GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 9 Jun 2014

BERDARAH MALAM PERTAMA

“Biar suami sihat, baru kami bersanding,” kata Nor Diana Ayu Zainuddin, 26, isteri Mohamad Saiful Khairi Mat Jidi, 28, yang terbabit dalam kemalangan pada malam pertama perkahwinan mereka di Kampung Padang Midin, di sini, kelmarin.
Menurut Nor Diana, kemalangan jam 1.30 pagi itu berlaku selepas suaminya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, bersama bapa saudara dan rakan dalam perjalanan pulang rumah tumpangan tidak jauh dari kediamannya.
Katanya, suaminya yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkan kenderaan suaminya terjunam ke dalam bahu jalan yang curam.
“Kami diakad nikah jam 5 petang Jumaat lalu dan selepas itu sibuk berbincang mengenai pelamin untuk bersanding.
Dia pulang ke rumah tumpangan ahli keluarga pada jam 1.30 pagi selepas semua urusan di rumah saya selesai.
“Hampir pengsan saya apabila dimaklumkan suami terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui menemani Mohamad Saiful di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Nor Diana berkata, dia hanya mampu mengucap panjang selepas melihat suami diangkat pegawai perubatan di tempat kejadian.
“Lutut jadi lemah dan tidak berdaya melihat keadaannya yang cedera parah, manakala rakannya cedera di kaki dan muka.

Hanya bapa saudaranya tidak cedera kerana dia duduk di belakang,” katanya.
Mohamad Saiful berkata, dia hanya ingat ketika dia tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda saja ketika kejadian itu.
“Akibat kemalangan itu, saya mengalami keretakan di tulang pinggang, patah tangan kiri dan rusuk kanan,” kata pengusaha kebun sawit itu.
Katanya, walaupun upacara persandingannya tergendala, dia bersyukur kerana nyawa masih panjang.
“Doktor menyarankan saya berehat panjang dulu sebelum dibenarkan keluar dari wad dan buat masa ini biarlah saya menangguhkan dulu persandingan kami berdua,” katanya.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP