GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

Soalan UPSR Bocor: Pengarah, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan Digantung Tugas

Muhyiddin Yassin

VIENTIANE: Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.    

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu. 

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau. 

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu. 

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. 

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September. Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. 


mStar Online


Read more...

Rabu, 10 September 2014

Kertas Peperiksaan Bocor: UPSR Bagi Mata Pelajaran Sains Ditangguh

PETALING JAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati mula tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


mStar Online

Read more...

Ahad, 7 September 2014

PENUNTUT (IPTA) DAN KEKASIH BIKIN PROJEK DITAHAN DALAM HOTEL MURAH

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.
Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. 
Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini. 

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.
Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar.
"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut. 

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi. 

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.
Sumber myMetro

Read more...

Sabtu, 6 September 2014

VIDEO: Awek Cun Bawak 200KM Lalu Jambatan Pulang Pinang


Bagi kaum Adam yang suka memandu laju dapat bawa kereta lebih 180km/jam dah boleh dikira satu kebanggaan

Tapi kalau dah bawa sampai 200km lepas tu yang memandu pula seorang awek cun apa perasaan anda?


Berdasarkan komen di sebuah laman sosial di mana video ini dikongsikan kami mendapati ramai lelaki menyembunyikan rasa tercabar dengan tiba-tiba mengaku pemandu tersebut adalah awek mereka.
Tak dapat dipastikan jenis kenderaan digunakan namun pemanduan laju hingga melanggar undang-undang ini dipercayai dilakukan ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.
Walau pun sebilangan orang mungkin berasakan tindakan awek ini cool, ia sebenarnya bukan sahaja boleh membuatkan pelakunya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tapi juga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Jadi jangan ada yang terfikir nak pandu laju dan rakam video macam awek ni jugak pada masa depan ok?

Sumber-MYNEWSHUB


Read more...

Jumaat, 5 September 2014

Wanita Redah Sungai Untuk Bersalin

Yellavva (tengah) terpaksa meredah sungai untuk sampai ke sebuah hospital untuk bersalin.

SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung terpaksa berenang meredah sungai di kampungnya sehingga ke sebuah hospital di Bangalore, India untuk bersalin.
Tindakan wanita tersebut, Yellavva Balappa Gaddige yang selamat melahirkan bayi lelaki mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan penduduk di perkampungan atas air di Neelakantarayanagadde.

Perkampungan itu terletak jauh di kawasan pedalaman dan terputus hubungan dengan dunia luar selepas air dilepaskan dari takungan Basava Sagara.

Menurut laporan akhbar Malaysia Nanban, Yellavva berenang selama dua jam sebelum tiba di hospital berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya, Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah dan bayinya sihat dan dilahirkan seberat 4 kilogram.

mStar Online


Read more...

Khamis, 4 September 2014

REMAJA PEREMPUAN BERKAHWIN DENGAN ANJING UNTUK BUANG SIAL

MANGLI bersama anjing yang dikahwininya.
Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.
“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.

Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 3 September 2014

Gambar Gambar Tumbuhan Yang Menyerupai Organ Seks Lelaki


Apakah entri ini lucah… atau berbentuk pendidikan… anda nilai sendiri… atau beri pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Namun, untuk yang bawah umur adalah lebih baik tak payah tengok kot…
sek1 sek2 sek4 sek5 sek6 sek7sek9sek10 sek11
myNewsHub

Read more...

Selasa, 2 September 2014

FOTO AKSI BOGEL ARTIS HOLLYWOOD JENNIFER LAWRENCE HANGAT DIPERKATAKN DALAM MEDIA SOSIAL

Jennifer Lawrence

KUALA LUMPUR: Kecoh di media sosial foto peribadi selebriti Hollywood dikongsi di media sosial selepas penggodam dipercayai berjaya membolosi sistem penyimpanan data pengkomputeran awam iCloud.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam apabila foto peribadi tersebut dikongsi di laman 4chan.

Antara selebriti yang terkesan ialah Selena Gomez, Scarlett Johansson, Kim Kardashian, Victoria Justice,  Kate Bosworth dan juga pemenang Oskar, Jennifer Lawrence.

Gambar peribadi yang dibongkar menerusi simpanan iCloud itu termasuk gambar bogel yang diambil untuk simpanan peribadi.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam kerana tidak setuju fail peribadi dikongsi kepada umum.

Paling mencuri tumpuan gambar bogel Jennifer Lawrence yang mana telah menyebabkan orang ramai mahu pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Ada yang menasihati orang ramai apa perasaan mereka jika ia berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Blogger Hollywood terkenal Perez Hilton turut memohon maaf kerana berkongsi gambar bogel Lawrence dan Justice.

Hilton kemudian membuang gambar tersebut dari blognya namun menegaskan dibuat bukan kerana menerima tekanan pihak tertentu.

Astro Awani

Read more...

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pasangan Lesbian 'Dinikahkan' Lelaki Gay

Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan 'suami isteri'.

DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.

Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan tahun hidup bersama.

Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.



Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda.

Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.

"Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya.

Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.

Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan.

"Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami 

Read more...

Selasa, 26 Ogos 2014

Gambar Selfie Mengejutkan Diambil Pesakit Leukemia

Kathryn Cartwrigh yang berjuang melawan penyakit kanser bertindak mengambil gambar selfie. Foto Birmingham Mail
KATHRYN Cartwright, 23, sedang berjuang melawan penyakit leukemia dan mempunyai 20 peratus peluang untuk hidup, mengambil keputusan mengambil gambar selfie bagi menunjukkan kekuatannya.
Ia merupakan satu gambar yang mengejutkan, menunjukkan tentang perjuangan yang dihadapi oleh pesakit kanser di usia muda.
Dia yang menjadi lemah akibat penyakit itu, terjatuh tersembam dari kerusi rodanya menyebabkan dia mempunyai kesan lebam di muka.
Daripada dia mengasihani diri sendiri, sebaliknya dia mengambil gambar selfie dan menyiarkannya di Internet.
Dia menulis perkataan "F**k cancer" (f**k kanser) menggunakan celaknya bagi 'menyuarakan' perasaannya terhadap penyakit itu.
Bercakap kepada Birmingham Mail, Kathryn berkata: "Saya tidak mahu membiarkan kanser memusnahkan hidup saya."
"Saya bosan menganggu kehidupan orang lain, semua kesan sampingan (penyakit), berjumpa dengan orang baharu diagnosis (penyakit itu) dengan banyak soalan dan melihat Margot Martini yang berusia 21 bulan dari Staffordshire yang bertarung nyawa akibat penyakit ini.
"Ia hanya membuatkan saya begitu marah. Itu sebabnya saya katakan f**k kanser. 
"Ia mungkin menyebabkan saya akan mati tetapi sehingga ia berlaku nanti, saya akan meneruskan kehidupan saya. Saya mahu menjalani apa yang saya mahu lakukan.
"Dan saya cuba untuk orang ramai tampil membantu menjadi penderma supaya orang lain tidak berhadapan dengan situasi yang saya hadapi ini," katanya. - mirror.co.uk
mStar Online


Read more...

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kereta jadi rumah

Siti Hajar Ismail mengemas beg baju miliknya dan dua anaknya yang disimpan di dalam kereta yang digunakan sebagai tempat tidur kerana tidak mampu menyewa rumah, ketika ditemui di Pembela BN Melaka di sini, semalam.

AYER KEROH – Seorang ibu tunggal terpaksa berumah di dalam kereta selama dua minggu sehingga kelmarin gara-gara tiada duit untuk menyewa.

Siti Hajar Ismail, 35, terpaksa menjadikan kereta jenis Perodua Kancil miliknya sebagai tempat berehat dan tidur bersama dua anak perempuannya selama seminggu sebelum kedua-duanya ditumpangkan di rumah saudara.

Menurutnya, selepas bercerai secara fasakh bersama bekas suaminya Jun lalu, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka.

Namun, bagaikan jatuh ditimpa tangga, baru-baru ini, Siti Hajar dibuang kerja tanpa alasan munasabah.

“Sejak itu, saya tiada pendapatan sehingga terpaksa menghantar anak-anak menumpang ke rumah saudara selepas seminggu kami tidur di dalam kereta di hadapan rumah kawan di Taman Merdeka.

“Saya pernah meletak anak-anak di rumah kawan, namun kini saya tidak mahu menyusahkan mereka semua sehingga memilih tinggal di dalam kereta,” katanya.

Akibat kesempitan hidup, anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Melana tidak bersekolah sejak dua bulan lalu selain Siti Zulaikha, 6, terpaksa menumpang di rumah saudara-mara.

Siti Hajar berkata, rumah tangganya yang hanya dapat bertahan selama lapan tahun, mula bermasalah pada tahun kedua perkahwinan.

“Saya tidak tahan dipukul, nafkah pun tiada sehingga saya minta fasakh,” dakwanya, yang sebelum ini menyewa di Kampung Parit Melana, Alor Gajah.

Bagaimanapun, dia semakin tertekan apabila bekas suami mengambil dua anaknya di rumah sepupu di Tanjung Minyak, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya menerusi bantuan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) akan menempatkan ibu tunggal terbabit sementara di asrama Balai Islam di Lorong Pandan bermula semalam.

Menurutnya, Maim turut menghulurkan bantuan makanan secara bulanan selain pihak Pembela mendapatkan kediaman menerusi bantuan Lembaga Perumahan negeri.

“Dalam masa terdekat, mereka boleh pindah. Kereta ibu tunggal itu juga sudah tamat cukai jalan,” katanya turut membantu memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh 11 Ogos lalu.

Siti Hajar turut dibantu untuk menjual kuih pau menerusi Program Pendapatan 1Azam Kerja ‘Peluang Perniagaan Pau Rizqi’.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank CIMB 01412-0020786-524.


SH


Read more...

Ahad, 17 Ogos 2014

INFO KESIHATAN,Bahaya garam hanya mitos?


Dua kajian berskala besar yang diterbitkan minggu ini di dalam Jurnal Perubatan New England menawarkan bukti bercanggah tentang pengambilan garam.

Dalam satu usahasama penyelidik di Universiti Harvard dan Universiti Tufts, purata pengambilan garam di seluruh dunia ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyelidik percaya ini menyumbang kepada peningkatan berlakunya penyakit kardiovaskular dan seorang pakar kardiologi yang tidak terlibat dalam kajian itu menganggap pengambilan berlebihan itu ada kaitan dengan cita rasa terhadap garam dalam kalangan warga Amerika dan terutamanya Asia tengah di mana pengambilan harian mencapai 5 gram.

“Dapatan baharu ini menandakan keperluan polisi yang kukuh untuk mengurangkan diet bergaram di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia,” ujar ketua penyelidik Dariush Mozaffarian, dekan Kolej Sains Nutrisi dan Polisi di Universiti Tufts.

Hasil kajian itu, walau bagaimanapun,  dikecam dalam satu editorial, juga diterbitkan di dalam jurnal sama, kerana bergantung kepada andaian semata-mata.

“Dapatan provokatif ini perlu disokong dengan percubaan hasil terkawal untuk membandingkan pengurangan pengambilan garam dalam diet harian,” kata Dr. Suzanne Oparil dalam artikelnya.

"Tanpa percubaan itu, keputusan itu menidakkan pengurangan garam dalam makanan sebagai hanya saranan kesihatan terpencil."

Sementara itu, satu lagi kajian diterbitkan pada hari sama menunjukkan bahawa kedua-dua diet tinggi dan kurang garam mungkin berbahaya kepada kesihatan kardiovaskular.

Satu pasukan penyelidik diketuai Dr Salim Yusuf dari Universiti McMaster di Ontario, Kanada mengkaji sampel daripada lebih 100,000 peserta, di mana kumuhan natrium dan kalium daripada urin mereka dianalisis bagi menganggarkan tahap pengambilan garam harian.

Dapatan mereka menunjukkan ada kaitan antara risiko kematian dan masalah kardiovaskular lebih rendah bagi mereka dengan anggaran pengambilan garam harian di antara 3g dan 6g.

Kesimpulannya, garam bukanlah musuh, tetapi pengambilannya perlu dipantau di kala komuniti perubatan antarabangsa terus mengkaji perkara ini.


Sumber

Read more...

Sabtu, 16 Ogos 2014

3 Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri

Pihak polis menunjukkan gambar-gambar individu yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pesta bogel di pantai Telok Kampi.

GEORGE TOWN: Tiga lagi peserta pesta sukan bogel telah menyerah diri, kira-kira 24 jam selepas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi mendedahkan butiran mereka di akhbar. 

Mereka yang menyerah diri ialah Tok Chew Hwa, 57, dipercayai menjadi penganjur, Justin Ang Ji Keng, 24 dan Carmen Chan, 27. 

Sumber polis berkata, ketiga-tiga mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendent Lai Fah Hin enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata Abdul Rahim akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi. 

Dilaporkan bahawa 18 dipanggil termasuk enam wanita, telah dalam rakaman video semasa mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti bogel pada 31 Mei lalu, yang digelar sebagai Sukan Bogel Penang 2014. 

Video lima minit menunjukkan peserta berbogel di pantai Teluk Kampi ketika mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan, larian berganti-ganti dan 'catwalk' kumpulan. 

Sembilan daripada 18 peserta itu juga bermalam di kebun di Balik Pulau dalam keadaan bogel.

Abdul Rahim berkata, pada 6 hingga 8 Jun lalu, sembilan daripada peserta-peserta ini turut menyertai parti bogel di Pattaya bersama 30 negara lain.

mStar Online


Read more...

Selasa, 12 Ogos 2014

DITINGGAL BINI KERANA TAK TAHAN HIDUP SUSAH

MANAYI (tengah) melawat rumah Rahmat (kiri), semalam.
Johor Bahru: Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.
Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10. 
“Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,” katanya. 

Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.
“Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya... ( sumber myMetro)


Read more...

Jumaat, 8 Ogos 2014

GURU WANITA BUKA SELUAR DALAM KELAS PADA HARI PERTAMA MENGAJAR

Hari pertama seorang guru wanita bertugas di sebuah sekolah menengah pasti akan dikenang ramai, termasuk anak muridnya, apabila dia menanggalkan seluar di dalam kelas.
Media semalam melaporkan Lorie Hill, datang bertugas dalam keadaan mabuk.
Tanpa mendaftar kehadirannya lebih awal, Lorie, 49, meluru ke sebuah kelas kosong.
Menyangka ia adalah biliknya, Lorie kemudian menanggalkan seluarnya dan tindakan itu mengejutkan pelajar di luar kelas.
Dia kemudian ditahan.
Sherif di Oklahoma berkata kejadian berlaku Isnin lalu di Sekolah Menengah Wagoner.
Polis yang dipanggil ke sekolah berkenaan turut menemui botol minuman keras di dalam kenderaan yang dipandu Lorie.
Ketua Polis Wagoner, Bob Haley berkata, Lorie menanggalkan seluarnya menyebabkan petugas di sekolah berkenaan terkejut.
Mereka juga mendakwa tidak pernah melihat Lorie sebelum itu.

Mereka sebenarnya tidak tahu Lorie adalah rakan sekerja baru kerana dia gagal mendaftar dirinya pada hari pertama bertugas.


- Agensi

Read more...

6 GAMBAR,PAWAGAM INI HANYA MENAYANGKAN FILEM LUCAH SAHAJA

Maurice Laroche, pemilik pawagam dewasa Cinema Le Beverley, memegang tiket saat ia menimbulkan di loket di bioskopnya di Paris, Perancis, 15 Julai 2014 The Beverley adalah pawagam terakhir di Paris yang masih memainkan filem porno. STEPHANE DE SAKUTIN / AFP / Getty Images
 Gulungan filem 35mm berjudul "Porno Girls" kelihatan di luar projyeksi di pawagam dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 Wayang ini berusaha dikunjungi kira-kira 700 penonton setiap minggu. REUTERS / Christian Hartmann
 Maurice Laroche, berpose di ruang unjuran di pawagam dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 Wayang yang mempunyai izin rasmi ini kerap dikunjungi oleh sejumlah pelanggan setia. REUTERS / Christian Hartmann
 Maurice Laroche, menyemburkan pengharum ruangan di dalam bilik pawagam di Le Beverley, Paris 15 Julai 2014 Wayang ini menghadapi persaingan dari maraknya filem pornografi di internet. STEPHANE DE SAKUTIN / AFP / Getty Images
 Maurice Laroche, pemilik pawagam khusus dewasa Le Beverley berpose di sebelah tulisan "Sangat dilarang bagi yang berumur di bawah 18" di Paris, 30 Julai 2014 Wayang ini hanya diperuntukkan bagi pengunjung yang telah dewasa. REUTERS / Christian Hartmann
Warga melintas di depan pawagam khusus dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 REUTERS / Christian Hartmann

Tempo.co


Read more...

Rabu, 6 Ogos 2014

2 GAMBAR JULIA PEREZ BERPELUK DENGAN ANJING


Foto Julia Perez (tengah) yang dilihat dengan seekor anjing

Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez memang tidak pernah lekang dengan isu panas yang disering menjadi perhatian umum negara Republik itu.

Terbaru Julia atau nama panggilannya Jupe mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya gara-gara gambar bersama anjing. Malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.

Beberapa foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan),  bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.

Julia Perez

Foto Julia Perez yang sedang memeluk seekor anjing yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia

Dan seperti yang dijangka foto-foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah  mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan  bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.

Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah “Cinta itu adalah tangung jawab  .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal” dan “Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.

“Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe “@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya... Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini... Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez,”

Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu.


 -Astro Gempak

Read more...

LAGI KES PAYUDARA MELETUP

Lina Hellqvist
Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.
Lina Hellqvist menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.
Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.
Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.
Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.
“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.
Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.
Lina - turut menganggap dirinya seorang bloger - kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.
Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.
Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.
Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.
Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. 
- Mirror


Read more...

TERLANJUR IKUT NAFSU


 Foto
GUO bermesra dengan salah seorang pelanggannya.
Seorang ‘perempuan simpanan profesional’ yang selama ini mendakwa menerima banyak hadiah mewah hasil kerja amal, memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China selepas dia ditahan kerana terbabit dalam skandal perjudian Piala Dunia 2014.
Guo Meimei, 23, menjadi fenomena di laman sosial Weibo kerana sering memuat naik gambarnya bersama kereta mewah di beberapa lokasi eksotik.
Melalui laman sesawang itu Guo mendakwa kononnya kenderaan berkenaan adalah hadiah sebagai penghargaan terhadap tugasnya sebagai pengurus kanan pertubuhan Palang Merah.
Bagaimanapun, selepas ditahan di bawah akta perjudian China, Guo terpaksa mengakui dia hidup dengan wang sebagai pelacur kelas atasan dan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.
Malah Guo mengaku dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan kebajikan berkenaan.
Bagi pertubuhan Palang Merah pula, mereka sukar mendapatkan sumbangan sejak tingkah laku Guo tersebar.
Mereka kemudian menuntut Guo memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China.
Kata Guo, dia mengaku bersalah kerana suka berlagak dan mengikut nafsu semata-mata. “Saya memohon maaf kepada Pertubuhan Palang Merah China yang sukar mendapat bantuan kerana tindakan saya,” katanya.
Guo juga mengakui terbabit dalam skandal perjudian ketika pertandingan Piala Dunia 2014 berlangsung di Brazil bulan lalu.
Dia ditangkap hasil siasatan unit khas polis China.
Tidak cukup dengan itu, Guo mendedahkan dia membuka pusat perjudian tanpa lesen di Beijing selain melacur untuk mendapatkan wang.
“Ia adalah sebahagian daripada cara saya mendapatkan semula perhatian orang ramai,” katanya. Pada kemuncak ‘kegemilangannya’ Guo mempunyai hampir 1.9 juta pengikut di Weibo dan kebanyakan mereka amat kagum dengan kemewahannya.
Dengan kekayaan dimiliki Guo pernah membiayai penerbitan filem mengenai dirinya pada tahun lalu.
Melalui filem itu Guo digambarkan sebagai kanak-kanak bermasalah di Hunan sebelum belajar di Akademi Filem Beijing. 
- Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP