GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 11 April 2014

TRAGEDI #MH370,Psikologi keluarga penumpang berada pada tahap paling sukar

KUALA LUMPUR: Psikologi keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 dianggap berada pada tahap paling sukar, terutama selepas dimaklumkan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Seorang pakar psikologi dari Hospital Huilongguan, Wang Jian memberitahu,  keluarga penumpang ketika ini berdepan tempoh paling sukar kerana masih tidak mendapat kepastian sahih berhubung penumpang penerbangan terbabit.

Wang ialah antara 18 ahli psikologi yang ditugaskan membantu keluarga penumpang MH370 di Beijing.

Dia memberitahu, pada malam perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi, semua keluarga penumpang menangis kuat.

Wang yang bekerja sebagai ahli psikologi sejak 30 tahun lalu berada di tempat yang sama sama tidak berupaya menahan sebak dan menurutnya, setelah semua ahli keluarga tenang, mereka enggan bercakap dengan  sesiapa.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

154 daripada 229 penumpang pesawat penerbangan MH370 adalah warga China.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".


Sumber aStro Awani




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP