Ibu Dua Anak Dipenjara Lakukan Seks Dengan Remaja 15 Tahun
Tweet
Helen Cartwright. Foto mailonline
SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.
Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.
Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar "berpelukan dan bercumbuan" sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.
Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.
Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang 'kanak-kanak' di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.
Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.
Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: "Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.
"Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.
"Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia," katanya.
mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan