GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2014

Gambar Gambar Nahas MH17 Milik MAS

BERIKUT merupakan rakaman gambar nahas penerbangan MH17 milik MAS yang didakwa ditembak jatuh di Donetsk, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia pada Khamis.




Read more...

SUAMI TUMBUK ISTERI KERANA TIDAK PAKAI STOKIN KETIKA SOLAT TERAWIH

imej
Ampang: Hanya kerana tidak memakai stoking ketika menunaikan solat Tarawih di masjid, seorang wanita mengandung ditumbuk serta dipukul suaminya hingga lembik.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa yang berusia 21 tahun dibelasah suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah didiami di Taman Melawati di sini. 
Sumber polis berkata, mangsa yang mengandung dua bulan dikatakan bertengkar dengan suami sebaik pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Tarawih. 

“Mangsa pada mulanya meminta suaminya bertenang dan meminta maaf kerana terlupa memakai stoking, namun suspek tidak berpuas hati dan terus memaki hamun isterinya itu.
“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek yang gagal mengawal kemarahan bertindak menampar, menumbuk dan membelasah isterinya berulang kali,” katanya.
Sumber

Read more...

TRAGEDI MH17,Video Rakaman Perbualan Kumpulan Pemisah Akui Tembak Jatuh Pesawat Dipintas, Lapor Kyiv Post

PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris.
Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah '100% persawat komersial'.

Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler - seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk - berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara.

"Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam.

"Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial," katanya.

Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas.

Katanya, mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez, ia adalah pesawat komersial dan terhempas berhampiran Grabove.

"Terdapat banyak mayat wanita dan kanak-kanak," katanya.

Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 dipercayai ditembak jatuh.
Sumber

Read more...

TRAGEDI MH17,Rakaman Video Pesawat Milik Penerbangan Malaysia Terhempas

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 
Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donets.

Sumber MAS berkata kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia.

Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik MAS telah trerhempas di Ukraine.
Powerful: The BUK surface-to-air missile system (like this one) that is believed to have shot down flight MH17 is an old Soviet-built weapon designed to engage light aircraft, cruise missiles and drones
Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine.
Sumber mStar Online

Read more...

Pesawat MAS Terhempas Di Ukraine

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbakan kesemua penumpang dan anak kapalnya.
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.
Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.
Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.
Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber.
MAS pula melalui laman Twitternya menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine."
mStar Online

Read more...

Rabu, 16 Julai 2014

Bangsar Shopping Centre (BSC) gempar lelaki maut terjun dari tingkat empat


KUALA LUMPUR: Pusat Membeli Belah Bangsar Shopping Centre (BSC) digemparkan dengan seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat empat bangunan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Bangsar itu, saksi mendakwa mangsa yang berusia dalam lingkungan 20an dikatakan telah naik ke tingkat empat pusat membeli belah berkenaan sebelum nekad terjun.

Mangsa maut apabila mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Motif dan kesihatan mental mangsa masih lagi disiasat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kita sedang mengesan waris mangsa dan juga latar belakang mangsa,”.

Sumber


Read more...

Khamis, 3 Julai 2014

TRAGEDI MH370,Penyiasat temui bukti ada gangguan kuasa misteri pada pesawat ?

Gangguan kuasa misteri berlaku pada peringkat awal penerbangan

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat nahas udara yang menyiasat kes kehilangan penerbangan Malaysia MH370 percaya telah menemui bukti baharu berkaitan dengan penyalahgunaan peralatan di dalam kokpit pesawat.

Pihak penyiasat nahas udara Australia turut mendedahkan bahawa penerbangan Boeing 777 itu mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, lapor The Telegraph.

Menurut pakar, mereka percaya ia sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Laporan itu juga menyebut unit data satelit pesawat telah membuat permintaan luar kebiasaan untuk “log masuk” kepada sebuah satelit 90 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.

Laporan berkata permintaan berkenaan, yang juga dikenali sebagai “handshake”, disebabkan gangguan elektrik di dalam pesawat.

“Permintaan log masuk di tengah-tengah penerbangan bukan  perkara biasa. Analisis telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk dan setelah dipadankan adalah akibat gangguan kuasa,” kata laporan oleh  Biro Keselamatan Pengangkutan Australia itu.

Pakar keselamatan penerbangan dari Universiti Loughborough David Gleave berkata gangguan elektrik terhasil apabila seseorang di dalam kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

“Mungkin seseorang bermain dengan sistem kokpit yang menyebabkan gangguan elektrik. Ia boleh menjadi satu gangguan yang disengaja untuk mematikan kedua-dua enjin untuk satu tempoh tertentu.
Dengan bermain dengan sistem, anda boleh mematikan kuasa elektrik dan menghidupkannya semula bila anda memerlukan sistem yang lain untuk menerbangkan pesawat itu,” kata beliau.

Inmarsat telah mengesahkan tentang penilaian yang dibuat namun berkata ia tidak tahu mengapa pesawat mengalami gangguan elektrik.

aStro Awani

Read more...

Rabu, 2 Julai 2014

5 GAMBAR, TEROWONG BAWAH TANAH DI SIMPANG EMPAT JALAN IMBI KUALA LUMPUR RUNTUH


KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.


Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.




Read more...

Selasa, 1 Julai 2014

Gadis tertusuk batang besi

TIGA batang besi menusuk badan Lovely.
Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.
Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.

Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.
Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.

Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. 

Keadaan Lovely kini dilapor stabil.

“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.

Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.

“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.
-Agensi

Read more...

Isnin, 23 Jun 2014

MH370,Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama


SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.

The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.

Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.

Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.

Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.

Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.

"Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah terbang bersama Zaharie sebelum ini.

Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.

Pada 15 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan mengenai syak wasangka kerajaan terhadap tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang.

Namun, pada 2 April, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat empat tumpuan utama, iaitu masalah iaitu peribadi dan psikologi serta sabotaj dan rampasan.

Ekoran itu, sepasukan penyiasat antarabangsa termasuk pakar kemalangan udara dari Britain, AS dan Perancis berusaha menyiasat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat tersebut.

Saudara-mara dan rakan-rakan juruterbang tersebut menegaskan mempertahankan beliau daripada sebarang spekulasi dan khabar angin itu.

"Dia mempunyai segala-galanya dalam hidup. Beliau adalah seorang lelaki periang, ceria, profesional lengkap yang akan tahu apa yang perlu dilakukan dalam krisis,” kata Nasir Osman, yang pernah bersekolah sama dengan Zaharie ketika di Pulau Pinang.

Sementara itu, anak perempuan Zaharie, Aishah, mengutuk spekulasi mengenai bapanya dan menyifatkannya sebagai ‘pembohongan’.

Manakala abang iparnya, Asuad Khan pula berkata, Zaharie sering bermain dengan cucunya

Asuad dalam sebuah program televisyen Australia berkata, dakwaan yang dilemparkan terhadap Zaharie mengenai kehidupan peribadi dan aktiviti-aktiviti profesional adalah tidak benar.

Asuad juga menafikan bahawa kapten itu boleh menjalankan misi membunuh diri dan mendakwa pihak berkuasa mungkin menggunakan Zaharie sebagai kambing hitam.

“Beginilah, jika mereka salahkan dia, saya akan berjuang. Saya tidak akan duduk diam.

“Jika dia mengatakan bahawa Zaharie mahu (melakukan) membunuh diri di Lautan Hindi, saya akan kata, sila buktikannya.

"Jika dia mahu (melakukan) bunuh diri, itu mungkin. Tetapi mengapa dia mahu membunuh 238 orang dengan dia? Mengapa dia mahu jadi bodoh? Tak mungkin dia buat begitu,” katanya.


Sumber Sinar Harian

Read more...

Sabtu, 21 Jun 2014

PADAH KERANA MEMILIKI PAYUDARA DAN PUNGGUNG YANG BESAR

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.
Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.
Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu. 
Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003. 

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.
Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.
Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. 
- Agensi

Read more...

Rabu, 11 Jun 2014

VIDEO AKSI SEKS DALAM KERETA TERBANTUT AKIBAT KEMALANGAN

Amat malang sekali bagi pasangan kekasih ini apabila aksi asmara mereka terbantut di tengah jalan akibat kemalangan yang tidak disengajakan.
Dalam kejadian yang berlaku di Wenzhou, China itu, ketiga-tiga mereka sedang asyik melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi bukit.
Dengan tiba-tiba, salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja melepaskan brek tangan sekaligus membuatkan kereta itu bergerak menuruni bukit sebelum menghentam sebatang pokok.
Akibatnya, kedua-dua wanita berkenaan cedera dan salah seorang daripada mereka patah kedua-dua belah kakinya.
Namun, lelaki yang turut bersama mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
katakcomel.my

Read more...

Isnin, 9 Jun 2014

Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel maklumat MH370


Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.


Lokasi pelantar minyak
McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New ZealandSunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahuABC Newsdari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha  carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.


Sumber aStro Awani

Read more...

BERDARAH MALAM PERTAMA

“Biar suami sihat, baru kami bersanding,” kata Nor Diana Ayu Zainuddin, 26, isteri Mohamad Saiful Khairi Mat Jidi, 28, yang terbabit dalam kemalangan pada malam pertama perkahwinan mereka di Kampung Padang Midin, di sini, kelmarin.
Menurut Nor Diana, kemalangan jam 1.30 pagi itu berlaku selepas suaminya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, bersama bapa saudara dan rakan dalam perjalanan pulang rumah tumpangan tidak jauh dari kediamannya.
Katanya, suaminya yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkan kenderaan suaminya terjunam ke dalam bahu jalan yang curam.
“Kami diakad nikah jam 5 petang Jumaat lalu dan selepas itu sibuk berbincang mengenai pelamin untuk bersanding.
Dia pulang ke rumah tumpangan ahli keluarga pada jam 1.30 pagi selepas semua urusan di rumah saya selesai.
“Hampir pengsan saya apabila dimaklumkan suami terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui menemani Mohamad Saiful di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Nor Diana berkata, dia hanya mampu mengucap panjang selepas melihat suami diangkat pegawai perubatan di tempat kejadian.
“Lutut jadi lemah dan tidak berdaya melihat keadaannya yang cedera parah, manakala rakannya cedera di kaki dan muka.

Hanya bapa saudaranya tidak cedera kerana dia duduk di belakang,” katanya.
Mohamad Saiful berkata, dia hanya ingat ketika dia tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda saja ketika kejadian itu.
“Akibat kemalangan itu, saya mengalami keretakan di tulang pinggang, patah tangan kiri dan rusuk kanan,” kata pengusaha kebun sawit itu.
Katanya, walaupun upacara persandingannya tergendala, dia bersyukur kerana nyawa masih panjang.
“Doktor menyarankan saya berehat panjang dulu sebelum dibenarkan keluar dari wad dan buat masa ini biarlah saya menangguhkan dulu persandingan kami berdua,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Rabu, 4 Jun 2014

TRAGEDI MH370,Saintis kaji bunyi misteri dikesan di selatan India

Bunyi tersebut dikatakan telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikenalpasti sekitar pantai barat Australia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.

Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.

Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.

Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.

Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.

Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.

“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.

Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.

Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette  bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.

Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.

“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.

“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.

Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.

“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal.  Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.

Pada 29 Mei,Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.

Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam  pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

aStro Awani

Read more...

Jumaat, 30 Mei 2014

Tidak Ada Bahagian Masjidil Haram Runtuh - Abdul Azeez


TELUK INTAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam Khamis.

Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.

"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh. 

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.

"Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi," katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN.

Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 27 Mei 2014

Lelaki selamatkan bayi jatuh tingkat dua


Li dibantu seorang lelaki cuba menangkap bayi yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Guangdong, China, barubaru ini. - AGENSI

GUANGDONG 25 Mei - Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.

Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.

Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.

“Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.

“Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.

Utusan

Read more...

Isnin, 26 Mei 2014

5 GAMBAR ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PENJENAYAH

Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.
Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.
Sumber




Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP