia untuk menghantar pesawat lain bagi meneruskan pemeriksaan di kawasan tersebut.


Sumber aStro Awani




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP