GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 14 April 2014

Ceroboh rumah, cabul wanita

SEORANG lelaki berlumuran darah pada mukanya selepas jatuh tertiarap dari tingkat tiga sebuah flat di Persiaran Mayang, Jalan Tengah, Bayan Baru, Pulau Pinang semalam.

BAYAN BARU – Perbuatan durjana seorang lelaki yang memecah masuk kediaman seorang wanita dan mencabul mangsa akhirnya memakan diri apabila dia terjatuh semasa mahu melarikan diri dari rumah mangsa yang terletak di tingkat tiga sebuah flat di Persiaran Mayang, Jalan Tengah di sini awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dan memakai seluar jeans serta baju-T ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih sedarkan diri di kawasan koridor aras bawah flat tiga tingkat berkenaan oleh penduduk di situ.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an sedang berbaring sambil menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang secara tiba-tiba berada di sebelahnya.
Mangsa yang dikatakan belum berumah tangga itu tinggal di flat berkenaan bersama adik lelakinya yang berumur 20-an.
“Mangsa yang ketika itu sedang asyik menonton televisyen berasa punggungnya seperti disentuh dan dia terus menjerit sebaik melihat suspek sudah berada di sebelahnya. Jeritan kuat mangsa juga telah disedari adik lelakinya yang ketika itu turut berada di dalam rumah berkenaan.
KOSMO!


1 Merujuk kepada perkara diatas :

K.A. 14 April 2014 pada 9:10 PG  

iklan lucah belah kiri bosssss

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP