Bila rezeki datang mengolek
Pagi semalam kawan bersama aboh kawan pergi ke satu Hardware tempat nak beli pagar jaring..bagi urusan tanam semula getah..
Selepas semuanya selesai segala urusan di Hardware tu kawan pun pulang..ternampak penjual ikan patin dan talapia ditepi jalan..antara jalan Temerloh - Jerantut ( Kawasan Kg megat segama dan Songsang ) memang banyak penjual penjual ikan patin berpayong di tepi tepi jalan raya..
Kawan amati salah seorang daripada nya..macam kawan lama jer ni..kawan seangkatan dalam kerja kerja part time ''teksi sapu"..lebih kurang 11 tahun dahulu di sekitar Jalan Mok Hee Kiang di bandar Mentakab..
'' Lor kawan lama rupanya en Mat Amin ''..berapa sekilo aok jual ke kawan ikan patin ni Mat..'' tanya kawan..
'' 14 Rm jerk wehh.'' jawab en Mat Amin..
'' Kalau nak order dengan aok ikan ikan ni untuk buat kenduri kendara berapa harga sekilo?...( borong )..''tanya kawan lagi..
'' 10 Rm sekilo jerk wehh..komisyen aok 5 %''.. balas en Mat Amin..
'' Macam tu yak..kawan nak beli sekor jer ni timbang lah''..kata kawan..
''Ishkk untuk aok yang pertama partama ni koi bagi free jer lah 2 ekor..tapi aok kene siang sendiri lah yek''..kata en Mat Amin..
Aboh kawan sengih jer dalam kereta..agoknya dalam hati dia berkata..'' cekap anok koi ni''
Selamat budget lauk kawan untuk tengahari semalam..
** Masak gulai tempoyak buat kuah pekat pekat bubuh pula daun kesing..buat kukus pun boleh juga bubuh halia banyak banyak colek dengan sambal pedas kicap lada burung.. pasti bila makan tak nampak telinga.. Slurppp!!..