GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 April 2014

TRAGEDI MH370,Tiga objek ditemui di Australia Barat

Gambar fail menunjukkan seorang anggota tentera berada di atas kapal HMAS Perth milik Tentera Laut Diraja Australia semasa mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi pada 13 April lalu.

PERTH - Tiga buah objek berpotensi dalam pencarian Penerbangan Malaysia MH370 telah ditemui di perairan Australia Barat, kata beberapa pegawai.

Lokasi penemuan tersebut terletak pada jarak pemanduan selama beberapa jam ke arah selatan bandar raya ini.
Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, tiga objek itu dijumpai oleh seorang lelaki yang berjalan di pantai berkenaan sebelum menghubungi polis.
Katanya, salah satu objek itu adalah sekeping logam sebesar kereta dan mempunyai paku-paku rivet pada birainya.
"Kami berminat untuk memeriksa gambar-gambar penemuan itu. Kami mengambil serius semua petunjuk yang dijumpai," kata Dolan.
Namun, beliau enggan meletakkan harapan tinggi berhubung penemuan terbaharu itu.
"Semakin lama kami meneliti objek tersebut, semakin kurang keterujaan kami," tambahnya.
Satu sumber tentera Australia memberitahu stesen televisyen Amerika Syarikat, CNN bahawa objek itu diperoleh dekat Augusta yang terletak sekitar 300 kilometer ke selatan bandar raya ini.
Apabila ditanya tentang bentuk dan saiznya, sumber itu memberitahu bahawa objek tersebut berbentuk segi empat tepat tetapi terkoyak dan tidak sempurna.
Sumber sama menyatakan, adalah sukar untuk menganggarkan saiznya kerana mereka hanya melihat sekeping gambar tanpa skala.
Objek berpotensi itu kini berada di bawah pengawasan polis Australia Barat.
Namun, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) kemudian mengesahkan bahawa objek tersebut ditemui 10 kilometer ke timur Augusta.
Dalam pada itu, imej tersebut turut diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia manakala biro keselamatan Australia masih mengkajinya untuk mengenal pasti tindakan lanjut yang bakal dilakukan.
Pesawat MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ia dipercayai berpatah balik ketika ia sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan di Vietnam.
Pesawat itu kemudian dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi selepas kajian dilakukan ke atas data satelit. 
- Agensi(KOSMO!)


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  24 April 2014 pada 7:07 PTG  

hentikanlah pencarian yang sia sia ni.....Malaysia dah kena dan masuk perangkap sebab ...PM

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP