GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2013

Perkhidmatan dulang terbang di restoran sushi

SEORANG pelanggan wanita mengambil makanan di atas dulang terbang itu.- REUTERS

LONDON - Rangkaian restoran Britain, Yo! Sushi melancarkan perkhidmatan dulang terbang yang didakwa sebagai yang pertama di dunia untuk menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.


Perkhidmatan yang dinamakan sebagai iTray itu menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.
Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.
Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.
Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut.
"Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya," katanya. 
- Agensi (kosmo!)

Read more...

Jumaat, 31 Mei 2013

Tandas kafe kopi Starbucks cetus kemarahan

GAMBAR menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas.


Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.
Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.
Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.
"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.
Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.
"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.
Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 
- AFP (kosmo!)

Read more...

Selasa, 7 Mei 2013

Ketagih makan Serangga

Gracer menunjukkan cara beliau memakan serangga.

Washington: Seorang lelaki yang ketagih memakan serangga mendedahkan bahawa beliau sudah makan lebih 5,000 spesies sejak 11 tahun lalu. 
David Gracer, 47, yang berkhidmat sebagai guru dan seorang peminat alam semula jadi, muncul dalam rancangan My Crazy Obsession, dan mengaku mengidam serangga termasuk lipas. 

Bapa kepada seorang anak dari Rhode Island itu, menyimpan bekalan snek kegemarannya dalam peti sejuk supaya tidak kehabisan, dan mendakwa orang ramai terlalu cepat membuat penilaian ke atas dirinya. 


Beliau berkata kegemaran memakan serangga mungkin dianggap menjijikkan bagi ramai orang, tetapi manusia sebenarnya sudah memakan serangga sejak zaman berzaman. 

Katanya, penduduk Greek dan Rom purba sangat gemar memakan serangga, manakala sesetengah kelompok masyarakat di Asia, Afrika dan Amerika memelihara serangga untuk dijadikan makanan. 

“Saya dikatakan gila, sakit atau aneh dan maksud saya inilah yang berlaku apabila kita melakukan membuat sesuatu yang tidak popular. 

“Memang jelas mereka bersikap berat sebelah. Serangga, selain berada dalam laut seperti ketam, udang dan udang kara tidak mengapa jika dimakan, tetapi serangga itu berada di darat, tiba-tiba ia dipandang jijik,” katanya. 


Gracer mengaku memiliki lebih 12,000 serangga daripada 20 spesies berbeza di dalam peti sejuk di rumahnya. -


 - AGENSI (BH)


Read more...

Jumaat, 3 Mei 2013

Sajian dari Tong Sampah


Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.
Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.
Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.
“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.
Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.
Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.
Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.
Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.
Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.
“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya.
* Sumber


Read more...

Khamis, 2 Mei 2013

Hubungan sulit bawa maut


Hubungan sulit antara seorang pekerja kilang papan lapis warga Indonesia dengan isteri rakan sekerja yang terjalin sekian lama berakhir tragedi berdarah apabila maut dibelasah suami wanita itu menggunakan besi paip dalam kejadian di belakang premis di Sungai Bidut, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi menyebabkan mangsa berusia 24 tahun cedera parah di kepala selepas suspek yang juga rakan senegaranya mengambil besi sepanjang satu meter lalu membelasahnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, sebelum kejadian suspek baru bangun dari tidur sebelum terserempak mangsa dan isterinya berusia 22 tahun berdua-duaan di belakang kantin kilang terbabit.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan kemarahan selain menyebabkan suspek berusia 39 tahun hilang pertimbangan sebelum mengambil besi paip lalu membelasahnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Ahad, 7 April 2013

IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi


SELEPAS masalah bebola daging yang dicemari daging kuda, IKEA kini terpaksa menghentikan jualan lasagne moose kerana didakwa mengandungi daging babi

STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi.


Lasagne moose sebanyak 10,000 tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi di dalamnya.
"Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum.
Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek.
Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda. 
- Reuters (kosmo! Online)

Read more...

Jumaat, 5 April 2013

#PRU13 : Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat


BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.

KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.
"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.
"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.
"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.
Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.
Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.
"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.
Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.
Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.
Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. 
- AFP ( kosmo! )


Read more...

Isnin, 11 Mac 2013

Musang keluarkan najis kopi dipamerkan


BEBERAPA orang menyaksikan dua ekor musang yang mengeluarkan biji kopi melalui najis haiwan itu di Buon Ma Thuot semalam.


BUON MA THUOT, Vietnam - Dua ekor musang yang dipelihara dan diberi makan biji kopi dan mengeluarkannya semula menerusi najis dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam.
Musang itu menghasilkan biji-biji kopi yang kemudian diproses dan dijadikan minuman kopi. Kopi musang itu dianggap paling berkualiti di dunia.
Di Indonesia, ia dikenali sebagai kopi luwak.
Pameran itu diadakan sempena Festival Kopi Kali Ke-4.
Vietnam mengeluarkan kira-kira 1.6 juta tan kopi. - Agensi
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Ahad, 10 Mac 2013

Nak Makan Kek sambut orang baru ?


KEK bayi baru lahir, lengkap dengan tali pusat.
London: Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan.
Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. 
Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu. 

Sebiji kek menunjukkan kepala, lengan dan kaki muncul dari kek berbentuk glob bumi yang dihias dengan corak bunga.
Manakala kek lain menunjukkan seorang bayi yang bogel meniarap sambil menghisap puting.

Satu lagi rekaan agak menakutkan apabila menunjukkan dua kepala bayi bercantum dengan mata putih tersembul. 

Hidangan kek berkenaan dibuat bagi menyambut kehadiran insan cilik yang baru lahir. 

Bagaimanapun, mungkin terdapat anggota keluarga yang tidak tergamak untuk memotong kek berupa bayi seakan-akan hidup itu.

Satu rekaan yang mungkin boleh dimakan ialah buah tembikai berbentuk bakul yang diisi dengan pelbagai jenis buah-buahan kelihatan seolah-olah seperti bayi di dalam kereta sorong. 
- The Sun ( myMetro )


Read more...

Ahad, 3 Mac 2013

Manusia Kanibal ditahan Polis

Dale Bolinger

Pendakwaan di New York bantu pihak berkuasa Britain buat tangkapan

London: Polis Britain melancarkan siasatan ke atas kewujudan kumpulan pemakan daging manusia selepas menahan seorang lelaki pertengahan usia dan anak lelakinya di rumah mereka di Canterbury. 

Mereka disoal mengenai rancangan merogol, membunuh dan memakan daging wanita yang dikaitkan dengan perbicaraan seorang pegawai polis New York yang dituduh menggemari daging manusia. 

Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire," Dale Bolinger, Suspek pemakan daging manusia

Pakar forensik antara kumpulan 15 anggota polis yang menggeledah rumah Dale Bolinger, 57, dan menggali taman rumahnya.

Serbuan itu yang turut menyaksikan anaknya, Rick, 30, ditahan selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan pegawai polis di New York itu mempunyai ‘mentor’ di Britain.

Bercerita di internet, Bolinger mendakwa makan daging seorang wanita dan budak lelaki berusia lima tahun serta memberi nasihat cara memotong kaki mangsa hidup-hidup dan memanggang di depan mangsa.

Bapa kepada dua anak itu kelmarin menegaskan dia tidak bersalah apabila dibebaskan selepas ikat jamin. 


Serang mangsa

Mesejnya dengan pegawai polis berkenaan, Gilberto Valle, termasuk menyerang hendap mangsa dengan kayu besbol sekadar fantasi, katanya.

Bolinger menggunakan nama ‘MeatMarketMan’ dan ‘Moody Blues’ di internet bertukar mesej dengan Valle, 28, yang dituduh merancang memakan isteri dan wanita lain yang dikenalinya.

Bercakap di rumahnya kelmarin, Bolinger berkata: “Saya tak kenal lelaki itu. Kami tidak pernah berjumpa. Saya cuma berbual dengannya online.”

Perbualan mengerikan

Perbualan mengerikan antara Valle dan Bolinger dibacakan di mahkamah: “Saya makan daging seorang wanita kulit hitam dan kulit putih.”

Valle turut mencadangkan resepi sup dengan menyifatkan daging manusia rasa seperti daging babi tetapi lebih kental.

Bahagian hati perlu dimasak ringkas untuk membiarkan ia manis dan lembut manakala daging pada muka sedap dibuat sandwic.

Cadangan lain ialah: “Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire.”

Dalam perbualan lain, Valle berkongsi video percutian di Bahamas dengan seorang gadis dikenalinya, Kimberly Sauer, yang memakai bikini.

Mereka membincangkan mengenai kelazatan daging gadis itu jika dia dipanggang.
Akhbar The Sun mendedahkan video ngeri di YouTube yang dimuat naik oleh Bolinger pada 2006 sebagai kenangan kepada gadis yang bertajuk Hungry 4 U. - AGENSI


* Sumber BH


Read more...

Sabtu, 2 Mac 2013

Aneh,Gadis ketagih pewangi ketiak


Nicole
Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.
Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.
Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.
Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.
“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.
“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi
* Sumber myMetro


Read more...

Selasa, 26 Februari 2013

Daging kuda ditemui dalam bebola daging


SEORANG pembeli membeli makanan di sebuah kafe Ikea di Prague, Republik Czech semalam.

STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu dan babi yang dijual di kedai rankaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam.
Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.
Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual.
Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.
Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut.
Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan.
kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.
Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu.
Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.
Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Sabtu, 23 Februari 2013

Hanya pecahkan piring,ibu denda anaknya hisap Ganja


Ilustrasi ganja

Utah - Seorang ibu di Utah, Amerika Syarikat, mempunyai cara yang tidak terpuji dalam mendidik anak-anaknya. Hanya kerana anaknya memecahkan pinggan, seorang ibu memaksa anaknya menghirup ganja dan sanggup menuangkan sos tobasco ke mata anaknya.

"Ini bukan cara mendidik yang baik untuk kanak-kanak. Ini jelas penyeksaan," kata Sarjan Jason Hauer, polis daerah tempatan, dilansir News.com.au, 22 Februari 2013.

Saat ini kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun itu sudah dikembalikan ke penjagaan ayahnya. Sementara ibu dan temannya yang melakukan penyeksaan akan menghadapi tuduhan keganasan terhadap kanak-kanak.

Robin Willette Rumsey, 38 tahun, ibu si anak dan temannya Krista Jean Miller, 33 tahun, ditangkap awal minggu ini. Kedua-dua wanita itu mengaku sudah melakukan penyeksaan kepada anaknya sejak dua tahun lalu.

Selain menuangkan sos tobasco ke mata anaknya. Kedua-dua wanita itu juga pernah memaksa anaknya menghisap ganja dan menuangkan alkohol ke wajah anaknya. Selain itu, mereka juga pernah mengunci anaknya di ruang bawah tanah.

"Menuangkan sos ke mata anaknya adalah salah satu bukti untuk membenamkan para wanita itu ke penjara," kata Hauer.

* Sumber VIVAnews.com


Read more...

Sabtu, 9 Februari 2013

Ahli parlimen Pondan dihalang jadi timbalan Speaker


Grodzka
WARSAW - Ahli-ahli Parlimen Poland semalam menghalang usaha seorang mak nyah, Anna Grodzka untuk menjadi timbalan speaker selepas pencalonannya mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan masyarakat Kristian Katolik di negara ini.
Para penyokong Grodzka berkata, Parlimen telah kehilangan peluang untuk menunjukkan bahawa negaranya mempunyai nilai-nilai masyarakat terbuka kerana tidak memilihnya menjadi timbalan speaker.
Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ijazah psikologi, Grodzka sebelum ini merupakan seorang lelaki yang menggunakan nama Krzysztof Begowski.
Dia menukar jantina tiga tahun lalu.
Grodzka dipilih menjadi anggota Parlimen mak nyah pertama pada Oktober 2011.
Ketika ditanya jika kemungkinan dia akan kehilangan jawatan itu, Grodzka berkata: "Saya berasa kesal tentangnya."
Dia gagal untuk menjadi timbalan speaker selepas pemegang jawatan itu membuat keputusan untuk tidak meletakkan jawatan.
- Agensi


Read more...

Selasa, 5 Februari 2013

Info : Gula gula getah mampu tingkatkan tahap kecerdasan

* imej 

London: Satu kajian terbaru menemui bukti saintifik yang menyokong slogan iklan mendakwa bahawa gula-gula getah mampu mempercepatkan tindak balas dan meningkatkan kecerdasan. 

Penyelidik dari Institut Kebangsaan Radiologi Sains di Jepun dan beberapa pusat lain mendapati bahawa masa tindak balas meningkat 10 kali lebih cepat ketika mengunyah gula-gula getah manakala sekurang-kurangnya lapan kawasan berlainan di dalam otak akan terbabit aktif, lapor The Independent. 


Satu teori mendapati bahawa mengunyah akan meningkatkan rangsangan dan membawa kepada peningkatan sementara aliran darah ke otak, yang membantu menerangkan mengapa ia digunakan secara meluas di kalangan pengurus pasukan bola sepak yang berjaya antaranya termasuk pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson. 

Sukarelawan di dalam uji kaji terbabit diuji ketika mereka mengunyah dan tidak mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah yang digunakan tidak berperisa untuk mengelak daripada gangguan. 

Otak lelaki dan wanita turut diimbas dengan Pengimejan Resonans Magnetik fungsi (fMRI) untuk melihat kawasan mana yang paling aktif. 

Dalam ujian 30 minit membabitkan sukarelawan menekan satu butang pada ibu jari kanan atau kiri mereka berdasarkan arah satu anak panah pada skrin di hadapan mereka. Satu ujian lebih sukar berbanding yang lain. Ketika kedua-dua ujian, kadar kecerdasan dan masa tindak balas diukur.  Agensi


* Sumber BH

Read more...

Jumaat, 25 Januari 2013

Siput masak Lemak hidup dalam Hidangan


Siput hidup dalam makanan
Aberdeen: Seorang wanita terkejut menemui seekor siput masih hidup dalam hidangan makan malamnya di sebuah hospital.
Angel Crawford, 20, menemui siput itu ketika makan kentang putar beberapa hari selepas melahirkan anak di Hospital Bersalin Aberdeen, November lalu.
Kejadian itu menyebabkan model dan ahli muzik berkenaan tidak lagi mahu makan makanan hospital.
Ketika menceritakan peristiwa itu semalam, Angel berkata: “Mulanya saya tidak menyedarinya. Tetapi selepas makan satu atau dua sudu penuh, saya ternampak siput berkenaan. Saya berhenti makan dan berkata, “Ia kelihatan seperti siput.” Saya melihat dengan lebih dekat dan saya mengulangi beberapa kali perkataan “Oh Tuhan, apa benda itu.” Kemudian tunang saya, Gavin melihatnya lalu berkata, “Ia sudah pasti siput,” Angel yang kini was-was mengenai kualiti makanan hospital mengaku pengalaman itu menyebabkan dia tidak lagi ingin makan di hospital.
“Apabila anda sudah berdepan dengan emosi selepas melahirkan anak dan bimbang mengenai keadaan anak anda, ia bukan pengalaman baik untuk dilalui.” Angel yang berasal dari Aberdeen, Scotland, menghubungi Richard Carey, Ketua Eksekutif NHS Grampian, satu daripada 14 lembaga kesihatan serantau Perkhidmatan Kesihatan Scotland, untuk mengadu kejadian itu.
Dia menerima permohonan maaf, kelmarin dan tawaran melawat dapur lembaga berkenaan.
Seorang jurucakap NHS Grampian berkata: “Kami terkejut selepas mengetahui kehadiran ‘benda asing’ dalam makanan itu dan kami akan berkongsi hasil siasatan pihak pembekal dengan Angel.” - Daily Mail
* Sumber

Read more...

Ahad, 20 Januari 2013

Info Kesihatan : Punca Cepat Lapar




Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali.Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baikuntuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkanmasalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajianoleh University of California di San Fransisco mendapatibahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptindaripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagaipunca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorangyang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akanmeningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kaliganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkanseseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk,seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makanbanyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yangminum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyangdan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseoranguntuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapatibahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

* Kredit ( Mak Ngah )



Read more...

Khamis, 17 Januari 2013

INFO KESIHATAN : BEBERAPA MAKANAN BERTINDAK SEBAGAI PENYEMBUH


SAKIT KEPALA ? MAKAN IKAN SECUKUPNYA !! 

- Minyak ikan dapat menolong mencegah sakit kepala. Begitu juga halia, secara tidak langsung dapat meredakan kesakitan dan keradangan.

DEMAM SELALU ? MAKAN YOGURT !! 
- Makan banyak yogurt dapat memper-tahankan badan dari kerap diserang demam. Ambil juga madu tempatan secara harian.

MENCEGAH STROK ? MINUM TEH 
- Mencegah pengumpulan mendapan le-mak pada dinding arteri hanya dengan amalan dos teh biasa. Teh hijau juga bagus untuk memperkasakan lagi sistem imun badan anda.

INSOMNIA (SUKAR TIDUR) ? MADU !! 
- Gunalah madu sebagai penenang dan sedatif.

LELAH ? MAKANLAH BAWANG !!
- Memakan bawang dapat membantu menangani masalah penyempitan tiub bronkial.

ARTRITIS ? MAKANLAH IKAN !! 
- Salmon, Tuna, Kembong (Mackerel Hindi) dan Sardin sebenarnya adalah pencegah artritis. Ikan sememangnya mengandungi minyak omega plus, baik untuk sistem imun kita.

PERUT MERAGAM ? PISANG - HALIA !! 



- Pisang dapat mengatasi perut yang meragam. Halia pula berupaya menghilangkan rasa loya.

* Segala Gambar tertera dari segenap Sumber... ianya mengambarkan sebagai hiasan dalam info ini ..


Read more...

Ahad, 6 Januari 2013

6 Gambar Ikan Tuna sirip Biru Gergasi yang berharga AS$1.8 juta (RM5.5juta)



Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.
Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.


Read more...

Ini dia Burger yang boleh dimakan bersama bungkusnya


Burger yang bisa dimakan beserta bungkusnya

Brazil - Pencinta burger kini tidak perlu membuka kertas pembungkus burger jika ingin menikmati makanan segera tersebut. Waralaba makanan cepat saji Bob s di Brazil mulai menyajikan burger dengan kertas pembungkus yang boleh diambil.

Pengguna dari pelbagai cabang restoran cepat saji tersebut kini boleh menikmati burger dan kertas pembungkusnya secara serentak.

Laman pemantau kejadian unik Odditycentral menyatakan program yang dicipta syarikat tersebut terbukti berjaya, kerana dapat mengurangkan sampah kertas yang dihasilkan oleh para penikmat burger hingga jumlah yang signifikan.

Pada awal tahun ini, para saintis dari Harvard melaporkan pembangunan produk WikiCells (novel yang kertasnya boleh dimakan), juga boleh digunakan sebagai pembungkus makanan tanpa mengubah cita rasa makanan tersebut.

Belum diketahui sama ada restoran makanan segera tersebut menggunakan teknologi WikiCells dalam pembuatan pembungkusan kertas itu. Sejauh ini, belum didapati pelanggan yang mengeluhkan program tersebut.

Menurut Odditycentral, slogan yang digunakan untuk iklan burger itu ialah "anda tidak boleh menahan diri".

* Sumber tempo.com

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP