GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 Jun 2014

BUANG BAYI DALAM GAUNG

Shah Alam: Seorang lelaki disyaki membunuh bayi lelaki berusia enam bulan sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian dan membuang mayat bayi malang itu ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highland, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis semalam selepas ibu bayi terbabit yang juga seorang wanita warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning, apabila menyedari suspek melarikan anaknya. 
Katanya, kejadian berlaku di asrama wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah apabila suspek mendakwa bayi terbabit telah pun mati sebelum membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. 

"Bertindak daripada laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek ketika sedang bersama isterinya di sekitar Shah Alam sebelum dia mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan di Genting Highland.
"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  4 Jun 2014 pada 11:31 PTG  

Binatang pun sayang dan melindungi anaknya. Pelaksanaan hukum hudud yg dilaksanakan di depan khalayak ramai saja yg berupaya menggerunkan manusia untuk melakukan jenayah. Hukuman yg ada sekarang tidak dapat dilihat kerana ianya dilaksanakan dlm penjara, nampak spt adil tapi sebenarnya tidak.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP