GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mac 2014

Remaja habis masa 10 jam sehari kerana ketagih untuk berselfie

Danny Bowman
London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.
Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.
Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.
Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.
Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.
Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.
“Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.
“Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny.
Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.
“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.
Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal.
Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.

Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya.

- Agensi

Read more...

Rabu, 19 Mac 2014

PENUMPANG RAKAM IMEJ PANEL SAYAP PESAWAT TERTANGGAL


ORLANDO 19 Mac. - Seorang penumpang pesawat Boeing 757 yang dioperasikan oleh Delta Airlines, telah merakamkan gambar pesawat yang dinaikinya mengalami kerosakan sayap apabila salah satu kompenan pada sayap pesawat itu tertanggal, namun katanya pesawat itu masih mampu terbang dan mendarat dengan selamat.

Menurut laporan laman portal berita Metro.co.uk, penumpang itu berkata, kejadian tersebut merupakan perkara terakhir yang akan dilihat di luar tingkap pesawat ketika dalam penerbangan.

Penumpang itu, Trevoor Sinclair melakukan rakaman imej itu selepas menyedari satu panel sayap pesawat tersebut tertanggal ketika sedang dalam perjalanan dari Orlando ke Atlanta pada hari Ahad lalu.

 - AGENSI

Read more...

Khamis, 13 Mac 2014

Parodi bomoh: Pengguna media sosial tak senang


SHAH ALAM - Susulan tersebarnya video bomoh "zam-zam alakazam" di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370, sebuah video telah diparodikan dan menimbulkan perasaan tidak senang pengguna laman sosial.

Video berdurasi 15 saat itu telah menjadi viral di laman Facebook hari ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati, video tersebut memaparkan tiga lelaki dipercayai berbangsa Cina siap dengan topeng tutup mulut turut melaungkan perkataan yang menyerupai kalimah ALLAH.

Seorang pemilik akaun Facebook, Lee BoonHooi juga turut melahirkan rasa tidak senang terhadap video tersebut.

"Hey, jangan menggunakan kata-kata atau bunyi yang sama.

"Ia akan menyebabkan masalah yang sangat teruk. Sila padamkan video tersebut," tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik Facebook, Shen Wen Tan turut menggesa pihak yang berkaitan dengan video tersebut mempunyai sikap prihatin sebelum memaparkannya yang akan melibatkan sensitiviti kaum lain.

"Saya faham anda mahu tunjuk bomoh itu, tapi sila pertimbangkan untuk keluarkan video ini.

"Walaupun anda tidak bermaksud untuk mengutuk agama lain, namun ia seakan seperti itu. Perkara bomoh tiada kaitan dengan agama Islam sebenar.

"Kita bimbang dengan MH370, banyak cara lain yang boleh kita bantu selain membuat video ini," tulisnya.

Sinar Harian


Read more...

Selasa, 11 Mac 2014

FILEM NOAH DIHARAMKAN

BABAK-babak dalam filem Noah.
Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.
Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.
Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.
“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.

“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.

Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.
- AFP

Read more...

Ahad, 9 Mac 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370,Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan MH370 Dengan Serangan Pemisah Uighurs

Sebentar tadi, Pengarang Mynewshub menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah nombor yang tidak dikenali memberitahu kewujudan sebuah blog yang mendedahkan mengenai siapakah dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport pihak lain, Sabtu lalu.
Blog yang menamakan dirinya Glodef (Global Defence And Security Research Centre –Klik ) memuat naik entri pertama semalam. Kemungkinan besar ia baru dibuka.
Tidak diketahui sama ada ia blog yang dibuka dari dalam Malaysia atau luar kerana menggunakan domain blogspot sahaja.
Apa pun, blog itu mendakwa, dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370menggunakan pasport lelaki Itali dan Austria merupakan masyarakat Uighurs dari wilayah Xinjiang yang berjuang untuk memisahkan diri pemerintahan China dan mereka memang dikenali memiliki rupa paras menyamai masyarakat Eropah.
“Mereka menempah tiket mereka menggunakan China Southern Airlines, mereka sudah pasti dapat melepasi pemeriksaan di lapangan terbang dengan mudah kerana memiliki rupa paras menyerupai lelaki pemegang pasport yang asal,” katanya.
Blog itu mendakwa, kehilangan MH370 mungkin berkaitan dengan serangan pemisah Uighurs yang menyerang stesen keretapi Kunming pada 2 Mac lalu yang menyaksikan 33 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera.
Kehilangan penuh misteri MH370 menyebabkan ramai pakar penerbangan dunia melihat serangan pengganas sebagai salah satu aspek penting.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.
Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.
Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.
Sumber mynewshub.my


Read more...

KEHILANGAN PESAWAT MH370,TIADA SEBARANG PETUNJUK SELEPAS 24 JAM

Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 yang dipercayai hilang dari radar awal pagi Sabtu berada di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -fotoBERNAMA
SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.
Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan pesawat MH 370.
"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan di sini, pada 2.02 pagi Ahad.
Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi.
"Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya.
Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan "Go Team" berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.
Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.
"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.
"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya.
Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi Ahad.
Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini. 
- BERNAMA

Read more...

Sabtu, 8 Mac 2014

SEMBANG LUCAH DI INTERNET HINGGA KE RANJANG

Kuala Lumpur: Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.

Dalam kalangan mereka, hubungan palsu, liar dan bebas ini diistilahkan ‘fake relay’ dan seolah-olah satu kebanggaan apabila diterima menyertai kumpulan (group) yang diwujudkan.

Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya.
Sumber myMetro


Read more...

Isnin, 3 Mac 2014

Reka bentuk bangunan tandas seperti kamera

GAMBAR menunjukkan reka bentuk sebuah bangunan tandas yang kelihatan seperti kamera digital di Chongqing baru-baru ini.

CHONGQING, China - Sebuah bangunan tandas awam di sini memiliki reka bentuk seperti kamera digital, lapor portal berita metro.co uk kelmarin.

Sejumlah besar penduduk berasa keliru ketika melihat bangunan tersebut kerana mereka tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tandas awam.
Namun, selepas memasuki bangunan itu, mereka mula mempercayai ia merupakan tandas.
Beberapa penduduk tempatan menyatakan, bangunan tersebut terletak berdekatan sebuah pasar yang menjual barangan elektrik.
- Agensi


Read more...

Selasa, 25 Februari 2014

27 kali duduki ujian memandu dengan kos RM35,747

Namsheed
Dubai: Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.
Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.
Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.
Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.
“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.
Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.
Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.
“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.
“Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu.
“Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Ahad, 23 Februari 2014

Main Games Tetris boleh kurangkan nafsu makan?

Tetris dipercayai boleh mempengaruhi pemikiran manusia.

AHLI psikologi mendakwa bermain Tetris mampu mengurangkan keinginan untuk makan terutamanya kepada mereka yang sedang mengamalkan diet.

Dengan hanya bermain permainan klasik itu selama tiga minit, ia akan menjadikan pengguna leka sekali gus mengganggu otak supaya tidak memikirkan tentang sebarang makanan ringan mahu pun rokok.

Penyelidik dari Universiti Plymouth, Jackie Andrade berkata, hasil kajian mendapati ia juga merupakan kaedah yang cepat bagi mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok atau mengambil minuman keras.

"Walaupun bermain Tetris dalam tempoh yang pendek, namun ia mampu mengalihkan perhatian dan menghalang fikiran daripada memikirkan imej makanan yang menarik. Tanpa imej tersebut, maka keinginan untuk makan akan pudar," katanya.

Selain itu, laporan dipetik dari Daily Mail, beberapa individu yang mengambil bahagian dalam kaji selidik dijalankan universiti tersebut turut mengalami 24 peratus kurang keinginan makan selepas bermain Tetris berbanding bermain permainan lain.

Sumber


Read more...

Khamis, 20 Februari 2014

Facebook beli WhatsApp RM62.7b

San Francisco: Facebook Inc akan membeli sistem pesanan ringkas WhatsApp, bernilai AS$19 (RM62.7) bilion dalam bentuk tunai dan saham yang bakal meletakkan rangkaian sosial terbesar di dunia itu lebih dekat dengan pengguna.
Urus niaga itu melibatkan AS$4 (RM13.2) bilion tunai, AS$12 (RM39.6) bilion saham dan AS$3 (RM9.9) bilion saham terhad. 
WhatsApp diasaskan oleh seorang pendatang Ukraine yang berhenti kolej Jan Koum dan alumni Stanford Brian Acton. 

Aplikasi itu melonjak kepada 450 juta pengguna dalam tempoh lima tahun dan bertambah sejuta setiap hari.
"Tidak ada dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan seperti ini," kata Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg ketika dihubungi semalam.
Zuckerberg, yang mencetuskan kejutan apabila membeli perkongsian foto Instagram AS$1 (RM3.3) bilion pada pertengahan 2012, juga mendedahkan semalam bahawa dia bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Koum pada malam 9 Februari lalu. 

WhatsApp merupakan aplikasi mesej terawal di telefon pintar yang kini menjadi aplikasi paling popular seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah. 

Walaupun bersaing sengit dengan aplikasi seperti Line di Jepun atau WeChat, rata-rata pengguna telefon pintar masih memilih WhatsApp. 
- Agensi

Read more...

Kejam !!! Gadis direjam sampai mati kerana akaun Facebook

Imej remaja itu direjam selepas didakwa mempunyai akaun Facebook

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. 


- Dailymail(sinar harian)


Read more...

Selasa, 18 Februari 2014

BARBIE JADI PATUNG SIMBOL SEKS CETUS KONTROVERSI

Barbie dalam hiasan kalendar tanpa pakaian

New York - Barbie telah melakukan banyak perkara dalam hidupnya . Menjadi seorang doktor pada suatu ketika . Seorang ahli paleontologi di saat yang lain . Lalu angkasawan . Juga sorak , pemandu kereta perlumbaan , walaupun calon Presiden Amerika Syarikat .

Sekarang , di ambang ulang tahunnya yang ke ke - 55 , boneka paling terkenal di dunia ini menuai polemik di laman jejaring sosial negara asalnya , Amerika Syarikat . Mereka mendakwa Barbie telah menjadi simbol seks dan tak layak jadi mainan anak - anak lagi .

Semua bermula apabila boneka semampai dengan kaki panjang ini - yang secara anatomi sangat tak mungkin - memulakan debut menjadi sampul edisi ulang tahun ke - 50 majalah Sports Illustrated . Barbie mengenakan baju renang garis - garis hitam dan putih one - piece , mengingatkan pada baju yang dipakainya ketika diperkenalkan pada tahun 1959 .

" Sejak dulu pakaian renang menyampaikan mesej pemberdayaan , kekuatan , dan keindahan , " kata MJ Day , Editor Senior Sports Illustrated , yang bertanggung jawab untuk ikon dan edisi khas ini . " Dan kami sangat senang bahawa Barbie meraikan nilai - nilai teras dengan cara yang unik . "

Namun sejumlah pemerhati tak menyetujuinya . " Ini jelas merupakan trolling , " kata Mary Elizabeth Williams di ruang Salon.com , merujuk pada istilah untuk menyebut aksi anti - sosial yang bertujuan untuk menuai kontroversi di jagat maya .

Yang lain menyebut majalah itu tak peka anak . " Sama seperti edisi pakaian renang yang bukan untuk anak - anak , Barbie juga bukan untuk orang - orang dewasa , " kata Eve Vawter , Editor Mommyish.com .

Ia menyatakan ada usaha untuk memesongkan Barbie tidak lagi hanya sebuah boneka . " Dia adalah sex doll . Pikir ulanglah jika putri anda mahu di lorong mainan anak - anak , " Vawter menambah .

Huffington Post menyebut pengeluar Barbie mengalami krisis pertengahan umur . Pada usianya yang melewati setengah abad , pengeluar Barbie , Mattel , menyatakan jualan produk Barbie di seluruh dunia turun 6 peratus tahun lalu dan 3 peratus pada 2012 . Kerana itu , Mattel giat melakukan pelbagai langkah untuk kembali menaikkan jualan .

Jalan hidup Barbie dikenali penuh polemik . Laman Internet yang secara khusus mengulas problem gangguan makan , Rehabs.com , menyebutkan boneka setinggi 29 sentimeter ini ditransformasikan dalam sosok orang dewasa . Maka ia mempunyai lingkar dada 32 inci ( 81,2 cm ) , pinggang 16 inci ( 40,64 cm ) , dan pinggul 29 inci ( 73,66 cm ) , serta kaki saiz anak - anak . Jelas ia mengalami gangguan makan dalam tahap yang membimbangkan .

Lindsey Feitz yang menekuni bidang gender dan kajian wanita di University of Denver di Colorado menganggap bias mengetepikan boneka sensual di majalah yang pelanggannya kebanyakan kaum lelaki . " Lebih ironis kerana model asal digantikan dengan plastik yang mewakili seorang wanita seksi , " katanya .

Sumber tempo.co

Read more...

Rabu, 12 Februari 2014

Bahana jaja kisah rumah tangga di Facebook

Kuala Lumpur: “Laman sosial facebook (FB) kini sudah jadi tempat sesiapa saja meluahkan perasaan dan lebih teruk jika pasangan suami isteri sedang berdepan masalah rumah tangga berhubung pula dengan orang yang tidak sepatutnya seperti kekasih lama di FB.
“Jadi tidak mustahil sekiranya hubungan lama terjalin semula atas dasar simpati disebabkan suami atau isteri gemar bercerita masalah rumah tangga kepada kekasih lama yang akhirnya membawa hubungan terlarang,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy, Hushim Salleh.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai isteri lari mengikut bekas teman lelaki selepas menjalin hubungan di FB.
Beliau berkata, ada pelbagai faktor menyebabkan suami atau isteri berlaku curang di FB antaranya kerana tidak mendapat layanan daripada pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan berlaku curang sebaliknya perlu mengetahui peranan mereka dalam rumah tangga dan cuba mengatasinya.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 11 Februari 2014

Pengasas Facebook paling pemurah

Mark Zuckerberg

SEATTLE: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, adalah antara dermawan Amerika Syarikat paling pemurah pada 2013, dengan sumbangan 18 juta stok saham rangkaian media sosial itu, bernilai lebih AS$970 juta (RM3.2 bilion) kepada Silicon Valley Disember lalu. 

Laporan The Chronicle of Philanthropy semalam menyatakan sumbangan Zuckerberg adalah pemberian kebajikan terbesar dalam rekod awam pada 2013 dan meletakkan pasangan muda itu di tempat teratas senarai 50 orang paling pemurah di Amerika pada 2013 majalah berkenaan. 

Lima puluh pemberi utama membuat sumbangan berjumlah AS$7.7 bilion (RM25 bilion) tahun lalu, termasuk janji sebanyak AS$2.9 bilion (RM9.67 bilion). 

Editor majalah itu berkata, fakta paling penting daripada senarai adalah jumlah wang yang diperoleh daripada penyumbang masih hidup, berjumlah hampir sama dengan dengan dua tahun terdahulu digabungkan. 

Petanda ekonomi baik 

“Ia adalah petanda pasti ekonomi semakin baik dan orang ramai semakin kurang berhati-hati,” kata Stacy Palmer. 

Sebahagian penderma terbesar negara itu tiada dalam senarai 2013, bukan disebabkan mereka tidak lagi bermurah hati tetapi kerana sumbangan pada 2013 merangkumi seperti dijanjikan tahun sebelumnya. 
Sebagai contoh, pengasas bersama Mircosoft, Bill Gates dan isterinya, Melinda, memberikan sumbangan kepada yayasan mereka lebih sedikit daripada AS$181.3 juta (RM604 juta) tahun lalu, tetapi menunaikan janji menyumbang kira-kira AS$3.3 bilion (RM11 bilion) yang dibuat pada 2004. 

Pengasas CNN, Ted Turner dan pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett, juga memberikan sumbangan besar sebagai menunaikan janji yang dibuat sebelumnya. 

Ia memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya AS$37.5 juta (RM124 juta) untuk memasuki senarai tahun ini. Empat puluh dua daripada 50 penyumbang utama menderma sebanyak AS$50 juta (RM166 juta) atau lebih. 

Tiga puluh daripada mereka memberi sumbangan kepada kolej dan universiti, tetapi Palmer menyatakan kebanyakan sumbangan kepada kolej disalurkan kepada penyelidikan dan sains tahun ini, bukan kepada pembangunan, seperti tahun lalu. 

Sepuluh daripada 50 penyumbang memasuki senarai kerana wasiat selepas kematian mereka, termasuk penderma kedua terbesar 2013, George Mitchell, yang mengumpul kekayaan hasil pembabitan dalam tenaga dan hartanah. 

Beli geran 

Di tempat ketiga ialah pengerusi Nike, Philip Knight dan isterinya, Penelope, dari Oregon yang memberi geran AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada penyelidikan barah Yayasan Kesihatan & Sains Universiti Oregon. 


Sementara di tangga keempat senarai dermawan ialah bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, yang menyumbang AS$452 juta (RM1.5 bilion) kepada seni, pendidikan, persekitaran, kesihatan awam dan perkara lain. 


–AP(BH)


Read more...

Isnin, 10 Februari 2014

Jangan tak tau ! Ini dia Gambar Selfie Pertama Dirakam Pada 1909

Joe (kiri) bersama ramakanya merakamkan gambar selfie pertama pada 1909.
GAMBAR selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.
Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk.
Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.
Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai.
Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.
Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.
Sumber mStar Online


Read more...

Jumaat, 7 Februari 2014

Awas ! Permainan hina nabi

Kuala Lumpur: Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.
Ini kerana pemain permainan itu tanpa disedari berperanan seolah-olah sebagai Tuhan kerana mampu mengawal karakter nabi bagi menyebar apa juga agama.
Selain itu, bandar suci umat Islam Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah penguasaan pasukan penakluk bukan Islam yang jelas dipaparkan menerusi simbol tertera.

Difahamkan, permainan itu sudah berada di pasaran sejak awal 1990-an lagi dan permintaan tinggi penggemar permainan komputer mendorong pihak pengeluar memperbaharui, menambah baik serta mengeluarkan beberapa siri baru.
Foto
MAKKAH dijadikan pusat penguasaan pasukan penakluk bukan Islam.
Siri terbaru dilancarkan pada 2010 turut memenangi pelbagai anugerah permainan video di peringkat antarabangsa.
Sumber myMetro


Read more...

Rabu, 5 Februari 2014

Pelakon ugut bunuh dalam Facebook

MESEJ ugutan dalam laman Facebook milik Azahar.
Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu.
Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain selepas ugutan itu.

Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.
Sumber myMetro


Read more...

Selasa, 4 Februari 2014

10 GAMBAR,KENDERAAN UNIK UNTUK MEREDAH BANJIR DI THAILAND


Banjir besar melanda sekitar kawasan di Thailand beberapa bulan yang lalu. Bencana ini memberi inspirasi kepada warga Thailand untuk membuat pelbagai kenderaan unik anti banjir. Mereka dengan kreatif menggunakan apa pun yang mereka miliki untuk boleh bertahan dari banjir. 

Foto: tsemrinpoche.com











Sumber vivanews.com


Read more...

Rabu, 22 Januari 2014

Terkini ! Jangan muat naik pergerakan peribadi di Facebook

KUCHING - Setiap individu perlu merahsiakan maklumat peribadi serta tidak menguar-uarkan pergerakan mereka di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata tindakan memuat naik maklumat peribadi dan pergerakan hanya akan mengundang bahaya untuk diri sendiri dan memberi peluang kepada penjenayah.

"Misalnya, kalau mahu ke mana-mana tidak perlulah muat naik di Facebook untuk memberitahu semua orang kerana penjenayah mungkin akan mendapat maklumat untuk mengesan anda atau mereka akan menyasarkan rumah anda untuk melakukan rompakan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Roslan menasihatan pemilik rumah agar memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah masing-masing supaya sekiranya terjadi rompakan ia akan memudahkan polis menyiasat sekali gus mengesan pelaku.

"Kini terdapat CCTV buatan negara China yang murah dan boleh disambung ke Internet dan dipantau menerusi telefon mudah alih peribadi," katanya.

Beliau turut meminta mangsa kejadian jenayah agar melaporkan kepada pihak polis, sekalipun ia kes kecil dan memberi jaminan akan menyiasat semua aduan. 


- Bernama
 

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP