GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 25 September 2009

Bila rezeki datang mengolek

Pagi semalam kawan bersama aboh kawan pergi ke satu Hardware tempat nak beli pagar jaring..bagi urusan tanam semula getah..

Selepas semuanya selesai segala urusan di Hardware tu kawan pun pulang..ternampak penjual ikan patin dan talapia ditepi jalan..antara jalan Temerloh - Jerantut ( Kawasan Kg megat segama dan Songsang ) memang banyak penjual penjual ikan patin berpayong di tepi tepi jalan raya..

Kawan amati salah seorang daripada nya..macam kawan lama jer ni..kawan seangkatan dalam kerja kerja part time ''teksi sapu"..lebih kurang 11 tahun dahulu di sekitar Jalan Mok Hee Kiang di bandar Mentakab..

'' Lor kawan lama rupanya en Mat Amin ''..berapa sekilo aok jual ke kawan ikan patin ni Mat..'' tanya kawan..

'' 14 Rm jerk wehh.'' jawab en Mat Amin..

'' Kalau nak order dengan aok ikan ikan ni untuk buat kenduri kendara berapa harga sekilo?...( borong )..''tanya kawan lagi..

'' 10 Rm sekilo jerk wehh..komisyen aok 5 %''.. balas en Mat Amin..

'' Macam tu yak..kawan nak beli sekor jer ni timbang lah''..kata kawan..

''Ishkk untuk aok yang pertama partama ni koi bagi free jer lah 2 ekor..tapi aok kene siang sendiri lah yek''..kata en Mat Amin..

Aboh kawan sengih jer dalam kereta..agoknya dalam hati dia berkata..'' cekap anok koi ni''

Selamat budget lauk kawan untuk tengahari semalam..

** Masak gulai tempoyak buat kuah pekat pekat bubuh pula daun kesing..buat kukus pun boleh juga bubuh halia banyak banyak colek dengan sambal pedas kicap lada burung.. pasti bila makan tak nampak telinga.. Slurppp!!..

17 Merujuk kepada perkara diatas :

SAHAR MISRON 25 September 2009 6:52 PTG  

Salam perkenalan di alam maya, bestnya ikan patin tu, rindunya, saya pernah di Pahang awal 1980-an...patin lemak cili api, nyaman....

Cikgu Jang .. 25 September 2009 7:33 PTG  

Salam bang...

Popalih besornya patin tu hah...kome ni jenuh sangat dah makan ikan ni, kalau nak sedap lagi goreng garing dan pastu sira dengan lada kering....bapok le sedapnya...

sonata anak kancil 25 September 2009 7:39 PTG  

Betapa sedapnya ikan patin ni....aku tak reti makan!!! orang ramai cakap sedap ....teringin gak nak rasa....tapi...eehhhh aku tak bisa...

a kl citizen 25 September 2009 10:47 PTG  

assalmmualaikum

best ikan patin! tapi, daun kesing tu daun apa ya?

zai 25 September 2009 11:19 PTG  

Salam Relevan..

Mmg zai pernah buat ikan patin masak lemak..hmm..mmg sedap (cewah..perasan jap..sendiri masak sendiri kata sedap..tak pasti lak ada orang puji ker masa tu ?)

mazru(9m2mzr) 25 September 2009 11:37 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mazru(9m2mzr) 25 September 2009 11:38 PTG  

Salam weh..

Patin sangkor ke kolam te weh?

Orang Raub punye patin masok tempoyok pun sedap gek..tapi kegemaran koi kala balik umoh mok mertua koi "keladi kemahang masak tempoyok"...

PERGGHHHH....hirup kuoh weh..gecor la pulok.HEHEHHE

al-mankaraqi 25 September 2009 11:48 PTG  

ambo dari tadi doh telei aiir liyo..........tok seir nok berkecek.....

wakparpu 26 September 2009 2:19 PG  

wak dengar cerita: restoren kt termeloh mengenakan caj yang mahal utk gulai tempoyak ikan patin. Yang biasa2 rm10 seketul, yg high class sampai beratus..bertul ke ??

relevan 26 September 2009 7:57 PG  

* Slm perkenalan juga en Sahar misron..terima kasih atas kunjungan..dtg Temerloh ke Jerantut cari kwn..boleh mkn ikan patin..

* Salam cikgu Hj Jang
hehe..gambar tu ikan patin gugel..

* Salam AGK..
Patin memang bes..kene dgn cara memasaknye..AGK boleh cuba..tapi dpt kan patin sangkar..patin kolam ada sikit bau hanyir..

* Salam a kL citizen..
Daun kesing bau mcm pijat..daun kesing ni org Pahang sendiri pun ada yg tak kenal dan tau..he he..

* Salam Zai..
Patin masak lemak punya lah menjadi lemak lemak nye Zai..apa jua olahan cara masakan tak dpt dinafikan ikan patin memang terkenal di Temerloh sebgai bandar ikan patin..

relevan 26 September 2009 10:58 PG  

* Salam Mazru..
Patin sangkar..uuyoo..keladi kemahang..masak pekat tersandar wehh..

* Salam al Manqaraki..
Kechorr..perengentan gini pekena paling sedap..nk bg ilang segala rasa rendang..

* Salam Maiyah..
Berapa ekor nak?..

* Salam Wak parpu..
memang betul kata aok wak..patin buah patin muncung rega ratus2 sekilo..

Hairun Azmi 26 September 2009 11:10 PG  

Gecur air liur koi...nyummyyy

langkasuke 26 September 2009 2:50 PTG  

gua ingat lg mase gua kecik2.. gua sekeluarga on the way nak blk seremban bapak gua singgah kat mana gua tak ingat tp kat pahang. beli sekor patin.. dalam perjalanan gua letak air je kat kepala ikan tu taknak ikan tu mati..

sampai umah gua ingat nak letak dlm aquarium. mengamuk gua bile dpt tahu mak gua nak masak.. sumpah gua tak mkn patin sejak dr tu.. kesian beb..

hehehe..

relevan 29 September 2009 9:39 PG  

* Salam mie..
nanti kita bakar ikan patin..

* Salam nasri..
Lor?..knapa jd gitu?..

* Salam en abu Muaz..
Kalu bes..meh sini en Abu Muaz..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP