GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

Lelaki ketagih WhatsApp

Manama: Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.

Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki.


Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil. 

Kes luar biasa

Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.

Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.

WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan. 
Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video.

AGENSI



Read more...

Ahad, 19 Januari 2014

Patut lah Internet selalu terganggu rupanya ada Alat curi Wi-fi

Alat untuk Hack Wi fi
Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.
Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online. 
Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit. 

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.
Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 16 Januari 2014

Pistol buatan India dikecam


Imej menunjukan bentuk pistol yang dihasilkan kerajaan India khas untuk wanita, yang diberi nama Nirbheek. - AGENSI

NEW DELHI 15 Jan. - Kerajaan India melancarkan pistol yang direka khas untuk golongan wanita, model pertama seumpamanya, namun nama yang diberikan untuk senjata itu telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai.


Model pistol itu, digelar Nirbheek bermaksud berani atau ditakuti.

Nama itu diberikan sebagai memperingati Nirbhaya yang menjadi mangsa rogol sekumpulan pemuda di India pada Disember 2012.

Pengasas Pertubuhan Manipur Women Gun Survivors Network, Binalakshmi Nepram, secara tegas membantah penjualan senjata berkenaan.

Katanya, pistol itu dihasilkan oleh Kilang Senjata India (IOF) di Kanpur, Uttar Pradesh yang merupakan sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan India.

Beliau memberitahu akhbar The Independent bahawa bantahan itu mempamerkan satu kebencian terhadap memori hitam membabitkan kes rogol ke atas Nirbhaya.

Pistol model bore .32 itu berharga 122,360 rupee (RM6,517). Harga itu secara purata berjumlah satu pertiga daripada gaji tahunan bagi seorang pekerja biasa di India.

Pistol tersebut diperbuat daripada titanium-alloy, dan IOF berkata, pistol berkenaan telah pun menerima 80 petanyaan 

- AGENSI

Read more...

Disaman kerana ambil gambar bogel

New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State (gambar) seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.
Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter. 
Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu. 

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.
“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.
“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya. 

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman. 

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga. 

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga. 

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu. 

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong. 

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 13 Januari 2014

Gantung rambut untuk ulang kaji pelajaran


PELAJAR universiti di China sanggup mencuba pelbagai kaedah berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran.

Seorang pelajar sebuah universiti di China menemui kaedah unik untuk berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasannya, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Chen Tang, 20, bertindak mengikat rambut pada ampaian yang digantung pada siling bilik mereka untuk mengelak daripada tertidur semasa mengulang kaji pelajaran sepanjang malam.
Dia dan rakan sebiliknya, Huang Lu, 21, merupakan pelajar Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian, dalam wilayah Fuzhou yang terletak di tenggara China.
Tang dan Lu mendapat idea tersebut daripada buku sejarah yang menceritakan perbuatan serupa dilakukan oleh beberapa cendekiawan China.
"Chen begitu bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan sehingga dia sanggup menyangkut rambutnya supaya tidak terlelap semasa mengulang kali pelajaran," kata Tang. 
- Agensi

Read more...

Ahad, 12 Januari 2014

Demi Cinta, Gadis Ini Rela Wajahnya dipenuhi Tato Nama Kekasih

Lesya

Usia muda memang sangat terdedah akan penipuan cinta dan keputusan sesaat yang boleh jadi penyesalan seumur hidup . Gadis 18 tahun ini contohnya , dimabuk cinta , ia rela wajahnya dipenuhi tato bertuliskan nama sang kekasih .

Lesya dari Saransk , Russia jatuh hati pada seniman tato bernama Rouslan Toumaniantz . Cinta yang begitu kuat kepada sang seniman tato , membuat dirinya rela di tattoo di wajahnya dengan huruf Gothic Script besar bertuliskan nama Rouslan , seperti yang dilaporkan oleh The Sun .

Walaupun baru saling kenal kurang lebih 24 jam , Rouslan berjaya mencuri hatinya dan membuat ia melakukan keputusan besar itu pada wajah cantiknya . Mereka bertemu secara online melalui Facebook dan langsung berpacaran tak lama selepas bertemu langsung .

" Semua untuk Rouslan , " ia menuliskan di akaun Facebooknya . Ia juga menganggap hal ini adalah simbol dari kesatuan yang utuh dan ingin sang kekasih menato sekujur tubuhnya , tambah mahasiswi jurusan seni tersebut .

Kini , mereka berdua telah bertunang walaupun Rouslan mempunyai sejarah yang kelam yakni menato wajah bekas kekasihnya dan kemudian dituntut ke mahkamah . Namun dirinya merasa tidak bersalah kerana itu memang kehendak bekas kekasihnya yang bernama Kimberley .

Sumber


Read more...

Khamis, 9 Januari 2014

Guru Wanita berputih mata ditipu kasanova untuk Cinta pandang pertama

imej
Kuantan: Terpedaya dengan janji seorang lelaki kasanova yang kononnya mahu mengahwininya, seorang guru kerugian kira-kira RM1,500 selepas ditipu lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki itu menggunakan taktik kononnya jatuh cinta pandang pertama dan berjanji mahu berkahwin sebelum menghilangkan diri selepas memperoleh sejumlah wang daripada mangsa.
Guru itu yang mahu dikenali sebagai Rina, 31, mengakui mengenali lelaki berusia 39 tahun terbabit pada 18 November tahun lalu melalui sebuah laman sosial.
Dia yang berasal dari Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, di sini, berkata, pada mulanya dia hanya mengenali lelaki terbabit yang mendakwa bekerja sebagai koordinator projek sebuah syarikat pembekal barangan komputer terkemuka di Singapura itu sebagai kenalan biasa, sebelum lama-kelamaan lelaki terbabit dikenali sebagai Syah meluahkan perasaan selain menyatakan memperisterikannya.
“Saya terkejut mendengar luahan lelaki itu kerana kami baru saja berkenalan dan pada masa sama, saya juga jatuh cinta walaupun kami tidak pernah bertemu,” katanya yang mengajar di sebuah sekolah menengah di bandar ini.
Wanita itu berkata, pada 25 November tahun lalu, dia bertemu dengan Syah di Terminal Sentral Kuantan, di sini.
“Lelaki itu mendakwa sanggup datang dari Singapura semata-mata untuk bertemu saya,” katanya.
Rina berkata, sebelum kedatangan Syah ke bandar ini, dia ada memesan beberapa barangan daripada lelaki terbabit seperti beg tangan, minyak wangi, dan telefon bimbit dari Singapura.
Katanya, sebelum lelaki terbabit pulang ke Singapura, dia ada menyerahkan RM500 kepada lelaki itu sebagai wang pendahuluan membeli barang dipesan itu.
“Selepas lelaki itu pulang ke Singapura pada 29 November lalu saya ada memasukkan RM950 lagi kepadanya untuk membeli barang yang saya pesan.
“Dia berjanji akan datang semula ke Kuantan untuk memberikan barangan berkenaan dan meminang saya pada 7 Disember lalu,” katanya di sini, semalam.
Rina berkata, bagaimanapun apabila hampir tiba tarikh berkenaan, lelaki terbabit menghubunginya memaklumkan dia memerlukan RM3,000 untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja sebelum dapat datang ke bandar ini. “Saya tidak dapat memberikan wang seperti diminta kerana tidak mempunyai simpanan sebanyak itu menyebabkan lelaki itu marah berbeza dengan sikap lembutnya selama ini,” katanya.
Dia berkata, selepas insiden itu, dia tidak lagi dapat menghubungi terbabit termasuk melalui laman sosial “Saya kemudian laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kes itu.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 6 Januari 2014

Betul ke Facebook mula dipinggirkan ?


Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp. 

Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan. 


Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas. 

Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. 

Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.


Sumber BH


Read more...

Sabtu, 4 Januari 2014

1,058 calon dipilih misi hidup di Marikh

GAMBAR fail menunjukkan penempatan yang akan dibina di planet Marikh oleh calon-calon yang berjaya tiba ke planet tersebut pada tahun 2024.

THE HAGUE - Sebanyak 1,058 calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur di bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun 2024.
Sebanyak enam pelancaran roket akan membawa mereka ke planet tersebut.
Sebahagian dana yang digunakan untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti televisyen.
Kesemua mereka akan mengharungi penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.
Para peserta itu tidak lagi akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.
Menurut Mars One yang beribu pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka ke Marikh pada 30 Disember lalu.
Pihak Mars One itu menyatakan, calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.
Antara kriteria itu ialah bijak membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.
"Malah, terdapat permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas Landsdorp.
Menurut ketua perubatan Mars One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi dalam tempoh lebih dua tahun. 
- AFP(kosmo!)


Read more...

Cari kepuasan melalui Sembang ghairah

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** *** please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.
Foto
Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.
Sumber myMetro


Read more...

Jumaat, 27 Disember 2013

Gambar, Pemilik akaun Facebook dipercayai hasut guling kerajaan bakal direman


Pemilik akaun Facebook yang beroperasi atas nama Asmaelz Hadzeny II (kanan) dihantar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi Khamis di Saratok, Sarawak. - Foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

KUALA LUMPUR: Polis petang ini akan memohon perintah reman terhadap pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember. 




Jurucakap Polis Bukit Aman berkata siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. 


Lelaki berusia 25 tahun itu yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini selepas dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak. 

"Dia dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah, Jalan Duta kira-kira 2 petang ini," kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama. 

- BERNAMA



Read more...

Isnin, 23 Disember 2013

Drummer Santana jadi pengemis

Santana bertemu Malone di Oakland.

OAKLAND - CALIFORNIA. Band latin rock, Santana Blues diketuai Carlos Santana suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Black Magic Woman dan Evil Ways.

Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone.

Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara.

Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu.

“Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada DyMail.


VIDEO : Black Magic Women ( jom layannn )

Read more...

Selasa, 17 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR 2013,SEMAKAN SECARA ONLINE DAN SMS

Selamat berjaya adik adik / anak anak dalam menerima keputusan semoga beroleh kejayaan yang Cemerlang .. bagi yang tidak Cemerlang bukan bererti menempuhi kegagalan terus.. perjalanan masih panjang..




SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2013 SECARA ONLINE DAN SMS

Taipkan

PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888

Contoh

PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
“Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, bermula pada tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2013 nanti”

Read more...

Isnin, 16 Disember 2013

Sejuta LIKE di FACEBOOK sebagai mas kahwin

Sana’a: Seorang pemuda Yaman yang melamar kekasihnya terkejut apabila bakal bapa mentua menyuruhnya mendapatkan sejuta ‘like’ di Facebook (FB) sebagai mas kahwin.
Salim Ayyash meminta lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Osama menulis perkataan ‘like’ sejuta kali selama sebulan dalam setiap tweet selain kepada semua rakannya di Facebook.
Bagaimanapun, Osama diberitahu jumlah ‘like’ itu mungkin diberi ‘diskaun’ sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Salim yang merupakan personaliti Facebook terkenal di wilayah Taizz turut memberi amaran akan memantau akaun laman sosial Osama itu.
“Salim akan memantau aktiviti ‘online’ Osama bagi memastikan dia melaksanakannya.
“Namun Salim berjanji akan membuat penilaian pada hujung bulan dan mungkin mengurangkan jumlah mas kahwin jika berpuas hati dengan kesungguhan Osama,” lapor akhbar Arab Saudi, Sada.
 - Agensi


Read more...

Sabtu, 14 Disember 2013

Wanita terhodoh kini berwajah baru

KEADAAN muka Joanna sebelum dibedah.
Warsaw: Seorang wanita Poland yang cacat mukanya kerana ketumbuhan besar mendapat wajah baru minggu lalu.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Joanna itu mendapat wajah baru selepas menjalani transplan muka, yang kedua di negara itu. 
Sebelum pembedahan, Joanna berdepan kesukaran untuk mengunyah dan menelan makanan mahupun bercakap. 

Pakar bedah Dr Adam Maciejewski yang mengetuai pembedahan selama 23 jam itu berkata, dia berharap 80 peratus transplan kulit pada wajah pesakit akan pulih dan berfungsi kembali.
Joanna mengalami kecacatan akibat neurofibromatosis - keadaan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tidak mengancam nyawa tumbuh di sepanjang sarafnya.
WAJAH Joanna selepas menjalani transplan muka.
Keadaan itu juga menyebabkan masalah tulang, tekanan terhadap saraf spina, kesakitan, kecacatan pembelajaran dan penglihatan serta pendengaran. Tiada rawatan dapat memulihkan keadaan itu. 

Walaupun kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu yang diwarisi daripada ibu atau bapa, 50 peratus memperolehnya secara rawak daripada mutasi gen sebelum dilahirkan. 

Joanna kini dalam keadaan serius tetapi stabil selepas pembedahan di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland. 

Pada Mei lalu, Maciejewski dan rakan sekerjanya menjalankan transplan muka pertama di Poland terhadap seorang lelaki yang koyak wajahnya akibat terkena mesin pemotong batu. Keadaannya dikatakan semakin pulih. 

Pembedahan dijalani lelaki itu mengambil masa 27 jam dan dilakukan seminggu selepas dia terbabit dalam nahas berkenaan. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 11 Disember 2013

3 Gambar,Proton Perdana baru kenderaan rasmi kerajaan

Proton Perdana baru untuk kerajaan didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, kereta ini tidak dijual kepada orang awam buat masa ini. FOTO Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. 
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 6 Disember 2013

Korban SMS curang

imej google
London: Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.
Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.
Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.
SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.” Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.
Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.
Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. “Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. “Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.
Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.
Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. “Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.
Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit.
 - Agensi

Read more...

Selasa, 3 Disember 2013

Guru Cantik dan Seksi diCekup kerana berlakon Filem Lucah tersebar di internet

Hitomi Sugawara

Polis Shizuoka , Jepun  - Memaklumkan kepada akhbar telah menahan seorang guru yang bermastautin di Yokohama kerana tampil dalam filem porno yang tidak ditapis dan disiarkan melalui internet .

Hitomi Sugawara ( 27 ) , seorang guru muzik sambilan dari sebuah sekolah di Tokyo , dengan berani tampil di sebuah filem dewasa yang diedarkan melalui internet dan penonton perlu membayar untuk melihatnya .

Filem tersebut tidak ditapis dan ini kesalahan berat di Jepun . Menurut akhbar Yomiuro 19 November lalu , Sugawara dihantar oleh Kazufumi Nakamura ( 36 ) kepada Koichi Kamidaki ( 45 ) , penduduk Chiba , yang bekerja sebagai produser filem video pada tarikh 13 April 2011 .

Polis juga menahan Kamidaki pada bulan Oktober dan Nakamura juga ikut ditahan bulan November lalu . Keduanya ditahan dengan tuduhan mempunyai bahan filem porno yang tidak ditapis dan dimaksudkan untuk dijual mencari keuntungan .

Bahagian cyber polis Shizuoka mencari laman porno tersebut sehingga dilakukan siasatan serta mencari para pelaku tersebut .

Menurut laman Cuore Music , Sugawara adalah lulusan jabatan muzik Tokyo University of Arts . Namun dengan kes dianggap memalukan tersebut , datanya telah dikeluarkan dari laman alumni universiti tersebut .

Selain mengajar murid sekolah , Sugawara juga sempat tampil di program TV dan Radio termasuk di NHK Jepun sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan penyanyi untuk kanak - kanak di masa lalu . Tahun 2003 Sugawara pernah mendapat anugerah utama sebagai pertandingan soloist pelajar SMA di perfektur kanagawa .

Filem - filem porno di Jepun tidak lepas dari aktiviti para anggota Yakuza juga kerana menghasilkan wang yang cukup besar di Jepun

Sumber tribunnews.com


Read more...

Isnin, 2 Disember 2013

Confirm ! Tarif Elektrik Naik 15 % Mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR: Tarif elektrik akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
"Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.
"Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Bagaimanapun Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, katanya.
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.
Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
"Ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih menanggung subsidi melalui pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi pengguna elektrik di Semananjung Malaysia, dengan RM2.4 bilion setahun khusus oleh pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.
"Bagi Sabah dan dan Wilayah Persekutaan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, dengan RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya.
Selaras penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ, beliau berkata kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri.
"Bagi pengguna domestik, purata tarif akan dinaikkan kepada 31.66 sen/KWJ daripada 28.63 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/KWJ (3.03 peratus).
Purata tarif komersil akan dinaikkan kepada 47.92 sen/KWJ daripada 41.01 sen /KWJ iatu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/KWJ (16.85 peratus)," katanya.
"Bagi tarif industri, kadarnya dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/KWJ (16.85 peratus) daripada 30.94 sen /KWJ," katanya.Dr Maximus berkata peningkatan itu melibatkan empat komponen. "Ini termasuk kesan penyelarasan harga gas domestik, daripada RM13.70 MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 1.52 peratus atau 0.51 sen/KWJIni juga melibatkan kesan penetapan harga gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga RM41.68/mmBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17 peratus atau 3.41 sen KWJ," katanya.
Selain itu, Ongkili berkata kesan penyelarasan harga arang batu daripada AS$85 metrik tan kepada AS$87.5 metrik tan ke atas tarif elektrik adalah sebanyak 0.51 peratus atau 0.17 sen/KWJ.
"Semakan tarif asas TNB iatu kenaikkan sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen KWJ daripada kadar purata tarif semasa.
"Tarif asas tenaga ini akan dikawal selia melalui mekanisme insentif berasaskan peraturan (IBR) oleh Suruhanjaya TenagaBagi mengukuhkan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh kerajaan," katanya.
Di samping itu, Ongkili berkata kerajaan juga perlu memastikan syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkat pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.
Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 1 Disember 2013

Meteor Jatuh atas kepala budak

Steven Lippard (Foto: Anorak)

LOXAHATCHEE - Sebuah meteor dikhabarkan menimpa kepala seorang budak laki-laki di Bandar Loxahatchee, Amerika Syarikat (AS). Kanak kanak bernama Steven Lippard itu tertimpa meteor saat dia bermain di laman rumahnya.

"Dia tiba-tiba masuk rumah sambil menjerit," ujar ayah Steven, Wayne, seperti dikutip Fox News, Jumaat (29/11/2013).

"Lukanya kelihatan parah tetapi kami tidak panik kerana tidak ada darah," lanjut Wayne.

Wayne kemudian memeriksa benda apa yang menimpa kepala anak lelakinya yang baru berusia tujuh tahun. Di laman, Wayne mencari batu-batu kecil berbentuk aneh. Dia kemudian membawa batu yang ditemui ke universiti tempatan untuk diperiksa.

"Saya yakin batu itu adalah meteorit," tegasnya.

Meteorit diketahui mempunyai kuasa magnet yang tinggi. Setelah diperiksa, batu yang dibawa Wayne mempunyai daya magnet tinggi sehingga mengukuhkan dakwaannya.

Sumber okezone.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP