GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 6 Mei 2010

Kecewa di Malam Jumaat

Semacam biasa pada setiap malam jumaat selepas pulang dari Surau bersolat Jemaah dan membaca surah yasin..Encik Topik bergegas pulang ke rumah beliau..

'' Malam ni hendak berwangi wangi ''..kata Encik topik dalam hati..

Encik Topik tidak bersama keluarga untuk makan malam kerana disurau tadi ada seorang jemaah yang membawa nasik pulut kuning sama rendang ayam pencen..sebaliknya beliau terus masuk kebilik..

'' Wehh..! aok abang .. deras lah makan sama anak beranak ni '' ..ajak Puan Rodziah yang sedang makan bersama anak anak nya..berlauk kan patin salai sama terung belarai masak asam tempoyak campur sama daun kaduk..

'' Besh betul mak masak yerk ..ni baru stail kampung ..Anis kat aSrama tak ada makanan macam ni.. yang ada cuma ayam masak kicap..sayur pula kobis dan sawi..kadang kadang adalah daging import buat kari '' kata Anis dengan petah nya..

'' Aok semua makan lah ..aboh dah makan dekat Surau tadi '' jawab Encik Topik..

Jam sudah menunjukan pukul 11 malam..anak anak mereka sudah masuk dalam bilik masing masing..Encik topik sudah terlentang diatas katil..sementara Puan Rodziah masih lagi melipat kain..

'' Errr..aok dah siap solat ke '' kata encik Topik..

'' Ingat tadi masa masuk waktu Isyak nak solat..alih alih tak boleh ler pulok ..ngikut kiraan patutnya lagi dua tiga hari..ni tiba tiba saja dia datang..agok nye dah berumur ni hormon jadi tidak stabil ''.. kata Puan Rodziah..

Encik Topik terus saja keluar dari bilik dan memasang Tv Channel Zee..

*** Adoii..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP