GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

Gambar : Saiful Bukhari Azlan Nikah Wartawan TV3


Nik Suryani Megat Deraman (kiri)
PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.
Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.
"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman
Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.
Nik Suriani dalam persalinan pertunangannya pada 20 Oktober lalu. - Foto ihsan Nik Suriani
Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.
Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu.
* Sumber

Read more...

Selasa, 14 Mei 2013

Keunikan Pantai Maho St Maarten


PELANCONG mengambil gambar ketika kapal terbang penumpang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.
Lagi gambar gambar Pantai Maho ( siNi )
Philipsburg (St Maarten): Berjemur di bawah cahaya matahari bukan satu-satunya alasan pelancong bertumpu ke Pantai Maho di St Maarten - sebuah wilayah autonomi di bawah kerajaan Belanda.
Bagi kebanyakan orang, Pantai Maho adalah tempat cukup unik untuk melihat kapal terbang dari jarak dekat tanpa perlu membahayakan diri. Seperti yang dapat disaksikan pada gambar ini, Pantai Maho terletak di hujung landasan kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.
Ketenangan yang sepatutnya dialami di kawasan pantai sering terganggu oleh deruan enjin pesawat Boeing 747 yang membawa ramai pelancong dari seluruh dunia ke pulau seluas 34 kilometer persegi itu.
Pada masa tertentu, sesetengah pengunjung dapat dilihat cuba menyentuh badan kapal terbang bersedia untuk mendarat di permulaan landasan berhampiran, manakala sebahagian yang lain jelas tidak terganggu dengan bunyi bingit pesawat berkenaan. Walaupun gambaran yang dipaparkan seolah-olah bencana boleh berlaku pada bila-bila masa, rekod keselamatan pihak berkuasa menunjukkan sebaliknya. Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pentadbir St Maarten meletakkan papan tanda di kawasan itu untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.
Menurut papan tanda itu, sesiapa yang berani berdiri di hujung landasan lapangan terbang mungkin boleh terhumban jatuh akibat ledakan enjin pesawat.
Selain boleh menyebabkan kecederaan, ia juga mungkin boleh meragut nyawa. Seorang jurugambar Amerika Syarikat, Paul Souders, dapat merakamkan beberapa imej pengunjung pantai yang menikmati keunikan St Maarten itu.
Menurut Souders, Pantai Maho memang unik berbanding kawasan percutian lain.
 - Mirror

Read more...

Selasa, 7 Mei 2013

Tiga Gadis Ditemukan Masih Hidup Setelah Hilang 10 Tahun


Amanda Berry (tengah) tersenyum di Hospital Cleveland. Ia kembali bertemu adiknya (kiri). Seorang anak kecil (kanan) diyakini sebagai salah orang yang melarikan diri rumah Ariel Castro bersama Berry

CLEVELAND - Tiga gadis yang hilang satu dekad lalu di AS telah dijumpai dalam keadaan masih hidup, Isnin (6/5/2013). Mereka dilaporkan terkurung di ruangan bawah tanah sebuah rumah di Cleveland, Ohio.

Amanda Berry dan Gina DeJesus dilaporkan telah dijumpai dalam keadaan masih hidup di dalam sebuah rumah di blok 2200 Seymour Avenue di berhampiran West 25th Street, Cleveland, bersama seorang gadis ketiga yang dikenal pasti sebagai Michelle Knight. Seorang lelaki berusia 52 tahun bernama Ariel Castro telah ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis berkaitan kes tersebut, lapor CNN dan MailOnline.

Apabila jiran membantu Berry keluar dari rumah itu, dia menggendong seorang anak kecil, dan ada khabar bahawa ada anak-anak lain di rumah itu, tapi tidak jelas apa hubungan mereka dengan anak-anak tersebut.

Berry hilang tahun 2003, sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-17, dan setahun kemudian DeJesus yang berusia 14 tahun juga hilang. Michelle Knight hilang tahun 2000 saat ia berusia 20 tahun.

Berry hilang tak lama setelah dia menelefon adiknya untuk memberitahu bahawa dia mendapat tumpangan pulang dari pekerjaannya di Burger King. DeJesus hilang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

"Saya bersyukur bahawa Amanda Berry, Gina DeJesus, dan Michelle Knight telah dijumpai dalam keadaan masih hidup," kata Wali Kota Cleveland, Frank Jackson. "Kami punya banyak soalan yang belum terjawab berkaitan kes ini dan penyiasatan akan segera berlangsung. Sekali lagi, saya sangat bersyukur bahawa ketiga gadis muda itu dijumpai dan masih hidup."

Mereka ditemui semasa seorang tetangga melihat seorang perempuan, yang kemudian dikenal pasti sebagai Amanda, berteriak dari dalam sebuah rumah di West Cleveland. "Saya mendengar teriakan, saya sedang makan McDonalds. Saya keluar dan saya melihat gadis itu sedang cuba untuk keluar dari rumah tersebut dan saya pergi ke teres. Da mengatakan 'Tolong keluarkan saya! Saya sudah sangat lama di sini'," kata seorang jiran yang dikenal pasti hanya sebagai Charles kepada rangkaian tv tempatan, News Net 5.

"Saya fikir itu masalah kekerasan dalam rumah tangga. Dia keluar dengan seorang gadis kecil dan berkata 'Telefon 911, nama saya Amanda Berry'," kata Charles

Setelah menepon 911, polis datang. Amanda lalu memberitahu polis bahawa "Saya bukan satu-satunya, ada beberapa gadis lain di dalam rumah itu."

Para gadis itu kemudian dibawa ke MetroHealth Medical Center kerana mereka dilaporkan menderita dehidrasi parah dan sedikit kekurangan pemakanan, tetapi masih hidup.

Charles berkata, ia sangat terkejut dengan penemuan itu kerana orang yang punya rumah itu, yang diduga sebagai penculik, tidak bersembunyi dari orang-orang di sekelilingnya. "Saya sudah di sini setahun. Saya barbeque-an dengan lelaki itu, kami makan tulang iga dan mendengar muzik salsa. Tidak ada yang tahu bahawa gadis itu ada di rumah tersebut atau ada orang lain di dalam sana," kata Charles tentang Castro. "Kami melihat orang ini setiap hari," katanya kepada NewsNet5.

Menurut laporan CNN, Castro bekerja sebagai pemandu bas untuk sekolah-sekolah Cleveland Metropolitan.

Warga Cleveland berkumpul di pejabat polis dan bersorak saat sejumlah kereta peronda kembali ke pejabat polis pada Isnin malam, dan ramai yang sama berkumpul di luar rumah sakit.

* Sumber kompas.com


Read more...

Adira kini bertudung?


KUALA LUMPUR 7 Mei - Kemunculan Adira dalam satu program di Wangsa Melawati baru-baru ini menimbulkan tanda tanya, adakah penyanyi itu sudah memilih imej bertudung?

Penyanyi Adira, 22, yang sering diterjah dengan pelbagai kontroversi tidak pernah menganggap itu semua sebagai penghalang untuknya meneruskan kerjaya.

Sebaliknya, Adira atau Siti Adira Suhaimi berkata, penampilannya bertudung ketika itu adalah untuk disesuaikan dengan majlis yang dihadiri.

Dia yang dilihat manis bertudung sewaktu menghadiri kelas agama bersama peserta Usrah Fitrah baru-baru ini berkata, kehadirannya ke situ selepas diberitahu oleh penyanyi Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu
berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung.

Jelas Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.

Dia yang pernah dikaitkan bercinta dengan Hafiz dan Aliff Aziz berkata, buat masa sekarang tumpuannya ialah pada kerjaya berbanding soal cinta. 

- UTUSAN


Read more...

Isnin, 6 Mei 2013

Hanya Mirip seiras Britney Spears buat Wanita pelayan ini menjadi kaya raya

Lantaran persamaan tersebut, Michaela rela berhenti dari pekerjaannya sebagai pelayan restoran dan meraih pendapatan hingga 300,000 poundsterling 

Meski sekilas, perempuan ini memang berwajah seperti diva pop asal Amerika Syarikat, Britney Spears. Lantaran persamaan tersebut, dirinya rela berhenti dari pekerjaannya sebagai pelayan restoran dan meraih pendapatan hingga 300,000 poundsterling 

Semua berawal ketika perempuan itu, Michaela Weeks (25), masih berumur 16 tahun. Michaela mengikuti ajang mirip bintang di Granada TV. Ia kemudian berpakaian seperti bintang dan semakin bergaya seperti itu tatkala menginjak usia 17 tahun.

Beruntung, Britney Spears kembali tampil dan mula melakukan tur. Sekurang-kurangnya, kini pekerjaan mula kembali berdatangan bagi Michaela.

Saat itu, Michaela mempunyai pekerjaan sebagai pelayan di Ilkeston, Derbyshire. Ia lantas meninggalkan pekerjaannya untuk beralih profesi sebagai impersonator atau orang yang berperanan dan berpakaian sebagai figur awam. Seketika, ia sudah menghabiskan 30,000 poundsterling untuk membeli kereta mewah.

Michaela membeli rumah pertamanya itu seharga 115.000 pound atau setara Rp1, 7 bilion. Bahkan, hanya tiga tahun berselang, ia kembali membeli rumah baru seharga 150,000 poundsterling

Hebatnya, Michaela sudah boleh menetapkan kadar sebanyak 3,500 poundsterling atau 52,8 juta hanya untuk sekali tampil sebagai Britney Spears. Dengan pendapatan sebesar itu, ia sudah mempunyai rumahnya sendiri pada umur 19 tahun.

Michaela membeli rumah pertamanya itu seharga 115.000 pound atau setara Rp 1.7 bilion. Bahkan, hanya tiga tahun berselang, ia kembali membeli rumah baru seharga 150,000 poundsterling .

Malangnya, meniru bintang yang sudah tenar lebih dahulu bukan awal karier gemilang. Perlahan, "kariernya" sebagai Britnes Spears meredup.

"Saya cuba menjadi model. Namun, setiap kali saya cuba sesuatu yang berbeza, orang-orang kembali membahas Britney," ucap Michaela.

Michaela membeli rumah pertamanya itu seharga 115.000 pound atau setara Rp1, 7 bilion. Bahkan, hanya tiga tahun berselang, ia kembali membeli rumah baru seharga 150,000 poundsterling

Selain itu, seiring turunnya pamor sang bintang, reputasi dirinya sebagai "sang peniru" juga ikut menurun. Michaela hampir kehilangan rumahnya pada 2007 akibat publisiti buruk Britney Spears. Ia harus menjual kereta mewah untuk membayar hutang dan ansuran rumah.

"Satu-satunya pekerjaan layak yang pernah saya miliki adalah menjadi Britney," ujarnya.

Begitu menyedihkan. Michaela dan kekasihnya bahkan harus melewati musim sejuk tanpa pemanasan kerana tak lagi sanggup membayar bil.

Beruntung, Britney Spears kembali tampil dan mula melakukan tur. Sekurang-kurangnya, kini pekerjaan mula kembali berdatangan bagi Michaela. Ya, menjadi "Britney Spears"!

* Sumber kompas.com


Read more...

Ahad, 5 Mei 2013

Justin Bieber henti persembahan kerana menghormati azan


Justin Bieber
ISTANBUL, Turki - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber mendapat banyak pujian daripada para pengguna Twitter selepas dia sanggup menghentikan persembahannya sebanyak dua kali semata-mata mahu menghormati azan yang sedang berkumandang di sini, lapor portal berita Hollywood Life semalam.
Bieber yang berusia 19 tahun menghormati azan itu semasa dia membuat persembahan dalam konsertnya pada 2 Mei lalu.
Menurut laporan portal berita E!Online, para peminat penyanyi tersebut terkejut dan berasa gembira dengan tindakan Bieber itu.
Seorang pengguna Twitter menyatakan, dia menaruh rasa hormat terhadap penyanyi itu selepas mendengar Bieber menghentikan persembahan sebanyak dua kali bagi menghormati azan.
Menurut seorang lagi pengguna laman tersebut, terdapat beberapa artis Arab yang tidak menghentikan persembahan mereka bagi menghormati azan yang sedang berkumandang.
Selepas persembahan itu, Bieber membuat kenyataan di laman Twitter dengan menyatakan, Dubai di Emiriah Arab Bersatu bakal menjadi destinasi konsertnya selepas Turki. 
- Agensi


Read more...

Sabtu, 4 Mei 2013

Gambar : Jehan Miskin Sah Bergelar Suami Wanita Korea


Jehan sah bergelar suami kepada Julie Camelia Rhee
KUALA LUMPUR: Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang.

Pasangan tersebut diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
Antara barang hantaran Jehan dan isterinya.
Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.
Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.
Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan Celest Thoi.
* Sumber mStar Online

Read more...

Perkahwinan sehati dan sejiwa

Donald dan isterinya mula mengenakan pakaian sedondon sejak 1980 sebagai cara untuk menunjukkan 'kami sehati dan sejiwa'.

MASSACHUSETTS - Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan bahagia dan rumah tangga harmoni serta serasi bersama.

Dipetik MailOnline, begitu juga dengan Donald Featherstone, 77, dan isterinya Nancy,  60, dari Fitchburg yang mendedahkan rahsia kebahagiaan mereka sejak lebih tiga dekad lalu.
 
Menurut pasangan itu, mereka akan memastikan corak pakaian yang dikenakan adalah sama pada setiap hari.

Difahamkan, mereka mempunyai kira-kira 600 baju ditempah khas dan turut memadankannya dengan aksesori sedondon.

"Kami mula menyukai konsep ini sejak pertama kali menghasilkan baju serupa 33 tahun lalu.

"Walaupun kadangkala terpaksa berjauhan, kami akan memastikan gaya sama dikekalkan," kata Nancy.

Kisah cinta pasangan itu bermula pada Ogos 1975 selepas bertemu dalam satu persidangan di Chicago dan akhirnya melangsungkan perkahwinan 23 Julai 1976.  -


* Sumber


Read more...

Jumaat, 3 Mei 2013

Bersalin dalam keretapi,Bayi naik keretapi percuma seumur hidup


GAMBAR menunjukkan imej bayi bertuah yang dilahirkan di stesen keretapi Mexico kelmarin.- AP

BANDAR MEXICO - Datuk Bandar Mexico, Miguel Angel Mancera mengumumkan bahawa seorang bayi yang dilahirkan di stesen kereta api bawah tanah bandar itu akan dibenarkan menaiki perkhidmatan kereta api tersebut secara percuma seumur hidupnya.
Pengumuman itu dibuat selepas seorang ibu yang sarat mengandung telah bersalin di stesen tersebut ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan perkhidmatan keretapi terbabit.
Ibu berusia 22 tahun itu melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa lalu.
Para pekerja kereta api, polis dan pasukan paramedik telah membantu wanita itu untuk melahirkan anaknya di stesen tersebut dekat pintu masuk di sebuah platform.
Mancera mengeluarkan pengumuman itu melalui laman Twitternya.
Harga tiket perkhidmatan keretapi bawah tanah di Bandar Mexico berharga tiga pesos (RM 0.76) untuk perjalanan tanpa had.
 - AP ( kosmo! Online)


Read more...

Selasa, 30 April 2013

Budak 9 tahun bawa Ferrari di India

Gambar kanak-kanak berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari yang dikirim ke YouTube dan menimbulkan kemarahan di seluruh India. - Foto AGENSI

New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau.

Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan. 


Rai hari jadi 


Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India
Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta).

Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai.
Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.

Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu.

“Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal.

Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain.

“Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. 


- AP


Read more...

Sabtu, 27 April 2013

BR1M lebih baik daripada menurunkan harga petrol


NAJIB (tengah) menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran UMNO Bahagian Bagan Serai semalam. Turut kelihatan Zambry (dua dari kanan).

BAGAN SERAI – Dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada janji pembangkang untuk menurunkan harga petrol sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program BR1M lebih berkesan kerana ia memberi manfaat secara langsung dan menyeluruh kepada golongan sasaran iaitu rakyat bawahan.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, dasar menurunkan harga petrol lebih mengundang kepada ketirisan kepada golongan tidak layak seperti orang kaya dan warga asing.
“Kalau kurang harga minyak, siapa untung? Orang kaya yang bawa kereta besar, pelancong, pekerja asing, orang jual minyak di (negara) seberang yang untung.
“Apabila kita beri BR1M, rakyat miskin yang dapat manfaatnya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 15,000 penduduk pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran UMNO Bahagian Bagan Serai di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir, calon BN bagi Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; calon BN DUN Selinsing, Sharudin Ahmad dan calon BN DUN Semanggol, Zulkarnain Ismail.
Najib berkata, BR1M juga memberi manfaat kepada golongan peniaga setempat ekoran wang yang diberikan menerusi program tersebut akan dibelanja penerima untuk membeli barang keperluan.
BRIM 2.0 yang membabitkan dana RM3 bilion mengagihkan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan pula menerima sebanyak RM250.
* Sumber kosmo! Online


Read more...

Sabtu, 30 Mac 2013

Pakcik Ibrahim bikin Gempak ( kampung style muzik )



Gua tabik sama lu Pakcik !




Read more...

Khamis, 21 Mac 2013

SPM 2012: Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik


PUTRAJAYA: Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, 13,721 
daripada calon itu adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya. 

"Di samping itu, 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon
sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012, di sini, hari ini. 
Abd Ghafar berkata, 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan 27.5 peratus. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki 

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 adalah calon sekolah KPM. 

Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, membabitkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa. 

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa.
* Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 18 Mac 2013

48,000 pelajar lulus STPM


KUALA LUMPUR: Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,709 calon atau 5.24 peratus lulus penuh dalam lima mata pelajaran manakala calon yang lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah 21,779 calon (42.15 peratus).
"Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13 peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.

"Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon (47.39 peratus) bagi tahun lepas,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012 di sini, hari ini.
Foto
SEBAHAGIAN pelajar tersenyum lebar selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di SMK Ketereh, Kota Bharu, hari ini. FOTO Zaman Huri Isa

Mengenai prestasi pelajar, Mohd Noh berkata 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu katanya, tujuh calon adalah pelajar aliran sains dan 11 lagi dari aliran sastera.

Bilangan calon yang mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula adalah sebanyak 53 calon manakala bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat empat Gred A adalah sebanyak 379 calon.

Beliau berkata pada umumnya, prestasi calon tahun 2012 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, di mana min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22 pada 2011.

Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59 peratus) pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat sebanyak 142 calon. Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar, di mana bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 1,105 (13.53 peratus) berbanding hanya 170 calon (9.20 peratus) luar bandar.

Katanya bilangan calon bandar aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 392 (14.85 peratus) berbanding hanya lapan (6.4 peratus) calon luar bandar.

Sementara bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah seramai 713 calon (12.90 peratus) berbanding hanya 162 calon (9.24 peratus) luar bandar.

Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu min PNGK sekolah kerajaan pada tahun 2012 ialah 2.33 berbanding 2.29 pada 2011.

Pada 2012, sebanyak 59 buah sekolah mencapai min PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 52 sekolah pada tahun sebelumnya dan 47 sekolah pada 2010, katanya.

Peningkatan sebanyak 1,253 juga berlaku dalam jumlah calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran iaitu 23,683 calon (49.64 peratus) bagi tahun lepas berbanding 22,430 calon (47.84 peratus) pada tahun 2011.

Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati enam mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Further Mathematics T (71.43 peratus), Bahasa Cina (69.34 peratus), Ekonomi (59.19 peratus), Syariah (76.43 peratus), Sejarah (64.18 peratus) dan Geografi (70.21 peratus) berbanding tahun sebelumnya.

Sebanyak 15 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus.

"Pada 2012, dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Literature in English pula menurun prestasinya berbanding dengan STPM 2011," katanya.

Daripada segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi tujuh mata pelajaran iaitu Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Fizik, Kimia dan Biologi, Mohd Noh berkata 98.13 peratus (25,503) calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 98.11 peratus (25,993) pada tahun sebelumnya.

Mengumumkan mengenai prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2012, beliau berkata pada keseluruhannya berlaku peningkatan terhadap prestasi calon iatu sebanyak 36.22 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding 23.94 peratus pada sesi Julai tahun lepas.

Pada majlis itu, Mohd Noh turut menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada 18 pelajar cemerlang STPM, dua anugerah kepada pelajar cemerlang istimewa.

Anugerah turut disampaikan kepada pelajar cemerlang luar bandar dan dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2012, masing-masing bagi calon Terbaik MUET Mac 2012 dan calon Terbaik MUET November 2012.

Sementara itu, Mohd Noh turut mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Penggal Satu STPM 2013 akan dikeluarkan pada Khamis ini bermula pukul 12 tengah hari.

"Semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui portal MPM di www.mpm.edu.my atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) di talian
15888," katanya.
* Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 17 Mac 2013

Gadis 12 tahun lebih genius daripada Einstein, Hawking

Manning menunjukkan penyelesaian matematik di sekolahnya di Everton.

LONDON - Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.

Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu,  Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia.

Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.

“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan Dailymail

Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth, dalam masa 24 jam.

* Sumber


Read more...

Rabu, 13 Mac 2013

Kilafairy bukan Artis murahan

 Kilafairy 

Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata. 


Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi. 

Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan. 


Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya. 

Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor. 

Gosip lumrah hidup artis 

“Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular. 
“Namun, mengenangkan inilah jalan yang mereka pilih, mahu atau tidak, mereka harus berdepan gosip seperti itu. Sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada terus dihimpit cerita kontroversi, kita kena bijak untuk mengelak tempias sedemikian. Apa yang saya buat sekarang, saya akan tolak semua karakter yang mahu saya memegang watak gedik dan penggoda kerana saya tak mahu dikaitkan dengan karakter seperti itu lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang baru-baru ini. 

Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri. 

Menyanyi di malam kemuncak ABPBH 

Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain. 

Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul. 

“Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM. 

“Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya


Sumber BH


Read more...

Isnin, 4 Mac 2013

Shaila Sabt, Wanita Bahrain Pertama di ambang Miss Universe



Shaila Sabt, model asal Bahrain

MANAMA - Shaila Sabt (23), seorang model asal Bahrain, yang dicalonkan dalam acara Miss Universe 2013, menjadi perempuan Arab kawasan Teluk pertama yang mengikuti acara perlumbaan kecantikan antarabangsa ini.

Dalam sebuah wawancara dengan laman berita Elaph, Shaila Sabt meminta semua peminatnya di kawasan Teluk dan dunia Arab untuk menyokongnya.

Sabt sebelumnya menjadi pemenang "Bahrain s Top Model 2010", sebuah acara selama enam bulan yang pemenangnya ditentukan dari pilihan penonton televisyen.

Dengan usia yang masih sangat muda, Shaila Sabt sudah menjadi salah satu model papan atas di Timur Tengah dan kini akan memperkenalkan kecantikannya ke dunia antarabangsa.

Hebatnya, keunggulan Sabt bukan hanya di kecantikan fizikalnya. Dia mempunyai ijazah sarjana dalam bidang pengurusan sumber manusia. Namun, dalam wawancara dengan laman fashion kawasan teluk, Khaleejesque, Sabt mengatakan keutamaan kini adalah menjadi model antarabangsa yang mewakili negaranya.

Delegasi Miss Universe biasanya memiliki karateristik tertentu. Sebagai individu, mereka perlu mempunyai karier yang mapan, mempunyai tujuan peribadi dan kemanusiaan yang jelas, serta selalu berusaha untuk meningkatkan hidup orang lain.

Sebenarnya, pernah ada perempuan Arab lain yang ikut dalam acara kecantikan antarabangsa. Pada 2012, Jessica Kahwaty, yang berdarah Lebanon, memenangi juara ketiga Miss World 2012, tetapi ketika itu Jessica mewakili Australia.

Nama lain adalah Rima Fakih yang juga berdarah Lebanon. Dia memenangi gelaran Miss USA 2010 sekaligus menjadi warga keturunan Arab dan Muslim pertama yang memenangi gelaran ini.

* Sumber kompas.com


Read more...

Khamis, 28 Februari 2013

Selebriti Top Korea paling berpengaruh 2013



Majalah Forbes Korea membuat daftar 40 seleb Korea paling berpengaruh.

SNSD

Demam Kpop yang melanda dunia, melambungkan populariti artis-artis dari Negeri Ginseng. Tak hanya di negaranya, tetapi juga di negeri-negeri jauh hingga ke Amerika Syarikat. Majalah Forbes Korea membuat senarai 40 artis Korea yang paling berpengaruh. Siapa saja mereka?

Sebagaiman ditulis Allkpop, senarai ini terdiri daripada pelakon, pengacara, penyanyi, dan juga atlet. Mereka yang masuk daftar dan penilaian dilakukan berdasarkan pendapatan, pengaruh, nama besar, dan juga profesionalisme.

Dan mengikut semua kadar itu, di tahun 2013, kedudukan pertama berjaya diraih PSY. Penyanyi bertubuh tambun ini berjaya menghebohkan dunia lewat lagu Gangnam Style. Ia berjaya mengalahkan Girls Generation atau SNSD, yang dua tahun berturut-turut selalu dipucuk.

PSY

Di tahun ini, sembilan wanita cantik SNSD harus puas berada di peringkat kedua. Sedangkan kedudukan ketiga ditempati atlet kebanggan Korea, Son Yeon Jae. Peringkat keempat adalah Kim Soo Hyun dan di kedudukan kelima ditempati Big Bang.

Atlet renang Korea, Park Tae Hwan masuk dalam 10 besar. Ia berada di kedudukan keenam. Disusuli oleh pelakon, Song Joong Ki di peringkat ketujuh. Penyanyi IU menduduki kedudukan ke lapan. Atlet Kim Yuna harus puas hanya berada di kedudukan ke sembilan. Dan diposisi ke-10 terdapat boyband Super Junior.

Dalam senarai ini, terdapat 16 selebriti, yang baru pertama kali masuk dalam senarai tersebut, seperti bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

* Sumber VIVAnews.com


Read more...

Rabu, 27 Februari 2013

Perkhawinan ala SHREK


Pernikahan unik Ala Film Shrek (Foto: Daily Mail)

JERSEY - Sepasang kekasih Paul Bellas dan Heidi Coxshall melakukan pernikahan yang sangat unik. Mereka berkahwin dengan tema seperti dalam filem kartun "Shrek".

Kebanyakan pasangan mengimpikan perkahwinan yang romantis dengan menggunakan gaun serba putih. Tapi pasangan unik ini membuat perkahwinan mereka seperti dalam cerita dongeng.

Pasangan asal Jersey, Inggeris ini melakukan pernikahan yang unik dengan berpakaian seperti Shrek dan Puteri Fiona dari filem animasi "Shrek". Bellas, harus rela wajahnya dicat dengan warna hijau dan menggenakan telinga raksasa kemudia ia juga memakai alis palsu yang sangat tebal seperti tokoh Shrek.

Sedangkan Coxshall, berpakaian seperti kekasih Shrek, Putri Fiona. Tidak hanya sang pengantin saja yang berpakaian menyerupai tokoh dalam filem animasi, bahkan semua tetamu juga harus berdandan ala tokoh animasi.

Anak Bellas dan Coxshall, Leo yang baru berusia empat tahun, berperanan sebagai rakan terbaik Shrek, Donkey. Sedangkan saudara Coxshall, John berperanan sebagai Man Muffin dari filem "Shrek 2".

Tetamu-tetamu lain juga muncul dari pelbagai watak dari negeri dongeng seprti, Snow White, Cinderella dan Belle dari filem Beauty and the Beast.

Bellas dan Coxshall mengikat janji pada 23 Februari di Radisson Blu Hotel di St Helier, Jersey, England.

Pasangan unik ini telah hidup bersama selama lima tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Perkahwinan yang unik ini terinspirasi dari Leo yang sangat menyukai filem animasi Shrek.

Bellas mengatakan, filem Shrek ini sarat akan mesej cinta, kerana dalam filem itu tidak peduli keadaan pasangannya yang terpenting adalah pertahankan cinta sejati.

"Pesan dari filem Shrek adalah tidak peduli apa yang anda lihat atau siapa anda, itu semua tentang cinta sejati. Saya fikir itu benar-benar sempurna untuk tema perkahwinan saya," ujar Bellas, seperti dikutip dari Daily Mail, Rabu (27/2 / 2013).

"Semua tetamu juga menyokong idea ini dan benar-benar menikmatinya. Ada saat-saat mereka ketawa kerana merasa lucu melihat kostum tetamu yang lain," jelasnya.

* Sumber okezone.com

Read more...

Selasa, 26 Februari 2013

Perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Dapat Restu Keluarga


Zain dan Rozita kini secara terbuka mengakui mereka sedang bercinta. Foto Instagram Zain Saidin.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.
Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.
"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.
Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.
Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan.
Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya.
"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.
"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Zain berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran Oh! My English musim kedua selain beberapa projek lain.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP