GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 September 2010

Sejenak bersama pembakar Lemang

Sudah 3 tahun kebelakangan ini kawan tidak lagi membakar Lemang ( membuat lemang @ memasak Lemang ).. Jadi untuk meringkaskan keadaan kawan mengorder saja kepada pembuat Lemang yang berniaga di tepi jalan menuju hala Laluan ke Kampung kawan..

Rasa lemang beliau enak..kiranya sedap juga..

Sampai di tepi jalan kawasan perniagaan beliau..

'' Weh..aok tak ngambil order Lemang untuk Raya tahun ni ''..tanya kawan

'' Dak lah..aok kalu nak datang je pada 9hb nanti ..kalu ada ada lah ''..jawab pembuat lemang itu..

'' Ngape gitu pulok yerk ? ''..tanya kawan lagi..

'' Gini..koi dah kerap kena..ramai yang ngoder..bila time nak ngambilnya..haram tak datang..nak koi jual pada orang lain..takut pula dia ada ngambil ..kerap ngat koi kena gitu..jadi untuk tahun ini..koi bakar sini je..mana yang sempat ada lah ''..kata pembuat lemang itu lagi..

Ni lah masalah yang timbul..main order guna talipon..deposit tak bayar...semuanya amat menyukarkan kepada banyak pihak..harap pembakar pembakar lemang dapat mengatasi masalah ini..

*** Lemang colek sambal Sutun pun sedap..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP