GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 Januari 2010

Bermalam dikebun Getah

LEBAK SEBERANG – Sejak dua bulan lalu, penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah terpaksa membina pondok dalam kebun untuk mengelak getah mereka dicuri.
.
Mereka terpaksa bermalam di pondok dalam kebun getah sekurang-kurang nya dua kali seminggu bagi menunggu getah mereka bimbang dicuri. Senario ini sudah biasa dalam kalangan penduduk setempat.
.
Malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi. Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.. ( Selanjutnya klik disini )
.
*** En Ismail Othman ni rodong kawan sama bekerja dalam satu Syarikat ..beliau telah bersara dan menumpukan perhatian kepada kebun beliau ini..
.
Getah sekerap dicuri pernah juga berlaku kepada kawan dahulu..ikut hati mau sembelih saja jika dapat pencuri berkenaan..kita penat penat toreh sipencuri senang senang pergi tatin..
.
( Tatin atau natin membawa maksud yang sama bagi mengangkat getah..pernah terjadi satu kes di zaman dulukala yang mana seorang Pengurus estet berbangsa Ingeris pernah cuba untuk memberhentikan seorang pekerja kerana beliau tidak faham apa itu NATIN )
.
'' En Abu awak apa bikin kerja sekarang '' Kata Pengurus Ingeris itu..
.
'' NATIN Sir '' Jawab Pak Abu
.
'' What? Nothing ?...awak boleh balik rumah kerana tidak membuat apa apa kerja sekarang '' marah Pengurus Ingeris itu..
.
Dalam hati Pak Abu berkata..'' Mau aku sepak saja Mat Salleh ini..orang dah lah penat natin ni...

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP