Kerja pada 16 September perlu dibayar
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pekerja yang bekerja pada 16 September perlu diberi cuti umum berbayar.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.
"Oleh itu, pekerja yang bekerja pada hari tersebut patut diberi cuti umum berbayar,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Tambah beliau, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa bermula tahun ini, tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia.
"Penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951,'' jelasnya.. *** sumber Utusan Malaysia
*** Selamat Menyambut Hari Malaysia..kawan kerja kena bayar hehe!..



