GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 10 April 2014

TRAGEDI MH370,Sah isyarat kotak hitam

OCEAN Shield dengan dibantu AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) meneruskan pencarian, semalam.
Perth: Pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan isyarat detikan yang dikesan kapal mencari penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi adalah peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di AS mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kHz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MH370.

“Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370, di sini, semalam.
Beliau berkata, isyarat pertama berlangsung selama lima minit dan 32 saat dan yang kedua, tujuh minit.
Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 10 April 2014 pada 12:25 PTG  

Ya Allah semoga kotak hitam tu dapat di temui secepat mungkin

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP