GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 16 November 2010

60% rakyat berat terlebih


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Sebanyak 60 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan dengan separuh daripada mereka obes.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, keadaan itu merangkumi semua peringkat umur dengan jumlah kanak-kanak menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Katanya, orang ramai sepatutnya mengambil berat tentang aspek kesihatan dan berat badan kerana ia 'pintu masuk' kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang obes semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, hari ini.

Menurut beliau, obes langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan barah.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, penyakit jantung masih merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.

"Kedua ialah barah, ketiga diabetes dan pembunuh keempat adalah darah tinggi," jelasnya.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mencegah daripada dihidapi penyakit kronik berkenaan.

Tambahnya, rakyat juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan..* Sumber Utusan

*** Esok hari raya korban...banyak sudah daging daging korban..Lemang rendang nasik impit pulut soto memang sedap.. hati limpa paru sememangnya sedap.. slurpp ~! .. Sila makan dengan berhemah yer.. Ingat petang lusa nak turun joging..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP