GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan

Jumaat, 5 September 2014

LELAKI MABUK BERPAKAIAN DALAM JADI SUPERMAN

LELAKI mabuk yang memecah masuk apartmen ditahan polis.
Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam.
Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan.
Katanya, dia menyangka rumah itu kosong.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga.
“Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal saya.
“Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau saya akan menjerit.
“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta berjalan ke tingkap.
“Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital.
Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan merompak. 
- Agensi

Read more...

Wanita Redah Sungai Untuk Bersalin

Yellavva (tengah) terpaksa meredah sungai untuk sampai ke sebuah hospital untuk bersalin.

SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung terpaksa berenang meredah sungai di kampungnya sehingga ke sebuah hospital di Bangalore, India untuk bersalin.
Tindakan wanita tersebut, Yellavva Balappa Gaddige yang selamat melahirkan bayi lelaki mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan penduduk di perkampungan atas air di Neelakantarayanagadde.

Perkampungan itu terletak jauh di kawasan pedalaman dan terputus hubungan dengan dunia luar selepas air dilepaskan dari takungan Basava Sagara.

Menurut laporan akhbar Malaysia Nanban, Yellavva berenang selama dua jam sebelum tiba di hospital berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya, Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah dan bayinya sihat dan dilahirkan seberat 4 kilogram.

mStar Online


Read more...

Khamis, 4 September 2014

REMAJA PEREMPUAN BERKAHWIN DENGAN ANJING UNTUK BUANG SIAL

MANGLI bersama anjing yang dikahwininya.
Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.
“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.

Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 3 September 2014

Gambar Gambar Tumbuhan Yang Menyerupai Organ Seks Lelaki


Apakah entri ini lucah… atau berbentuk pendidikan… anda nilai sendiri… atau beri pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Namun, untuk yang bawah umur adalah lebih baik tak payah tengok kot…
sek1 sek2 sek4 sek5 sek6 sek7sek9sek10 sek11
myNewsHub

Read more...

Isnin, 1 September 2014

PERLU KHIDMAT KEKASIH ALAM MAYA ?

imej
Laman web e-dagang terkemuka di China menemui cara terbaru untuk mengeksploitasi kesepian seseorang apabila menawarkan khidmat ‘kekasih maya’ kepada pelanggan menerusi telefon bimbit.
Syarikat berkenaan, Taobao menyediakan perkhidmatan berharga 20 hingga 30 yuan (RM10-RM15) dan mengupah beberapa pekerja untuk menghantar mesej dan menelefon pelanggan di waktu pagi, mendengar rungutan, mengucap selamat malam, dan secara umumnya membuat pelanggan merasakan mereka bukan orang paling sunyi di dunia. 
‘Kekasih maya’ datang dalam pelbagai personaliti, antaranya ‘perempuan seperti patung’ hingga ke ‘wanita matang.’ 

Wanita bujang juga boleh memperoleh teman lelaki maya yang memenuhi kehendak mereka termasuk ‘lelaki berpakaian seragam’, ‘ketua pegawai eksekutif’, dan ‘lelaki yang menenangkan.’
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu berkata, ia cara berkesan untuk meningkatkan perniagaan mereka.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Ahad, 31 Ogos 2014

Roh Kanak-Kanak Perempuan Dirakam Di Rumah Agam


SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan.
Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.
Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap.
"Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.
"Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat," katanya.
Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766.
Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus.

Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia.

Sumber mStar Online


Read more...

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pasangan Lesbian 'Dinikahkan' Lelaki Gay

Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan 'suami isteri'.

DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.

Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan tahun hidup bersama.

Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.



Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda.

Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.

"Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya.

Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.

Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan.

"Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami 

Read more...

Selasa, 26 Ogos 2014

MAHKAMAH ARAH LELAKI UKUR KEMALUAN

Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlaku kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.
Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu.
Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.
Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.
“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.
Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.
Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya me ngarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.
“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.
Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.
“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns.
Sumber

Read more...

Wanita lelong rambut untuk menderma

XIOA menunjukkan rambutnya di kediamannya, semalam.
Selepas menyimpan rambutnya selama 15 tahun, seorang wanita di sini kini mencari pembeli untuk membeli rambutnya yang sepanjang dua meter dengan niat untuk mendermakan wang berkenaan kepada sebuah sekolah menengah di Ningxia.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiao, berkata dia mengambil keputusan menjual rambutnya menerusi Internet selepas mengetahu mengenai keadaan persekitaran persekolahan yang teruk di Ningxia. 
Tarikh untuk membidanya berakhir hari ini dan sehingga semalam bidaan tertinggi mencecah 10,000 yuan (RM5,100). 

Menurut Xiao, dia menerima tawaran sebanyak RM10,300 untuk rambutnya sembilan tahun lalu.
Ketika itu, rambutnya hanya panjang hingga ke betis.
“Saya mula memelihara rambut ketika belajar di universiti,” katanya.
 - Agensi 


Read more...

GELUNG BESI TERLEKAT PADA ALAT KEMALUAN SELAMA 11 JAM

Gelung besi yang terlekat pada kemaluan mangsa

KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Lagi Gempar !!! 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba.

Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah, berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit.

Bagi tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan.

“ Usaha untuk mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan pemotong khas.

“Kerja-kerja mengeluarkan besi itu, dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada mangsa. Sepanjang prosedur terbabit, mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius,” katanya ketika melawat mangsa di HRPZ II, petang semalam.

Jamil juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan di daerah ini.

Sementara itu, Sinar Harian menemui mangsa, tetapi dia enggan dikenali.

Katanya, dia buat begitu kerana “suka suka”.

“Saya jumpa benda itu dan saya pun cuba memasukkannya (ke alat sulit). Tapi lepas itu tak boleh dikeluarkan.

“Saya panik,  bagi tahu ayah, Dia terus membawa saya ke hospital,” katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Ditanya sama ada dia sudah serik dengan kejadian itu, dia hanya mengangguk dan tersenyum.


Sumber SH


Read more...

Aksi pengantin berjalan separuh bogel gemparkan bandar Ipoh

Aksi pengantin separuh bogel gemparkan bandar Ipoh
IPOH: Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, orang ramai di sekitar Jalan Sultan Yussof di bandar raya ini pagi ini dikejutkan dengan pasangan pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel.
Aksi mereka mendapat perhatian orang ramai yang ketika itu sedang sibuk melalui jalan berkenaan selepas pasangan pengantin itu dikatakan baru selesai menjalani sesi fotografi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna putih dan berkain layah manakala pasangan lelaki hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.
Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna Facebook dipercayai diambil di hadapan laluan zebra sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna Facebook lain.
Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.
"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta," katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, rakaman sesi fotografi itu dipercayai berlangsung kira-kira 10 minit.
"Ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian tidak senonoh," katanya.

BH


Read more...

Isnin, 25 Ogos 2014

MAUT DIPATUK KEPALA ULAR TEDUNG

KEPALA ular yang dipotong tukang masak.
Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.
Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.
Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.
“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Ahad, 24 Ogos 2014

PERKAHWINAN PELIK,SUAMI BERGAUN PENGANTIN

KOZHUKHOV dan Ellison kelihatan seolah-olah pasangan kembar pada hari perkahwinan mereka.
Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu.
Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita.
Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan. 

Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan. 
Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita. 
Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan.

Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.

Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain. 

“Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku,” katanya. 

Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan. 

Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita. 

Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin.

Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan. 

Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang.

Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat.

Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan.

“Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan.

“Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka,” katanya.
- Agensi


Read more...

Khamis, 21 Ogos 2014

Ketagih MAKAN bulu anjing

imej
Seorang tukang jahit pakaian anjing di wilayah Heilongjiang mendakwa gemar memakan bulu anjing, tabiat ganjil dihidapinya akibat daripada tekanan kerja yang melampau.
Akhbar Apple Daily melaporkan, wanita berusia 27 tahun itu mengaku makan lebih seribu gumpal bulu anjing sepanjang dua tahun lalu.
Wang Jin yang mengaku menyanyangi anjing, berhenti bekerja untuk menjadi tukang jahit pakaian anjing.
Ketaksubannya terhadap haiwan itu bermula apabila dia memelihara anjing yang dinamakan Kuku empat tahun lalu sejurus selepas menamatkan pengajian di kolej.
Dia memanjakan anjing itu dengan memberikannya makanan import, ais krim dan buah kering.
Dia menyedari mula ketagih makan bulu anjing sejak dua tahun lalu dan menyalahkan tekanan kerja dihadapinya di pejabat.
- Agensi

Read more...

Rabu, 20 Ogos 2014

TINGGALKAN SUAMI KERANA JAMBAN


Golongan wanita sering mempunyai masalah untuk membuang air secara terbuka di India dan terpaksa menunggu waktu malam untuk melepaskan hajat. - AGENSI

Enam orang wanita yang baru setahun berkahwin, meninggalkan suami masing-masing dan pulang ke rumah ibu bapa mereka disebabkan kediaman suami tidak mempunyai kemudahan tandas.

Agensi berita, BBC melaporkan, kesemua wanita dari perkampungan Khesiya di daerah Kushinagar itu kembali ke rumah ibu bapa selepas suami mereka tidak menyediakan tandas di kediaman masing-masing.

Hampir separuh daripada 1.2 bilion rakyat India tidak mempunyai tandas di rumah dan golongan wanita sering menderita disebabkan masalah itu.

Keadaan itu juga menyebabkan kaum wanita terdedah kepada jenayah rogol yang berleluasa di India.

Seorang daripada pengantin baharu, Gudiya berkata, dia berasa sukar untuk melepaskan hajat di kawasan terbuka disebabkan rumah suaminya tidak mempunyai tandas.

"Ibu bapa saya mempunyai tandas di rumah, tetapi rumah suami saya, Ramesh Sharma tidak mempunyai kemudahan itu.

"Saya tidak suka keluar rumah untuk membuang air. Ini menyebabkan saya bergaduh dengan suami dan kembali ke rumah ibu bapa saya," katanya.

Selain Gudiya, Neelam Sharma, Sakina, Seeta, Nazrum Nisa dan Kalavati turut meninggalkan suami atas alasan sama.

Menurut Ashima Parveen yang tinggal di Khesiya, kesemua enam wanita itu berkahwin pada tahun lalu.
"Di kampung, mereka sukar untuk keluar ke kawasan terbuka untuk membuang air kerana musim hujan yang menyebabkan tanah lecak," katanya.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan India Jumaat lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi berjanji untuk menyelesaikan masalah pembuangan air secara terbuka dalam kalangan rakyat negara ini.

"Kita kini berada dalam abad ke-21, tetapi golongan wanita masih terpaksa keluar ke tempat terbuka untuk membuang air dan terpaksa menunggu waktu malam untuk melepaskan hajat," kata beliau.

UTUSAN


Read more...

Selasa, 19 Ogos 2014

PEKERJA RUMAH MAYAT LAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN 100 MAYAT WANITA

MANGSA (dari kiri) Charlene, April dan Karen.
Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya.
Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio.
“Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka,” katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: “Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya.”
Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: “Mungkin sehingga seratus.”
Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah.

“Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak,” katanya.

Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling. 

Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan.

Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah.

Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. 
- Agensi

Read more...

Sabtu, 16 Ogos 2014

3 Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri

Pihak polis menunjukkan gambar-gambar individu yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pesta bogel di pantai Telok Kampi.

GEORGE TOWN: Tiga lagi peserta pesta sukan bogel telah menyerah diri, kira-kira 24 jam selepas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi mendedahkan butiran mereka di akhbar. 

Mereka yang menyerah diri ialah Tok Chew Hwa, 57, dipercayai menjadi penganjur, Justin Ang Ji Keng, 24 dan Carmen Chan, 27. 

Sumber polis berkata, ketiga-tiga mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendent Lai Fah Hin enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata Abdul Rahim akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi. 

Dilaporkan bahawa 18 dipanggil termasuk enam wanita, telah dalam rakaman video semasa mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti bogel pada 31 Mei lalu, yang digelar sebagai Sukan Bogel Penang 2014. 

Video lima minit menunjukkan peserta berbogel di pantai Teluk Kampi ketika mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan, larian berganti-ganti dan 'catwalk' kumpulan. 

Sembilan daripada 18 peserta itu juga bermalam di kebun di Balik Pulau dalam keadaan bogel.

Abdul Rahim berkata, pada 6 hingga 8 Jun lalu, sembilan daripada peserta-peserta ini turut menyertai parti bogel di Pattaya bersama 30 negara lain.

mStar Online


Read more...

Khamis, 14 Ogos 2014

Takut ke sekolah gara-gara ‘like’ I love Israel

Nibong Tebal: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, menekan butang 'like' kepada I Love Israel di laman sosial Facebook bukan saja mencetuskan kontroversi di sekolah berkenaan, malah pelajar itu dikatakan takut untuk pergi ke sekolah selepas perbuatannya diketahui ramai.
Difahamkan, pelajar lelaki itu menekan butang like I Love Israel sebelum tindakannya itu mendatangkan rasa kurang puas hati dalam kalangan guru dan pelajar sekolahnya sehingga difahamkan ada yang mengancam serta mengugut pelajar berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis sudah memanggil pelajar berkenaan serta gurunya tengah hari kelmarin untuk diambil keterangan mengenai perkara berkenaan.
"Kami sudah memanggil pelajar itu bersama gurunya tengah hari semalam (kelmarin) selain akan memanggil beberapa individu lain dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan kami akan meneliti pelbagai sudut termasuk punca pelajar berkenaan berbuat demikian," katanya yang ditemui pada Majlis Hari Raya bersama Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS, malam kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah SPS Asisten Komisioner Shafien Mamat.
Sementara itu, Shafien berkata, sehingga petang semalam pihaknya sudah memanggil empat individu membabitkan tiga pelajar dan seorang guru untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, guru dan pelajar berkenaan dipanggil untuk diambil keterangan tengah hari kelmarin manakala dua lagi rakannya dipanggil untuk proses sama, semalam.
"Siasatan dilakukan membabitkan dua aspek iaitu mengapa pelajar berkenaan bertindak menyokong laman web itu yang mencetuskan perbalahan dan dakwaan berhubung ancaman serta ugutan yang diterimanya," katanya.
Beliau berkata, susulan itu, pelajar berkenaan bersama keluarganya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri selepas menerima kecaman serta ugutan.
Katanya, akaun Facebook pelajar berkenaan ditutup selepas kekecohan mengenai perkara itu berlaku.

Sumber myMetro

Read more...

KELUARGA PELIK ! ISTERI BUANG PAYUDARA,SUAMI TEKAD UNTUK JADI WANITA

PASANGAN itu bersama anak mereka.
Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.
Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.
BIANCA (kiri) bersama-sama Nick yang hamil.

Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. 
- Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP