RM 500 jer?
Setelah menjalani ibadah puasa selama 16 hari..dan disertakan pula dengan bayaran saguhati yang akan dibayar sebelum menjelang Syawal sebanyak RM 500..ada yang sudah mula berkira kira untuk membelanjakan wang tersebut..
Bagi yang berpendapatan rendah wang yang bernilai sedemikian sangat bernilai untuk menampung keperluan sambutan hari raya..banyak perkara boleh di laksanakan dengan wang sebanyak itu..seperti membeli pakaian dan juga kuih muih..
Bagi yang punya kemewahan dan yang berpendapatan tinggi ..mungkin wang bernilai sedemikian adalah sebaliknya..
Ini cerita pagi tadi.. seorang rodong sekerja kawan yang isterinya pekerja sebuah bank terkenal..
'' Incas malam tadi isteri koi dapat panggilan talipon...ada ke tanya isteri kawan wang RM 500 itu sudah di masukkan dalam bank ''..kata rodong sekerja..
'' Lor..isteri aok kenal ke orang tu..mana dia dapat nombor talipon isteri aok ''.. tanya kawan..
'' Dia ada simpan bisnes kad isteri kawan..lepas je berita semalam dia talipon ''..kata rodong sekerja
Tengok seperti cerita di atas..begitu teruja dengan RM 500 itu..
Ini kisah orang senang dan kaya raya pula tentang RM 500 itu..
'' Aok nak buat benda dengan RM 500 tu nanti ''..tanya kawan..
'' Buat duit raya sahaja bagi bebudak campur pula dengan duit klim mailage koi yang RM 700 tu...tentu banyak juga pahala yang koi dapat ..apa lah sangat dengan RM 500 tu''..jawab orang senang itu..
*** Kome nak 3 bulan Bonus..