GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 16 Mei 2014

YUNA DIKECAM KERANA PAKAI BAJU KETAT PARAS PUSAT

YUNA

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini nama penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan di sayap seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat.

Tetapi sayangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.

Awal minggu lalu sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat paras pusat telah dimuatnaik di laman Facebook.


Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.

Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.

Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan).


Sumber

4 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 16 Mei 2014 pada 10:02 PTG  

kesian yuna..maybe dia dh x minat bertudung kot tp x blh buang secara drastik sbb tu apa dia pakai semakin hari semakin krg kain

mansor 16 Mei 2014 pada 10:28 PTG  

yuna sedang meniti masakini..yang telah merubah dimensi fikir dan nilai....

Unknown 17 Mei 2014 pada 8:11 PG  

Dari dulu saya perasan tudung Yuna mcm stail tudung wanita negro Afrika

Tanpa Nama ,  19 Mei 2014 pada 2:51 PTG  

dri dlu xminat ngn minah ni.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP