Lelaki buang suku tan bahan porno ditahan
Tweet
Seorang pesara yang membuang hampir suku tan bahan pornografi di sebuah taman di sini ditahan tetapi berkemungkinan besar tidak dituduh di mahkamah kerana bahan terbabit adalah milik rakannya yang sedang sakit, menurut polis.
Hideaki Adachi dilihat memunggah 17 guni filem dan majalah, termasuk kira-kira 500 pita video VHS dari sebuah trak di sebuah taman kecil di Osaka.
Menurut polis, Adachi, 70, ditahan kerana disyaki membuang secara haram 200 kilogram bahan pornografi, tetapi dibebaskan pada hari berikutnya selepas dia memberitahu polis barangan terbabit ditemui di sebuah stor milik rakannya yang sakit.
"Dia ingin membuangnya bagi membantu rakannya," kata seorang jurucakap.
Ditanya apakah pesara berkenaan meninggalkan bahan terbabit di taman itu untuk diberikan kepada orang lain, jurucakap itu berkata polis tidak berpendapat sebegitu kerana pita video berkenaan tidak disusun untuk dilihat.
Adachi yang bekerja secara suka rela di taman berkenaan bagi membantu orang gelandangan, berharap koleksi itu akan dipungut dan dibawa ke tempat pelupusan.
- AFP
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan