GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Gadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadis. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

Gadis bedah Cuping telinga untuk jadi Orang Bunian

Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti orang bunian.
Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu.
Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu.

Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.
Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam.
Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.

Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya. 

Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.

MELYNDA menjalani pembedahan selama dua jam untuk mendapatkan bentuk telinga seakan-akan elf.

Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.

Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan. 

“Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.

- AFP(myMetro)


Read more...

Ahad, 15 Disember 2013

[Video] Pelajar Kolej Dibuli Tersebar

sumber
PETALING JAYA: Rakaman video seorang pelajar kolej dibuli tersebar di laman sosial Facebook, sejak ia dimuat naik, pagi Sabtu.
Video tersebut sebelum ini dimuat naik di YouTube, telah dibuang dari oleh pengendali laman web video berkenaan atas kesalahan memuat naik kandungan yang bercorak mengancam, buli atau menakutkan.
Bagaimanapun video berkenaan, dimuat naik di Facebook dan tersebar secara meluas.
Rakaman video tersebut memaparkan, sekumpulan pelajar wanita sedang membuli seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta tempatan.
Pelajar berkenaan dilihat diganggu oleh seorang wanita yang berpakain berwarna ungu yang menuduh mangsa telah mencuri wangnya.
Mangsa mendakwa pelajar berkenaan mencuri duitnya kerana dia dilihat seperti 'seorang pencuri' dan datang dari 'keluarga yang berkasta rendah.'
Pada minit ke-16 klip video berkenaan, pembuli didengar menghina mangsa dengan menggunakan bahasa lucah, menamparnya berulang kali serta memukul dia dengan satu botol plastik kosong.
Suspek juga dilihat menarik rambut mangsa.
Sementara rakan-rakannya yang lain dilihat hanya ketawa terbahak-bahak sambil merakamkan kejadian buli berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.
Pada satu ketika, ketua kumpulan buli berkenaan mencari dilihat mencari objek untuk memukul mangsa namun ia berjaya ditahan oleh seorang pelajar perempuan lain.
Insiden berkenaan dipercayai berlaku di bilik asrama kolej berkenaan.
Ketua kumpulan berkenaan kemudiannya menelefon ibunya dan memberitahu situasi yang berlaku melalui pembesar suara.
Ibu pelajar berkenaan kemudiannya berkata kepada mangsa "Saya akan tumbuk muka anda' dan "Saya akan dapat ke asrama dan mengajar anda di sana".
Mangsa yang tidak berdaya itu dilihat menangis dan akhirnya meminta maaf serta mengakui dia melakukan kesilapan.
Walaupun mangsa memohon maaf, aksi dalam video berkenaan bertukar ganas apabila seorang lagi pelajar yang memakai baju berwarna hitam dilihat mula memukul mangsa.
Mangsa yang sebelum ini hanya berdiam diri, cuba melawan balik namun tidak berjaya.
Rakaman video tersebut berakhir dengan adengan pembuli meningatkan mangsa agar berhati-hati dan tidak bertindak di luar batasan kerana akibatnya sangat buruk.
Sehingga berita ini ditulis, pihak pengurusan kolej tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai isu berkenaan.
Sumber

Read more...

Isnin, 2 Disember 2013

Ditampar bapa kerana kongsi tuala

imej google
Kuala Lumpur: Hanya kerana menegur perbuatan bapanya yang memakai tuala miliknya, seorang wanita dipukul dengan rak kasut selain diugut dengan parang dalam kejadian di kediaman mereka di Salak Selatan, di sini, Jumaat, lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, wanita berusia 22 tahun itu tidak berpuas hati apabila bapanya berusia 50-an memakai tuala mandi miliknya menyebabkan dia menegur perbuatan itu.
Menurut sumber, bagaimanapun tindakannya itu mengundang padah apabila bapanya mengamuk dan terus memaki hamun mangsa.
“Mangsa ditampar dan ditumbuk beberapa kali sebelum suspek bertindak ganas apabila mengambil rak kasut menghempasnya ke badan anaknya itu,” katanya.
Sumber


Read more...

Khamis, 28 November 2013

Kejam ! Campak kekasih sehingga mati

Lisa Harnum
SYDNEY - Hakim sebuah mahkamah di sini membuat keputusan bahawa seorang warga Australia didapati bersalah kerana mencampak teman wanitanya dari balkoni sebuah unit apartmen yang didiami pasangan tersebut dua tahun lalu.
Keputusan itu sekali gus menamatkan satu siri perbicaraan pembunuhan yang menarik perhatian masyarakat di Australia.
Warga Australia itu, Simon Gittany mencampakkan tunangnya, Lisa Harnum yang merupakan seorang bekas penari.
Gittany mencampak tunangnya itu dari tingkat 15 apartmen mereka selepas berlaku pertengkaran pada bulan Julai 2011 sejurus mengetahui Harnum merancang mahu meninggalkannya.
Warga Australia yang berusia 40 tahun itu hadir di mahkamah tersebut bersama teman wanita baharunya.
Ketika perbicaraan, dia tidak mengaku bersalah dan mendakwa Harnum tergelincir dan dia cuba untuk menyelamatkannya.
Namun, Hakim Lucy McCallum yang mendengar perbicaraan itu menyatakan, kekurangan cap jari Harnum pada pagar berkaca di balkoni apartmen itu menyebabkan kenyataan Gittany tidak boleh diterima.
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Gittany pada Februari depan.
Mahkamah Tinggi New South Wales turut mendengar keterangan bahawa telefon Harnum diintip Gittany secara rahsia.
Gittany turut memasang kamera pemantauan di luar dan di dalam apartmen tersebut.
Salah satu kamera itu menunjukkan lelaki itu mengheret Harnum ke dalam apartmen pada malam kematiannya. 
- AFP(kosmo!)

Read more...

Isnin, 25 November 2013

Stacy Ciplak style Rambut Miley Cyrus ?

Imej terbaharu Stacy yang diambil daripada Facebook miliknya.
SHAH ALAM: Penyanyi Stacy menganggap imej baharunya dengan penampilan berambut pendek dan berwarna perang bukan menciplak imej artis popular antarabangsa, Miley Cyrus.
Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, berkata, fesyen rambut tersebut adalah merupakan trend semasa dan digayakan oleh kebanyakan wanita bukan oleh penyanyi lagu Wrecking Ball itu sahaja.
"Saya tidak meniru Miley Cyrus, gaya ini adalah trend rambut semasa dan digayakan oleh semua wanita seluruh dunia.
"Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," katanya kepadamStar Online.
Stacy ketika persembahan lagu Bosan di Separuh Akhir Muzik Muzik 28.
Tambahnya, fesyen rambut tersebut sangat sesuai dengan konsep lagu dan album baharunya yang bakal dikeluarkan awal tahun depan.
Bagaimanapun, jelas Stacy, dia tidak menafikan ada segelintir peminat yang kurang gemar dan mengkritik fesyen rambut tersebut.
"Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak.
"Pada saya gaya rambut ini sesuai dengan lagu-lagu rancak yang sering saya bawakan," katanya.
Persembahan bersama Akim untuk lagu Kembali.
Bercakap tentang lagu Bosan yang layak menempatkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 28 pada Januari depan, Stacy berkata lagu tersebut adalah karya yang paling sukar untuk dinyanyikannya.
"Lagu Bosan ini sangat tinggi dan saya perlu menyanyi sambil menari. Ia memerlukan stamina yang sangat kuat.
"Lepas ini saya akan mula berlatih dan joging untuk mendapatkan stamina menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL28 nanti," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 23 November 2013

Model Sasar RM4.3 juta untuk jual dara

Catarina Migliorini
New York: Model Brazil yang mencetuskan kontroversi apabila menawarkan daranya untuk bidaan di Internet tahun lalu kembali lagi untuk mengemukakan tawaran yang sama.
Sebelum ini, jutawan Jepun menawarkan Catarina Migliorini AS$780,000 (RM2.5 juta) dalam bidaan di Internet yang dihubungkan dengan siri dokumentari televisyen Virgins Wanted oleh penerbit filem Australia, Justin Sisely. Bagaimanapun, kini Catarina menawarkan daranya melalui laman web VirginsWanted2.com, menurut akhbar The Huffington Post.
Bidaan itu dibuka hingga 12 Disember depan.
Catarina berkata, bidaan minimum ialah AS$100,000 (RM322,016) tetapi dia memberitahu laman web Brazil, PurePeople yang sasarannya ialah $1.5 juta (RM4.3 juta).
Catarina berkata, dia menarik diri daripada bidaan asal selepas curiga dengan persetujuan yang dicapai. 
- AFP

Read more...

Selasa, 19 November 2013

Gadis Cantik ini tak punya Organ Seksual ?

Jacqui Beck

Apa yang dialami Jacqui Beck (19) ini sungguh merupakan kes kelainan yang sangat jarang berlaku. Ia tidak mempunyai organ-organ pembiakan yang menyebabkannya tak boleh berhubungan intim dan mempunyai anak . Anehnya , keadaan itu baru ia sedari ketika usianya sudah menginjak 17 tahun.

Beck, didiagnosa doktor bahawa ia mengalami sindroma yang disebut mrkh ( Mayer Rokitansky Kuster Hauser ) . Yakni sebuah sindrom langka yang mempengaruhi sistem reproduksinya .

Keadaan ini membuatnya tak mempunyai rahim, serviks, bahkan saluran bukaan pada alat kelaminnya . Diagnosa itu, baru diketahuinya ketika menginjak di usia 17 tahun. Yakni ketika dirinya memutuskan untuk memeriksakan diri ke doktor lantaran ia mengalami sakit pada bahagian punggung dan ia mengeluhkan belum adanya tanda -tanda haid padahal usianya sudah 17 tahun.

Doktor menyebutkan, bahawa keadaan ini merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Doktor menganalogikan bahawa sindrom tersebut terjadi pada satu diantara lima ribu wanita di Inggeris. Hal ini ditandai dengan tidak adanya saluran faraj, rahim dan leher rahim. 

Wanita yang menderita kelainan ini sebenarnya masih mempunyai sel indung telur, dan kelainan itu pun tidak boleh dirasakan dan tidak terlihat termasuk ketika memasuki masa pubertas. Kelainan ini baru diketahui ketika pesakit cuba untuk berhubungan intim , ia tidak akan dapat hamil dan tidak akan mengalami masa haid .

Doktor menjelaskan , kelainan ini sama sekali tidak boleh dilihat dari luar. Kerana organ seksual bahagian luarnya sama sekali tidak menunjukan hal yang aneh . Hanya saja ia tidak mempunyai saluran ke dalam. 

Beberapa diantaranya , akan menjalani rawatan dengan cara menggunakan dilator berbentuk silinder dengan saiz yang berbeza, yang bertujuan untuk menghulurkan otot- otot faraj . Namun , jika cara itu tidak berjaya , maka satu -satunya hal yang harus dilakukan yakni tindakan operasi untuk meregangkan saluran faraj . Setelah melakukan rawatan, wanita ini biasanya mampu melakukan hubungan intim dan boleh mempunyai sel telur.


Kini Beck , tengah menjalani terapi untuk memulihkan keadaannya itu sehingga ia mampu berhubungan intim di masa mendatang. Ia juga memutuskan untuk terbuka dengan keadaannya itu, dengan maksud ingin berkongsi cerita kepada mereka yang mengalami keadaan serupa.

" Selama ini saya tidak pernah menganggap bahawa diri saya berbeza dari perempuan lain. Berita ini sungguh sangat mengejutkan. Awalnya saya yakin bahawa doktor pasti salah mendiagnosis saya, namun ketika dia mula menjelaskan kenapa saya tak haid , semuanya kemudian menjadi masuk akal. 

Doktor kemudian menjelaskan bahawa saya tidak akan pernah bisa melahirkan anak, dan mungkin perlu menjalani pembedahan sebelum saya benar- benar boleh berhubungan seks. Saat itu, saya tinggalkan doktor sambil menangis, saya sedih menyedari bahawa saya tidak akan pernah merasakan bagaimana melahirkan , hamil dan mengalami haid . 

Semua perkara yang saya bayangkan itu ternyata tiba -tiba dihapuskan. saya benar -benar marah, dan merasa bahawa saya bukan wanita sejati lagi, " paparnya sebagaimana dilansir Dailymail .

Dirinya menjelaskan bahawa keadaan itu memang baru diketahui setelah ia memeriksakan diri ke dokter. Lantaran menurut dia , alat kelamin yang ia miliki sama sekali tak menunjukan keadaan aneh di bahagian luar . Hanya saja selama ini ia belum pernah berhubungan intim sehingga tak tahu keadaan yang sebenarnya . ( dailymail / mon )

Sumber okezone




Read more...

Sabtu, 16 November 2013

Murid cemerlang UPSR terima hadiah kereta Mini Cooper dari Bapa

SITI Nur Fatini bersama kereta Mini Cooper yang bakal dihadiahkan bapanya.

KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.


Sumber 

Read more...

Jumaat, 15 November 2013

Gadis ini mampu bercakap dengan Gajah ?

Nirmala yang boleh berbahasa gajah (Foto: Oddity Central)

Rourkela - Seorang kanak kanak bernama Nirmala Toppo menjadi seorang pahlawan di India , setelah dia boleh bercakap dengan kawanan gajah yang menyerbu penempatan di daerah Rourkela , India.

Kanak kanak  berusia 14 tahun ini boleh bercakap dengan kawanan gajah setelah ibunya tewas oleh beberapa kawanan gajah.

"Saya kemudian memutuskan untuk mempelajari teknik- teknik untuk mengusir mereka ," ujar Nirmala, seperti dikutip Oddity Central , Rabu ( 13/11/2013 ) .

Nirmala menggunakan teknik berdoa dan bercakap dengan gajah. "Pertama saya berdoa dan kemudian berbicara dengan kawanan gajah. Mereka memahami apa yang saya katakana ," ungkap bocah asal Jharkhand , India.

Aksi Nirmala ini membantu pihak berkuasa untuk menyelamatkan warga Rourkela dari serangan kawanan gajah.

" Kami berjaya membuat kawanan masuk ke stadium bola sepak tempatan , tapi kami tidak pasti bagaimana kita boleh mengusir mereka kembali ke hutan . Itu adalah tugas yang sukar, "kata pegawai hutan PK Dhola , India.

"Kami meminta bantuan seorang gadis dari suku yang tinggal di Jharkhand . Dia boleh bercakap dengan gajah dan mampu untuk mengusir mereka dari pemukiman warga ," tambahnya.

Seperti diketahui, Nirmala akhirnya berhasil menggiring kumpulan gajah tersebut kembali ke dalam hutan.

Walaupun Nirmala mampu berbicara dengan kawanan gajah, tidak sedikit orang yang meragukan tekniknya ini, seperti yang dikatakan oleh aktivis sosial, Rabi Pradhan yang mengatakan bahawa tidak ada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa gajah memahami perbendaharaan kata manusia.

Hampir 3,000 gajah hidup di hutan India, sering terjadi konflik antara manusia dan haiwan, terutama kerana industri perlombongan. Sebuah laporan dari kementerian alam sekitar dan perhutanan India, menganggarkan bahawa lebih daripada 80 orang dan 200 gajah tewas dalam 10 tahun terakhir.

Sumber okezone.com


Read more...

Khamis, 14 November 2013

Wanita yang sangat kemaruk makan Pisang

LONI Jane dedah makan 20 biji pisang sehari.
Sydney: Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.
Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam. 
Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman Instagram.

Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.
Seorang pengguna menulis, tubuh manusia tidak mampu bertahan hanya dengan memakan buah-buahan kerana ia tidak seimbang dengan keperluan harian.
“Saya menghormati sesiapa saja yang membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka tetapi diet sementara seperti ini hanya akan berhasil selepas tempoh yang lama,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna mempertikai mengenai kehamilannya.

“Saya lebih bimbang kerana dia tidak memakan makanan yang betul seperti protein yang diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Bagaimanapun, Loni yang hamil 26 minggu berkata, dia tidak pernah mengalami masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia.

Loni Jane berkata, dia mula mempunyai tabiat memakan buah-buahan selepas letih dengan gaya hidup suka berparti yang menyaksikan dia hanya mengambil makanan ringan dan minuman keras. 
- Agensi

Read more...

Rabu, 13 November 2013

Teman Lelaki untuk disewa

Gambar hiasan
Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.
Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. 
Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. 
Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.
Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. 

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang iberikan. Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing. 
Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. 

“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.
- Agensi

Read more...

Isnin, 11 November 2013

Rupanya,Leo Fender tiada asas petik gitar

 Leo Fender

GEMERSIK petikan gitar ciptaan Leo Fender terus hidup hingga hingga ke hari ini.

Sungguh pun dianggap lagenda pencipta gitar, hakikatnya, beliau tidak tahu bermain gitar. Antara nama besar menggilai gitar ciptaannytermasuklah, Bob Dylan, Bruce Springsteen, Jimmy Page (Led Zepplin), Dick Dale, Dave Murray (Iron Maiden), Billy Corgan (Smashing Pumpkins), Stevie Ray Vaughan, Jimi Hendrix, Eric Clapton, George Harrison (Beatles) dan ramai lagi.

Clarence Leonidas atau lebih dikenali sebagai Leo Fender merupakan pengasas Syarikat Fender Electric Instrument Manufacturing (Fender).

Pada Januari 1965, beliau menjual syarikat itu kepada CBS dan kemudian mengasaskan dua lagi syarikat peralatan muzik, Music Man and G&L Musical Instruments.

Awal usia

Leo Fender dilahirkan pada 10 Ogos 1909. Anak kepada pemilik dusun oren Clarence Monte Fender dan Harriet Elvira Wood ini membesar di Anaheim Fullerton, California, Amerika Syarikat (AS).

Ketika berusia 13 tahun, Fender menunjukkan minat dalam muzik elektronik. Bapa saudaranya yang dapat menghidu minat Fender dalam bidang itu akhirnya mengirimkan satu set radio kereta dan bateri kepadanya.

Ketika Fender melawat kedai elektronik muzik milik bapa saudaranya di Santa Maria, beliau terpesona dengan ciptaan radio bapa saudaranya termasuk teknologi pembesar suara hingga memberi kesan mendalam dalam dirinya.

Pada 1928, Fender menamatkan persekolahannya di Sekolah Tinggi Fullerton Union dan menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Kolej Junior Fullerton. Sungguhpun mengambil bidang akauntan, minatnya terus mendalam dalam bidang elektronik bunyi.

Selepas tamat pengajian di kolej, Fender bekerja di budak penghantar barang di syarikat Ice Consolidated dan Syarikat Cold Storage di Anaheim. Ketika itu beliau sedang sibuk menghantar barang, sebuah band tempatan menanyakan kepadanya sekiranya beliau boleh membuat sistem pembesar suara yang boleh digunakan di tempat awam untuk pesta di Hollywood. Rezeki datang bergolek itu diterima lalu Fender menandatangani kontrak pembinaan enam sistem audio.

Pada 1933, Fender bertemu Esther Klosky dan berkahwin setahun kemudian. Ketika meniti alam rumahtangga beliau berkhidmat sebagai akauntan di Jabatan Lebuh Raya California di San Luis Obispo.  

Namun, disebabkan kemelesetan ekonomi ketika itu, beliau kemudiannya berhenti kerja dan bekerja sebagai akauntan di syarikat tayar hanya untuk enam bulan selepas syarikat itu terpaksa ditutup.

Perkhidmatan radio Fender

Pada 1938, dengan meminjam AS$600 (RM1,900) Fender dan Esther kembali ke Fullerton dan membuka kedai membaiki radio diberi nama, Fender Radio Service.

Tidak lama kemudian, ahli muzik dan band sering berkunjung ke kedainya untuk membaiki, menyewa dan menjual sistem PA. Bukan itu sahaja, ketika demam muzik Jazz ramai pemain gitar berkunjung ke kedainya untuk memodifikasi gitar akustik supaya mengeluarkan bunyi lebih kuat.

Awal penciptaan gitar



Ketika, Perang Dunia ke-2, Fender bertemu penjual gitar keluli terkenal dari syarikat Rickenbacker, Clayton Orr Doc Kauffman,

Walaupun Kauffman berpengalaman dalam industri gitar keluli beliau lebih mengagumi kesenian bunyi dari gitar kapok. Sepanjang bersahabat dengan Fender, Kauffman mencipta satu alat yang dipasang pada gitar yang digelar Vibrola.

Vibrola ini mampu mencipta getaran lebih kuat pada setiap petikan gitar. Mereka akhirnya bekerjasama dengan menubuhkan syarikat K & F Manufacturing Corporation.

Pada 1944, Fender mempatenkan gitar keluli ciptaan Kauffman dengan arus elektrik. Gitar elektrik ciptaan Fender akhirnya mendapat permintaan tinggi setahun.
Pembangunan gitar elektrik

Selepas kejatuhan kumpulan okestra Big Band pada akhir Perang Dunia II, gabung kumpulan band kecil boogie- woogie, blues, western swing , dan honky-tonk tumbuh seperti cendawan di AS.

Ketika itu juga kumpulan muzik terbabit cenderung memilih gitar elekrik sebagai pelengkap kepada kumpulan muzik mereka hingga lahirnya lead gitar atau gitar utama sekitar 1940-an.

Pada 1950 Leo mengeluarkan gitar elektrik Fender Esquire lengkap dengan telecaster. Bermula dari situ, penggunaannya dikatakan meluas dan menjadi pilihan gitaris terkemuka dunia.

Meninggal dunia

Pada 1980, isterinya  Esther meninggal dunia akibat kanser dan 11 tahun kemudian pada 21 Mac 1991, beliau menyusul akibat derita penyakit Parkinson.

Beliau disemadikan di Fairhaven Memorial Park di Santa Ana, California. Pencapaian dan sumbangan dalam bidang teknikal audio kepada bidang rakaman diiktiraf dengan meraih Anugerah Teknikal Grammy pada 2009.

Petikan artikel sinarharian


Read more...

Ahad, 10 November 2013

Gadis 19 tahun hilang Dara di Hotel Bajet

Gadis berusia 19 tahun dan teman lelakinya berusia 22 tahun dibawa ke Pejabat Agama Dungun selepas ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Dungun.

DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit  menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.

Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti.

Sumber sinarharian


Read more...

Lady Gaga Ketagih Ganja

Lady Gaga
PENYANYI Lady Gaga berkata, dia hampir ketagih ganja selepas mengalami kecederaan di pinggangnya tahun lalu.
Seperti dilapor contactmusic.com, ganja dapat melegakan kesakitan yang dialaminya terutama selepas menjalani pembedahan.
"Saya telah merokok dengan kuat sehingga lima belas hari kerana ingin mengurangkan kesakitan yang saya alami," katanya.
Sumber

Read more...

Sabtu, 9 November 2013

Rahsia Manohara Buat Tatu Merah Di Bibir

Manohara
PELAKON Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan.
Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah.
"Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.
Manohara sanggup membuat tatu di bibir demi kecantikan wajahnya.
"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa," ujarnya.
Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.
Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 8 November 2013

Sebab Utama kenapa Mamat (Sepah) Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam Maharaja Lawak Mega 2013

Mamat
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak.
"Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.
"Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.
"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab," katanya kepada mStar Online.
Fida
Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.
Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.
Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.
"Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.
"Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013," ujarnya.
Sumber mStar Online


Read more...

Khamis, 7 November 2013

Polis benar remaja lelong Dara di internet

Shatuniha

Moscow: Seorang Russia yang menjual daranya melalui halaman lelongan di internet dibenarkan oleh polis untuk meneruskan urusannya.

Remaja berusia 18 tahun dari Siberia hanya dikenali Shatuniha itu menyiarkan satu iklan di halaman lelongan Russia 24au.ru mengiklankan dirinya sebagai ‘baru, dan tidak pernah digunakan,” lapor Gawker. 
Terdesak perlukan wang 

“Saya terdesak perlukan wang, jadi saya menjual barangan paling berharga yang saya miliki,” tulisnya.

“Saya bersedia untuk berjumpa secepat mungkin dan bersedia untuk mengesahkan dara saya.

“Saya boleh pergi ke sebuah hotel di Predmostnaya Square dengan sebuah dokumen yang mengesahkan dara saya dan bersama seseorang yang akan membayar tunai dan meninggalkan saya, jadi saya tidak akan ditipu,” katanya. 
Shatuniha menerima lebih AS$3000 (RM9,542) daripada harga asal yang dimintanya.

Pemenang bidaan dikenali sebagai Evgeniy Volnov yang bersetuju membayar AS$27,950 (RM88,908) atau kira-kira AS$3,000 lebih tinggi daripada harga asal yang diminta beliau.

 - AGENSI


Read more...

Luahan Hati Nas Adila Mengenai Hasrat Merisik Jamal Abdillah

Nas Adila
PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.
Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.
"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini pada Rabu.
Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Jamal Abdillah.
Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.
Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu.
"Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.
Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.
Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.
Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 6 November 2013

Aeril Zafrel Anggap Fitnah Kahwini Ummi Nazeera Serangan Peribadi

Aeril menganggap fitnah kahwini Ummi Nazeera sebagai serangan peribadi terhadapnya.
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya di mata masyarakat.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur di laman sosial secara terbuka.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
"Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Ummi Nazeera
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.
Dalam laporan tersebut turut memberitahu Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.
Jelas Aeril, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.
Bagaimanapun, katanya, ia menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah taala untuk menjadikannya insan yang lebih kuat.
Sementara itu, Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia disamping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan.
"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.
"Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti," katanya.
Tambah Aeril, selepas kontroversi perkahwinannya itu ramai yang tampil memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami," katanya.
Terdahulu pada 11 Oktober lalu pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam satu sidang media menjelaskan mereka sudah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.
Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP