Pukul isteri kerana ungkapan ‘I miss you’
Tweet
Seorang wanita dilaporkan dipukul suaminya gara-gara mengucapkan kalimah “I miss you” kepada seseorang melalui telefon bimbit, lapor media semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku kelmarin ketika wanita terbabit menerima panggilan daripada rakannya.
Perbualan itu, kata sumber, didengari suami mangsa yang dikenali sebagai Syamsudin.
“Ketika berbual mangsa mengucapkan kata-kata itu dan ia tidak disenangi suspek.
“Sebaik saja mendengar kata-kata berkenaan, Syamsudin - yang dikatakan seorang yang cemburu - terus berang dan memukul mangsa,” katanya.
Akibat pukulan itu menyebabkan si isteri mengalami lebam di bahagian mukanya.
Kata sumber, mangsa yang tidak dapat menerima sikap cemburu keterlaluan Syamsudin terus membuat laporan ke polis Jakarta Selatan.
Pihak berkuasa kemudian menjalankan siasatan dan menganggap kejadian itu sebagai keganasan domestik.
Jurucakap polis berkata, kes berkenaan masih disiasat.
Jurucakap polis berkata, kes berkenaan masih disiasat.
“Kami mengingatkan supaya semua pasangan suami isteri menjaga hubungan perkahwinan masing-masing dengan baik dan jangan mudah melakukan kekerasan rumah tangga,” katanya.
- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan