GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Tiada yang pelik ! Kubur kena sita

KEBANYAKAN batu nisan disarungkan beg hitam di sebuah tanah perkuburan di Bergen, Hordaland.
Hordaland, Norway: Pengunjung sebuah tanah perkuburan Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarung dengan beg hitam, semalam.
Setiap beg dilekatkan notis amaran lewat bayaran, mengingatkan keluarga si mati batu nisan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh terdekat jika mereka gagal menyelesaikan bayaran tertunggak penyelenggaraan tanah perkuburan.
Tindakan luar jangkaan di tanah perkuburan itu dilaksana pengurusan syarikat Akasia yang dilantik menyelenggara kawasan terbabit.
Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat itu.
Undang-undang menetapkan, majlis perbandaran akan menanggung kos penyelenggaraan dan sewa untuk 25 tahun pertama bagi keranda dan 20 tahun pertama bagi pasu menyimpan abu mayat bagi setiap penduduk yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan.
Selepas tempoh itu, keluarga si mati perlu membawa kos penyelenggaraan tahunan, 518 krone (RM217) untuk sebuah keranda dan 363 krone (RM190) untuk sebuah pasu.
Kegagalan untuk memenuhi syarat itu boleh menyebabkan batu nisan terbabit dialih dan dimusnahkan.
Namun, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan terhadap mayat dan laman web Akasia menyatakan: “Kubur berkenaan sudah tamat tempoh dan boleh digunakan lagi.” Sebelum mengambil tindakan itu, pengurusan syarikat melekatkan notis pada batu nisan dan dibiarkan enam bulan sebelum beg hitam itu disarungkan. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Selasa, 12 November 2013

Perniagaan bangkrap,lantas tinggal dikuburan


Fabio yang tinggal di kuburan (Foto: Oddity Central)

SANTA ISABELA - Fabio Beraldo Rigol adalah seorang tunawisma yang tinggal di dalam kubur temannya selama 13 tahun selepas pekerjaannya muflis. Dirinya terpaksa tinggal di kuburan setelah ditinggalkan oleh keluarganya.

Setelah beberapa peristiwa malang yang menghampiri kehidupan lelaki berusia 47 tahun ini , Fabio memutuskan untuk tinggal di dalam kubur bersama jasad sahabatnya yang telah meninggal di pengebumian di Santa Isabela, Brazil.

Fabio mengatakan bahawa dia adalah seorang tunawisma yang miskin dan sedang cuba untuk membuat yang terbaik dari situasi yang sangat buruk.

" Hal ini sangat tidak wajar , tapi pasti lebih baik daripada hidup di jalanan, " ujar Fabio , seperti dikutip Oddity Central , Jumat ( 8/11/2013 ) .

"Saya lebih takut hidup daripada mati. Saya juga belum pernah melihat hantu, "tambahnya.

Fabio setiap hari berada di dalam kompleks pengebumian dan dia akan meninggalkan pengebumian ketika ingin meminta makanan kepada orang lain. Lelaki malang ini berharap hidupnya akan kembali seperti dulu yang mempunyai sebuah pekerjaan dan rumah yang layak.

"Saya ingin keluar dari sini hidup -hidup. Saya masih ingin punya rumah sendiri , walaupun itu hanya bilik tidur dan bilik mandi. Saya ingin kembali bekerja jika ada kesempatan. Hidup saya belum selesai sampai di sini, " ungkap Fabio .

Sumber okezone


Read more...

Ahad, 10 November 2013

Bala ilmu penunduk

Kuala Lumpur: Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami.
Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri. 
Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan suami ikut telunjuk hasil bantuan elemen syirik.

Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.
Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.

Sumber myMetro


Read more...

Sabtu, 9 November 2013

16 jasad ditemui sempurna

PENGGALI kubur menjalankan proses menggali.
Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.
Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan.
WARIS melihat jenazah ahli keluarga mereka dibawa keluar.

Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.
“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Jumaat, 8 November 2013

Awas ! Minyak maSak dari Longkang yang dikitar semula


Pihak berkuasa China sedang memeriksa 'minyak longkang' yang diproses semula dan banyak digunakan oleh peniaga makanan di negara itu, semalam. - AGENSI

BEIJING 7 Nov. - Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini.


Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula.

Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.

Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis.


Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah.

Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu.

Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai.

Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah. 

- AGENSI

Read more...

Jumaat, 1 November 2013

Hantu Pocong sudah boleh mengundi ?

Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.
Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan. 
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu. 

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.
Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.
Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan. 

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya.
 - AFP

Read more...

Tiada yang pelik ! Tampal kulit dada di muka

WAJAH baru Xu selepas menjalani pembedahan selama lapan jam.
Beijing: Sekumpulan pakar perubatan China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.
Lebih menarik wajah gantian itu adalah hasil kulit yang tumbuh secara klinikal pada dada gadis terbabit.
Pembedahan itu dijalankan di bandar Fuzhou, Fujian, tenggara China.
Selepas pembedahan itu berjaya, Xu Jianmei, 17, sedar dengan dagu, kelopak mata dan telinga yang baru.
DOKTOR menggunakan belon berisi air yang diimplan pada dada Xu bagi mendapatkan kulit baru di dadanya.
Xu ditimpa kemalangan ketika dia berusia lima tahun.
AKIBAT terbakar Xu mengalami kecacatan pada wajahnya.
Kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada wajahnya. 

Disebabkan kemiskinan ibu bapa Xu tidak dapat menghantarnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memaksa dia hidup dengan wajah tidak sempurna.

Namun Xu diberi harapan baru selepas ditemui sekumpulan pakar perubatan yang menawarkan pembedahan percuma kepadanya. 

Kini, selepas 12 tahun Xu dapat mengukir senyuman dengan sempurna.

Pembedahan dijayakan selepas pakar perubatan membina kulit dan struktur baru menggunakan tisu dadanya.

Pasukan perubatan terbabit mengimplan saluran darah dari kaki Xu ke dadanya dan menggunakan belon berisi air bagi meregangkan kulit di bahagian itu.

Ia dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan kulit secukupnya untuk dijadikan wajah baru Xu.

Klip video daripada prosedur pembedahan selama lapan jam menunjukkan Xu terbaring di katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Wajahnya kelihatan membengkak tetapi lapisan kulit baru yang licin kini menutupi wajahnya yang penuh dengan kesan melecur. 

Ketua pasukan pembedahan itu, Jiang Chenhong berkata, dengan wajah baru itu Xu boleh menzahirkan ekspresi wajahnya dengan lebih tepat. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 30 Oktober 2013

Gadis Keluar dari Liang Lahat Setelah Diperkosa dan Dikubur Hidup-hidup

ISLAMABAD- Seorang gadis remaja berjaya mengeluarkan diri dari sebuah kuburan dangkal setelah dia diperkosa dua lelaki dan ditanam hidup -hidup. Gadis 13 tahun itu diculik saat berjalan dari desanya di Punjab untuk mengikuti pelajaran Al Quran. Gadis malang itu kemudian diperkosa kedua-dua lelaki itu di kawasan terpencil . Para penyerangnya lalu menanam dia hidup- hidup ketika mereka berfikir bahawa gadis itu telah meninggal dalam pemerkosaan tersebut .

Namun, gadis itu kembali sedar dan berjaya keluar dari kubur berlumpur itu . Ia lalu melambaikan tangan untuk meminta tolong kepada seseorang yang melintas.

Gadis itu dibawa ke pusat perubatan dan selamat dari penderitaan mengerikan .

Menurut harian New York Post , ayah gadis itu , Siddique Mughal , mengatakan kepada polis tempatan bahawa putrinya telah diculik . Namun , awalnya polis menolak untuk menyiasat insiden tersebut. Mereka akhirnya diperintahkan untuk menangkap suspek penyerang gadis itu oleh Ketua Mahkamah Tinggi Lahore . Seorang hakim daerah Tek Sing Toba, di mana serangan itu berlaku , juga diminta untuk menyiasat kes tersebut .

Pemerkosaan terhadap anak- anak semakin meningkat di Pakistan. Menurut agensi perlindungan anak Pakistan, Sahil , jumlah anak yang diperkosa antara tahun 2002 dan 2012 meningkat dari 668 menjadi 2.788 kes.

Salah satu kes yang paling menonjol adalah yang menimpa Kainat Soomro yang diserang empat lelaki ketika dia baru berusia 13 tahun pada 2007. Tragisnya lagi , gadis itu justru disingkirkan oleh warga desanya setelah berbicara melawan para penyerangnya . Gadis itu malah dijuluki sebagai " kari " atau " perawan hitam".

Walau keluarganya diperintahkan untuk membunuhnya demi membebaskan mereka dari rasa malu, keluarganya tetap membelanya walaupun ada ancaman kekerasan terhadap mereka. Ayahnya dan salah seorang saudara laki -lakinya dipukul . Seorang kakak laki -lakinya yang lain hilang dan kemudian ditemui mati.

Gadis itu berjuang untuk mendapatkan keadilan . Namun , suspek pemerkosanya akhirnya dibebaskan. Dia mengatakan kepada akhbar pada awal tahun ini bahawa keluarganya telah kehilangan segalanya.

Sumber kompas.com


Read more...

Khamis, 24 Oktober 2013

Video,Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati Dimuat Naik di YouTube

Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di Internet
PETALING JAYA: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.
Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.
Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.
Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.
Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.
Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.
Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.
Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.
Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.
Sumber

Read more...

Rabu, 23 Oktober 2013

2 Gambar,Kejadian banjir berdekatan Cameron Highlands

KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir mengakibatkan pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang


Cameron Highlands: Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat sini.

Jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang. 





Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat. 

Sumber BH


Read more...

Khamis, 17 Oktober 2013

Mayat pelumba haram mati Kemalangan dibiarkan atas Jalan raya

MAYAT Lung dibiarkan di tepi jalan.
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka. 

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. 

Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Tiada yang pelik ! Rokok penyelamat nyawa


PESAKIT di Hospital Gleneagles di Jalan Pangkor, George Town, Pulau Pinang semalam yang mahu bunuh diri selepas memecah cermin tingkap di wad tempat dia dirawat.

GEORGE TOWN – Drama cubaan seorang pesakit yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun melalui tingkap di tingkat 17 Hospital Gleneagles di Jalan Pangkor di sini semalam terbantut selepas pesakit itu diberi makan dan minum oleh seorang anggota bomba yang menyamar sebagai doktor.
Kejadian itu bermula pada pukul 12.30 tengah hari apabila pesakit lelaki berusia 25 tahun itu dilihat berdiri di tepi tingkap hospital itu sebelum dia yang kelihatan murung mula memecahkan cermin tingkap di wad tempat dia ditempatkan.
Tindakan pesakit itu menimbulkan kekecohan apabila kakitangan hospital cuba memujuk dan menghalang tindakan pesakit itu.
Sumber kosmo!

Read more...

Rabu, 16 Oktober 2013

Kes naya ! Mayat tergantung pada besi penyangkut baju

MAYAT Utiya yang ditemui tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram, Miri kelmarin.

MIRI - Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.


Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.
Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.
Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.
"Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
"Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Isnin, 14 Oktober 2013

Pengantin tersilap Suami,terbikin Seks sama Pengapit

Napo: Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua. 
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkah. 

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya. 
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan. 

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu. 

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol. 

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Dapat Padah akibat nak mengebukan pipi

Beijing: Seorang wanita yang cuba mendapatkan suntikan untuk menggebukan pipinya di pusat rawatan haram selepas diberitahu majikannya yang mukanya cengkung kini mengalami kecacatan.
Xiao Lian dari Gansu, China hanya berusia 17 tahun apabila dia mendapatkan suntikan menggebukan pipinya.
Pada mulanya Xiao gembira dengan keputusan suntikan itu tetapi lima tahun kemudian, dia mula menghadapi masalah. Kini mukanya yang bengkak menyebabkan dia kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 28 tahun.
Xiao sentiasa bencikan mukanya yang cengkung dan komen majikannya di kedai tempat dia bekerja sambilan menjadi pendorong untuk dia mengubah penampilannya.
“Muka kamu sangat cengkung dan kamu nampak macam orang miskin. Wajah kamu ini menyebabkan golongan kaya tidak mahu ke kedai ini,” kata majikannya sebagaimana dipetik daripada Guilin Life News.
Xiao kemudian memutuskan untuk mendapatkan prosedur untuk menggebukan pipinya.
Foto
WAJAH Xiao yang bengkak (kanan).
Namun ketika dia bertanya di klinik pembedahan plastik, kos prosedur itu terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk melakukannya.
Ekoran kekecewaannya, rakan Xiao membawanya ke sebuah klinik lain yang berjanji akan menawarkan prosedur sama dengan harga lebih murah.
Kali ini dia mampu untuk melakukan prosedur itu. Doktor yang menjalankan rawatan itu kelihatan mahir walaupun klinik terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi yang sah.
Doktor terbabit menyuntik muka Xiao sebanyak 10 kali dalam tempoh sebulan. Pada awalnya, suntikan itu benar-benar menggebukan pipinya dan dia amat gembira dengan keputusan yang diperoleh itu. Bagaimanapun, pada 2009 ketika dia berusia 24 tahun, mukanya mulai bengkak. Hidung, mata dan bentuk wajahnya juga mula berubah. Pada awal tahun ini, muka Xiao betul-betul bengkak, matanya melendut dan rambutnya juga mulai gugur.
Dia pergi mendapatkan nasihat doktor di hospital dan turut menjalani ujian yang menunjukkan selama ini dia diberi suntikan gel hydrophilic polyacrylamide. Bahan itu sebelum ini digunakan untuk membesarkan payudara, tetapi kini diharamkan di China untuk penggunaan pembedahan kosmetik selepas didapati bertoksik.
Xiao benar-benar trauma dengan apa yang berlaku hingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.
Kini, dia menjalani pembedahan memperbaiki wajahnya di pusat pembedahan kosmetik di Guangzhou.
Doktor memberitahunya disebabkan bahan bertoksik itu masih ada dalam tubuhnya untuk tempoh lama, maka sukar untuk memulihkan prosedur asal itu. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Khamis, 10 Oktober 2013

Bikin Meloya,Wanita Ini Minum Air Kencing Setiap Hari untuk awet muda dan kelihatan Cantik

imej google

Setiap wanita pasti ingin mempunyai wajah yang cantik dan ingin selalu awet muda dan berbagai cara pun biasanya akan dilakukan untuk mendapatkan kecantikan dan awet muda.

Seorang wanita berusia 63 tahun bernama Sylvia Chandler mempunyai rahsia bagai mana cara wanita ini menjaga kecantikan dan awet mudanya. Sylvia Chandler setiap hari mengambil sekurang-kurangnya setengah liter air kencingnya sendiri dan 1 gelas air kencing di pagi hari. Menurut Sylvia Chandler minum air kencing saat pagi hari rasanya sangat enak dan sedikit manis.

"Saya sering meminum segelas air kencing di pagi hari.

Rasanya lazat , agak seperti air, tapi lebih manis, " tutur Sylvia Chandler .

Tidak hanya diminum air kecing miliknya senidiri juga digunakan untuk menuci rambutnya sendiri agar rambut miliknya selalu kelihatan cantik. Dengan menggunakan air kencing Sylvia Chandler kini menjadi wanita yang cantik walaupun sudah mempunyai usia diatas 60 tahun.

Sumber




Read more...

Isnin, 7 Oktober 2013

Trak rempuh penonton

Foto
ORANG ramai melarikan diri selepas trak raksasa yang mengadakan pertunjukan merempuh penonton di Mexico, semalam.
Chihuahua: Sebuah trak raksasa hilang kawalan merempuh penonton satu pertunjukan membunuh 13 orang dan mencederakan 70 yang lain di di Mexico, semalam.
Enam mangsa terbunuh di tempat kejadian, tiga lagi mati ketika menjalani rawatan. Empat lagi mayat ditemui di bawah tayar kenderaan itu. 
Datuk Bandar Chihuahua Marco Quezda berkata, pada awalnya 47 cedera tetapi bilangan itu meningkat 70 orang.

Pemandu trak terselamat tetapi ditahan selepas kejadian.
Kejadian berlaku ketika pertunjukan Extreme Aeroshow berlangsung tiga hari di Chihuahua dibatal sejurus selepas nahas itu pada hari kedua pertunjukan itu.
Pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku kerosakan mekanikal berpunca daripada brek trak itu.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku ketika trak itu ‘terbang’ atas susunan beberapa kereta.

“Pemandu kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh penonton yang dilihat bertempiran menyelamatkan diri,” kata saksi itu.
Foto
MANGSA yang cedera diberikan rawatan kecemasan.

Menurutnya, kepala pemandu trak itu terhantuk kenderaannya menyebabkannya terbabas.

“Topi keledar pemandu itu dilihat jatuh melayang.” kata seorang penonton, Daniel Dominguez, 18.

Kata Dominguez, adik perempuannya berusia 11 tahun cedera di kaki dan menjalani pembedahan Ibunya pula dirawat kerana gegaran otak.

Seorang lagi penonton, Jesus Manuel Ibarra, 41, cedera di tangan dan pinggang.

“Saya terjatuh. Bila melihat di belakang saya nampak tayar trak itu meluncur dan merempuh saya,” katanya. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Khamis, 3 Oktober 2013

Kepala abang dalam peti beku

Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.
Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.
Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.
Foto
POLIS menunjukkan gergaji yang digunakan suspek untuk memotong abangnya.
Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.
Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. 
- AFP

Read more...

Siang Alim malam bertukar watak jadi Setan

DUA remaja daripada 11 penyangak yang dicekup mencuri duit tabung masjid. Gambar bulat, bekas tempat letak tabung yang dipecahkan.
Kuala Lumpur: Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.
Kegiatan 11 penyangak cilik berusia 15 hingga 17 tahun itu sejak awal tahun ini menyebabkan pengurusan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini, kerugian hingga RM10,000 apabila tabung derma kerap dipecahkan. 
Usaha menjejaki dalang yang bertanggungjawab akhirnya berhasil apabila anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung itu berjaya mencekup empat daripada 11 remaja terbabit, jam 1.30 pagi kelmarin. 

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid.
Beliau yang juga pengerusi SRS kampung berkenaan berkata, sebelum itu pihaknya memang sudah memasang perangkap membabitkan 10 anggota SRS.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Khamis, 26 September 2013

Orang minyak Bukit Payung Marang ditangkap

Laporan Sinar Harian 15 September lalu.

MARANG - Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.

Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan.

Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan.

“Lelaki itu berjalan di hadapan kami.  Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis.

“Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri.

Pada 15 September lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.

Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.

Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.

Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai.

Sumber sinarharian


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP