60% rakyat berat terlebih
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Sebanyak 60 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan dengan separuh daripada mereka obes.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, keadaan itu merangkumi semua peringkat umur dengan jumlah kanak-kanak menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Katanya, orang ramai sepatutnya mengambil berat tentang aspek kesihatan dan berat badan kerana ia 'pintu masuk' kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
"Fenomena ini membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang obes semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, hari ini.
Menurut beliau, obes langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan barah.
Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, penyakit jantung masih merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.
"Kedua ialah barah, ketiga diabetes dan pembunuh keempat adalah darah tinggi," jelasnya.
Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mencegah daripada dihidapi penyakit kronik berkenaan.
Tambahnya, rakyat juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan..* Sumber Utusan
*** Esok hari raya korban...banyak sudah daging daging korban..Lemang rendang nasik impit pulut soto memang sedap.. hati limpa paru sememangnya sedap.. slurpp ~! .. Sila makan dengan berhemah yer.. Ingat petang lusa nak turun joging..
11 Merujuk kepada perkara diatas :
saya pun dah lama bercita2 nak bersenam .. tapi belum tercapai lagi.
selamat hari raya haji dari saya. maaf zahir batin.
saya pun termasuk jugak..hik2..
saya termasuk dlm 40% hehe.. Rasanya sistem pelajaran disekolah perlu ada sedikit perubahan terutama dlm kelas Pendidikan Jasmani. Sekarang ada tapi tak interesting dan tak tersampai. Macamana nak sampai cikgu yg mgajar pun gemuk jugak hehehehe Obviously makan banyak dan kurang senam. Kalau pelajar tahu dan faham tentang pemakanan dan kesihatan dari usia muda pasti masalah obesiti tak timbul. After all saper yg nak jadi gemuk. No one. And at young age, metabolism badan sangat tinggi..
salam..saya nak gemuk..bagila tips...huhuhuh
Selamat Hari Raya AidilAdha
Syed..
Salam ziarah anda...
Eid Idul Adha MUBARAK!
saya pun salah sorang dari statistik tu kut. dah over weight tp belum obese lg. harap2 jangan la obese nti
Salam zairah rodong bz juga kawan hari nie :(
Moralnya kalau gemuk ngat tak lawa juge :) supa kawan juga bulat x pasal aje perut nie :(
lps raya ni btmbh gemuk la rkyt mesia..
Blog AkU dAn SeSuAtU Diciplak ?
sapa hak ada terlebih tu elok le korban skali... beri ke koi ni
saya pun terlebih timbangan gak..risau gak, tua2 ni mcm2 penyakit waiting in line...hari ni jgn makan daging byk sgt yer..bawak bertenang.
Catat Ulasan