AWEK NYOROK BALIK SELIMUT ELAK DICEKUP KHALWAT
Tweet
ANTARA pasangan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di hotel, kelmarin.
Butterworth: “Saya dipaksa,” demikian helah seorang remaja perempuan ketika ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Bagaimanapun, gadis berusia 17 tahun itu mengaku mengikut rakan lelaki berusia 19 tahun itu ke hotel selepas beberapa jam berkenalan dengan alasan untuk suka-suka serta melepaskan tekanan.
Pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mendapati pasangan itu dalam keadaan mencurigakan, malah gadis berkenaan hanya berselimut ketika bilik hotel itu diserbu.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, dua remaja berkenaan antara empat pasangan berusia 17 dan 25 tahun yang ditahan dalam pemeriksaan di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) bermula jam 8 hingga 12 malam kelmarin.

“Walaupun baru berkenalan dan langsung tidak mengetahui latar belakang pasangannya, remaja perempuan itu berani mengikut lelaki terbabit hingga ke bilik hotel, sedangkan perkara ini tidak berlaku dan sebagai gadis dia perlu lebih berhati-hati dengan orang baru dikenali.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan