GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Khamis, 22 November 2012

Review : Dekorasi ImanPuri Sdn.Bhd ( Interior Architecture )


As Salam.. Terima Kasih kepada Admin WanZawawi[dot]com kerana memberi peluang untuk Review  ImanPuriSdn Bhd Interior Architecture ...

Latar belakang Syarikat -

ImanPuri Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai ImanPuri Interior Architecture diasaskan oleh Saudara Anis Amir yang bertempat di Seksyen 20, Shah Alam ..Ia nya sebuan Syarikat Pembinaan milik Bumiputera.



Pengasas ImanPuri Sdn. Bhd Anis Amir -

Rumah ibarat syurga..syurga ibarat taman yg indah..dgn sentuhan kretif kita juga mampu memiliki syurga itu..Anda yang menentukan!!selamat datang ke ImanPuri sdn bhd interior & architecture ...pakar dalam menata hias ruang kediaman yang anda impikan... * ( petikan kata kata Saudara Anis Amir ) kredit *

Berikut senarai perkhidmatan Imanpuri Sdn. Bhd -

  • Perancangan ruang kediaman dan komersil dan pejabat
  • Lanskap
  • Fotografi dalaman dan seni bina
  • Kerja-kerja pertukangan
  • Aksesori serta hiasan untuk kediaman
  • Rekaan perabot
  • Khidmat perundingan rekaan dalaman kediaman serta pejabat.
Berikut beberapa senarai syarikat yang pernah mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Imanpuri Sdn. Bhd. -

  • Malaysia Airlines System
  • TIME Dot.Com
  • Jabatan Penerangan Malaysia
  • Kelab Golf Subang
  • Mr. Edwin Nim
  • Restoran Anak Tanjung Delight
  • MELIA Hotel, Kuala Lumpur
  • Persatuan Ulama Malaysia
  • Dan banyak lagi ...
Antara Gambar Projek ImanPuri Sdn Bhd -

hiasan ruang kamar tidur

contoh rekaan dalaman
penghias ruang tamu dan pejabat




Untuk Lebih gambar sila klik ( SINI )

Menarik bukan Sentuhan Dekorasi dari ImanPuri Sdn Bhd .. 

Hubungi terus - 

Anis Amir
Imanpuri Interior & Architecture,
19B, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak,
Seksyen 20, Shah Alam
Email : imanpuri@yahoo.com atau anis@imanpuri.com
Facebook : https://www.facebook.com/imanpurienterprise
Laman Web : http://www.imanpuri.com/
Blog : http://anis-amir.blogspot.com/


Peta Lokasi -



Read more...

Sabtu, 2 April 2011

Memperkenalkan pengikut yang ke 1000 blog relevan Sokmo

Ini dia pengikut blog relevan Sokmo yang ke 1000 ..oleh kerana beliau adalah pengikut yang ke 1000 maka pihak pengurusan relevan Sokmo memberi ruang untuk di review blog beliau .. ..Beliau yang dimaksudkan adalah Azwan Dengkil


* Ini pengatas blog beliau dengan tajuk Catatan dari Dengkil.. penulisan beliau yang sungguh berhati hati.. blog beliau sangat sesuai untuk semua pihak..





* Tidak sempat untuk print Scrin ke angka 1000.. Azwan Dengkil bersebelahan dengan pengikut yang ke 1001



* Ini entri terkini blog beliau.. isi blog beliau banyak berkisar tentang keagamaan serta kekeluargaan dan juga isu semasa..




* Post yang mendapat tempat dalam blog beliau.. Jom sama sama menerjah blog beliau Azwan Dengkil

*** Terima kaSih Azwan Dengkil... nanti kome turun tempat deme boleh lah kita pekena Cendol ka tea tarik ka bersama sama..


Di bawah ini Pengikut yang ke 999


* Pengikut yang ke 999 mengunakan nama Seb dan juga pengikut yang ke 1001 Umi Meya Qayreena..

*** Terima kasih kalian semua dan juga kalian kalian pengikut sedari awal blog ini..mana mana blog deme yang tak dan lagi kome ikuti tunggu yek...


Read more...

Selasa, 8 Februari 2011

Filem : Hantu Kak Limah balik Rumah ( aStro First )


Oleh kerana dalam daerah kome ni tak ada panggung wayang maka dengan senang hati kome melanggan filem ini dalam aStro First..nak tengok jugak..ada yang khabor sedap filem ni..maka sempat lah kawan menonton sehingga 4 kali tayangan dalam aStro First..


* Kak Limah ( Delimawati )


Biar pun sudah sedikit terlambat..kawan hendak juga mengReview Filem arahan Mamat Khalid ini.. ulasan peribadi kawan selaku admin blog relevan Sokmo..

Bagi kawan filem ini sedap..penuh dengan sindiran yang sinis..kekuatan Filem ini terletak kepada Awie sebagai pelakon utama..meski pun gitu semua watak watak dalam Filem ini menonjol..tidak nampak seperti Filem filem lain yang hanya mengetengahkan Hero dan heroin saja..



* Hussin ( Awie )

Kebanyakan pelakon pelakon nya jarang kelihatan di kaca Tv ( drama )..ini yang membuat Filem Hantu Kak Limah balik rumah menjadi menarik..

* Antara babak yang sangat menarik hati kawan sila tengok tube ini..





Sinopsis


Husin ( Awie ) yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah ( Delimawati ) yang langsung tidak bercakap dengan rambutnya yang mengerbang.



* Abi Hurairah ( Johan Raja Lawak )

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika ingin tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung kemungkinan Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah ( Johan Raja Lawak ) juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang sememangnya bengang dengan Husin ( kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin ( Umie Nazira ), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada penduduk Kampung Pisang. Sebelum kedatangannya keadaan aman damai, namun begitu sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.



* Hussin ( Awie ) dan Che Nin' ( Umie Nazira )

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah balik Rumah’..( korang tengok sendiri filem ini )..

*** Bagi kawan Mamat Khalid adalah pengarah yang punyai sedikit kelainan..kawan nyatakan beliau adalah seorang pengarah yang membawa minda penonton berfikir dalam setiap babak untuk Filem ini..sinis yang sangat mengena ..* kredit untuk Mamat Khalid ..



Read more...

Khamis, 18 November 2010

Main sampai lembik


Ini ada beberapa jenis permainan zaman kanak kanak dulu..
Seperti biasa musim cuti sekolah juga bermula..maka kome dan rodong rodong akan memenuhi aktiviti dengan bermain..dulu dulu tiada lagi video games ps123 memang tiada..tidak kenal lagi apa itu komputer..
Antara aktiviti permainan dulu adalah :

1. Kondang kondi
2. Tayang
3. Getah karan / Getah tagan / Lastik para -- * Gambar dibawah sebagai contoh



4. Tepuk Gambar

5. Tuju Tin
6. Jentik kuku
7. Upih
8. Guli kecil dan besar
9. Nyorok
10 . Tang tang tweet

Diatas adalah sekadar beberapa jenis permainan
Mungkin lain negeri lain sebutan permainan ini..dan juga mungkin ada yang tidak langsung mengetahui permainan ini... nanti lah kawan akan bawakan dari masa kesemasa tentang permainan dulu dulu ini..
Cuba tengok permainan yang kesepuluh itu..sekarang pun ramai sangat yang suka main..Tang tang tweet ini..tapi bunyinya ada lain sikit.. twitter he he!..

*** Ada akaun twitter tapi tak tau nak tweet kat sapa..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP